cerpen: HIGHER
Posted by
trio.wacko
Wednesday 16 May 2012 at 09:25
1 comments
Labels :
ni video promo cerpen yg saya buat dulu2 kala...mungkin buruk,
klau buruk, sila abaikan...=_=''
Pernah tak korang rasa dibelakang korang ada sepasang
sayap?
Seperti burung...
Boleh berada dekat pada awan.
Boleh kibarkan sayap.
Boleh terbang bebas.
BANG!!!
Gitar eletrik Gibson berwarna
perak patah dua dihadapan mata.
“rumah
ni tak perlukan musician! Pergi study!”
Shioon memandang redup ke gitar
eletrik.
“okay...” Shioon mengukir
senyuman.
Lelaki dalam likungan 50-an itu
berjalan keluar. Pintu bilik dihempas kuat.
Senyuman palsu Shioon juga mati
bersama. Dia tunduk merapati gitar kesayangan yang dipatahkan itu. Tangan kanan
dan kirinya memegang kedua-dua bahagian gitar itu. Ahh...sudah tiada harapan
untuk dibaiki... Now...i need a new guitar... huhh....
Case gitar ditarik keluar dari
bawah katil. Gitar yang rosak dimasukkan ke dalamnya. Case guitar tadi ditolak
masuk ke bawah katil kembali.
Shioon menyandar pada birai
katil. Bibirnya mengukir senyuman. Mukanya mengadap siling.
Aku senyum tadi? Haha... a really
real fake smile. Damn... Aku memang hipokrit...
Lengan tangan kanannya diletak
perlahan menutup mata. Beberapa saat kemudian, ada air mengalir perlahan.
Musician... apa yang salah jadi
ahli muzik? Apa yang salah kejar cita-cita? Kejar impian sendiri? Apa yang
salah, abah? Tolong beritahu...
Apa guna jadi burung, bila untuk dilihat keindahannya?
Apa guna ada sayap, bila tidak dikibarkan?
Apa gunanya ada kehidupan, bila hanya untuk dikurung?
Kurungan yang ditutupi dengan batu bata.
“Abah!
Jangan bakar buku lukisan Jun!” Jun sudah lemah lutut untuk berdiri gagah.
Didepan matanya sendiri, segala hasil contengan mata pensil menjadi debu.
“Jun...”
Ibunya memegang kuat lengan Jun. Cuba untuk menghalangnya pergi ke bara api
menyelamatkan hasil kerja tangannya.
“Lepaskan...Jun,
ibu! Lepaskan!” Jun meronta-ronta untuk melepaskan diri.
Pang!
Jun
terus terdiam. Badannya kaku. Pertama kali tangan seorang lelaki bergelar abah
menyentuh pipi mukanya. Merah...
“tak
ada lagi lukisan. Study! Masuk university amik perubatan!” arahan lelaki
berusia itu. Riak mukanya serius dengan setiap patah perkataan itu.
Jun
terduduk. Pandangannya tepat pada api yang menelan lukisannya. Fikirannya
kosong. Tiada sedu,yang ada hanya air yang mengalir deras.
Aku tidak mahu ada disini.
Atu tidak mahu tersekat disini.
Aku mahu berada di tempat lain.
Jauh dari sini.
Sesiapa... Tolong bawa aku pergi...
“Jun,
tak balik?” salah seorang rakan sekelas menegurnya.
Jun
diam. Hanya menggeleng kepala tanda tidak. Pandangannya kembali ke luar
tingkap. Melihat awan putih dan langit biru dengan pandangan yang redup.
Kini
satu tingkat kelas sudah sunyi. Jun mengeluarkan helaian kertas A4 kosong.
Pensel mekanikal turut ditarik keluar.
Laju
mata pensel mekanikal pilotnya melakar. Dari titik-titik menjadi satu garisan.
Dari garisan-garisan lalu terbentuknya objek. Pensel 2B dicapai pula berganti
pensel mekanikal. Contengan arang pensel kayu menghasilkan kesan bayangan dan
isi objek imaginasi Jun.
Seminggu
sudah Jun tidak melukis. Seminggu itu juga Jun tidak bercakap. Seminggu juga
sejak buku lakarannya menjadi debu. Seminggu...hatinya pedih.
Tangan
Jun berhenti bergerak. Tanda karyanya sudah siap. Matanya setia menatap kertas
yang tadinya putih kosong. Lama.
Tangan Jun bergerak lagi. Bukan
mengambil alat tulis. Tangan kanan dan kirinya bergerak serentak melipat kertas
A4 itu. Lipatan demi lipatan sehingga membentuk satu origami. Kapal terbang
kertas. Lalu kapal terbang kertas itu diluncur keluar dari tingkap.
‘Terbang bebas. Terbang! Terbang
lebih tinggi! Jangan jatuh!’ Seolah-olah hati Jun menjerit.
Beberapa ketika kemudian Jun
berpaling dari tingkap itu. Kapal terbang yang tadi berterbang melayang tinggi sudah
semakin menjejak tanah. Jun menunduk muka ke lantai.
‘Apa yang aku harapkan ni?
Terbang tinggi? Sayap pun kau tiada, Jun. Lebih tinggi itu hanya harapan palsu
yang kau cipta sendiri, Jun...’
Beg berisi buku di angkat. Segala
barang-barang atas meja disumbat masuk dengan laju. Jun terus berjalan laju
keluar dari kelasnya.
Alunan gemersik bunyi harmonika
lancar bertukar nota dan tempo mengikut si peniup. Shioon berdiri di sebelah
bangku kayu di bawah pohon rendang.
Sejak satu-satunya gitar Gibson
menjadi dua belah, harmonika yang selalu menemaninya ke mana-mana sahaja. Saiz
harmonika yang kecil memudahkannya untuk disembunyikan dari abahnya. Kalau
tidak, sudah lama harmonika itu hilang dalam hutan pula.
Bukan dia tidak marah melihat
gitar itu pecah, tapi orang itu abahnya. Satu-satunya ahli keluarga Yi Shioon.
Orang yang membesarkan dia dan menjaga dia. Bila terkenangkan semua itu, Shioon
tidak mampu untuk membantah abahnya. Nada-nada yang tercipta terus
berkumandang. Shioon terus asyik melayan perasaannya.
TOINK.
Tiupan harmonika terhenti. Rasa
seperti ada sesuatu yang jatuh mengena
kepala Shioon. Bukan sesuatu yang berat sehingga mampu memberi kecederaan.
Namun, bukan juga sesuatu yang terlalu ringan seperti debu untuk dihiraukan.
Bermacam-macam andaian mula
bermain dalam fikiran Shioon. Mungkin daun kering aje...
Seketika kemudian beberapa ekor
burung beterbangan keluar pergi dari pokok tempat Shioon berteduh.
Mungkinkah... Tahi burung!?
Shioon terus lari pergi dari
tempat pendiriannya sebentar tadi. Manakala, tangannya sibuk mengacau rambut
pendek. Takut kalau memang benar tekaannya tentang tahi burung itu. Mahu
sebulan cuci rambut hari-hari kalau betul!
Ada sesuatu yang jatuh ketika dia
berlari tadi. Shioon angkat kening. Kapal terbang kertas? “siot aje...”
huih....hilang semangat aku tadi. Pelik. Shioon memandang ke langit biru. Kapal
terbang kertas....jatuh dari langit?
Kapat terbang kertas itu
diangkat. Lalu Shioon menguraikan kembali lipatan kapal terbang kertas itu.
Riak muka Shioon berubah. Ada sedikit terkejut. Terhenti seketika degupan
jantungnya. Kaku tangan Shioon melihat isi lakaran kapal terbang kertas yang
sudah kehilangan rupa bentuknya.
‘Burung dalam sangkar’.
Kalaulah perasaannya mampu untuk
dijadikan perkataan. Burung dalam sangkar... Tepat dengan rasa yang dialaminya.
Ya... Dilindungi... Dalam waktu yang sama, rasa dikurung...
“Shioon!” Suara garau seorang
lelaki muda menghentikan lamunannya.
Secepat mungkin Shioon menyorok
kertas lakaran itu ke dalam beg. “Izak! Yo!” tangan kanannya melambai.
“kau main tak hari ni?” Izak
menggaru kepala yang tidak gatal.
“main... Aku perlukan duit nak beli gitar baru
ni”.
Izak angkat kening sebelah.
“Gitar Gibson kau mana?”
Shioon tak menjawab soalan. Dia
cuma memberi senyuman pahit.
Izak faham maksud senyuman itu.
Bukan sehari dua dia kenal Yi Shioon ni. “Abah kau lagi?” Soal Izak walaupun
dia tahu jawapan kepada soalan itu.
Sekali lagi Shioon tidak menjawab
soalan kawannya, Izak. “Dahlah... Jom pergi. Cepat main, cepat dapat duit,
cepat aku balik...” Shioon melarikan topik perbualan mereka.
Shioon masuk ke kawasan bilik
terbuka yang tidak terlalu terang. Cahaya yang sekadar cukup untuk melihat
setiap kawasan.
Tiga orang lagi kawannya sudah
bersedia di meja. Shioon dan Izak bertegur sapa dan terus mengambil tempat
duduk masing-masing. Izak mengeluarkan dek kad ke atas meja.
“Siapa first player?” Shioon
bertanya memecah sunyi semasa Izak mengeluarkan dek kad.
Kelima-lima mereka diam tidak
menjawab. Masing-masing memandang wajah orang lain.
“Aku ajelah! Kalau diam macam ni
sampai esok pun tak mula” Izak membuat sedikit jenaka. “Shioon. Macam biasa,
kau jadi ‘dealer’ merangkap ‘button’. Buatlah style air riffle shuffle kau tu.
Syok pula aku tengok dulu...haha...” Izak gelak kecil. Sudah lama juga Shioon
tidak sertai mereka bermain.
Shioon mengangguk dengan cadangan
Izak. Dek kad diserahkan kepada Shioon. Cara Shioon mengasingkan kad memang
unik, tidak perlukan meja untuk dia buat. Tangan kanan dan kiri terus bergerak
laju. Dek kad tadi dipecahkan kepada dua bahagian yang hampir sama rata. Tangan
kanan memegang separuh, dan lagi separuh di tangan kiri. Kemudian tangan Shioon
laju menyatukan hujung ke hujung kad-kad tersebut. Jari-jari Shioon kemudian
menolak bahagian tengah penyatuan kad sebentar tadi ke atas dan membentuk
‘bridge’. Untuk penghabisan, kedua-dua ibu jari yang menahan dari atas bentuk
‘bridge’ menolak bahagian tengah ke bawah seolah-olah air terjun. Oleh kerana
itu, ada juga yang memanggil langkah itu sebagai ‘waterfall’. Dan akhirnya, kad
terup itu sudah menjadi satu dek yang lengkap kembali.
“aku start ni...” Shioon memberi
amaran untuk mula. Masing- masing sudah bertukar riak muka takjub kepada
serius.
Sekeping demi sekeping dihulur
mengelilingi mereka berlima sehingga mendapat dua keping seorang. Selepas itu,
tiga lagi keping kad lagi diletak ditengah-tengah meja dalam keadaan tertutup.
Baki kad diletak bersebelah dengan tiga keping kad tertutup itu. Kemudian, kad
yang paling hujung antara tiga kat tertutup tadi dibuka. Diamond ‘J’.
Shioon duduk ditempatnya. Dua
keping kadnya dibuka untuk diri sendiri. Masing-masing juga turut melakukan
perkara yang sama.
Setelah puas hati dengan kad yang
diberi, Izak sebagai pemain pertama membuat ‘small blind’ dengan mengeluarkan
lima ringgit. Disebelah Izak, pemain kedua mengeluarkan sepuluh ringgit untuk
membuat ‘big blind’.
“call...” pemain ketiga bersuara
sambil mengeluarkan 10 ringgit. Masih awal untuk dia membuat ‘raise’.
“call...” pemain keempat turut
mengeluarkan sepuluh ringgit.
“call...” Shioon, pemain kelima,
juga sama.
Sampai kembali ke Izak, lima ringgit
ditambah kepada lima ringgit yang awal supaya menjadi jumlah sepuluh ringgit.
“call..”
Pemain kedua diam sejenak memandang
kad sebelum memberi keputusan. “check...”
Shioon mengangguk. “ada sesiapa
nak buat ‘raise’?”
Kesemuanya menyebut ‘check’. Dia sendiri
pun tidak mahu raise lagi untuk waktu sekarang. Masih awal...
Shioon membuka lagi satu dari dua
kad yang masih tertutup itu. Heart ‘K’.
Izak memulakan lagi pusingan itu
dengan mengeluarkan sepuluh ringgit. Riak mukanya nampak agak yakin.
“raise!” Pemain kedua meletakkan
lima belas ringgit.
“call...” pemain ketiga bersuara.
“call...” pemain keempat turut
membuat ‘call’.
Shioon tersenyum kecil. “raise.”
Dua puluh ringgit diletak atas meja. Pemain lain mula rasa terancam. Izak
memandang sekilas wajah Shioon. Cuba untuk mentafsirkan riaknya, tapi malang.
Riaknya seperti biasa. Tiada resah seperti selalu disetiap permainan terdahulu.
Pemain-pemain mula membuat ‘call’
untuk seratakan jumlah taruhan dan ‘check’.
Pusingan ketiga dan terakhir
untuk ‘deal’ itu dimulakan. Kad tertutup terakhir dibuka. Spade 10.
Izak meletakkan tiga puluh
ringgit. Dia yakin kadnya boleh menang!
Masing-masing membuat ‘raise’ dan
‘call’. Hinggalah Shioon membuat ‘all out’. Ternyata tindakan Shioon
menggentarkan keyakinan pemain lain.
Pemain keempat mula resah dengan
taruhannya. Dengan kad ditangan dan kad-kad dimeja, dia hanya mampu membuat
‘double pair’ sahaja. “aku nak ‘fold’...” Dua keping kad ditangan ditolak ke
depan dlm keadaan tertutup.
Shioon senyum sinis. Dia sudah
tidak perlu membuat apa-apa. Pemain yang masih tinggal mula berkira-kira dengan
taruhan masing-masing. ‘Fold’ atau tidak?
Beberapa minit berlalu, dua lagi
pemain akhirnya menyerah kalah. Yang tinggal hanya Izak dan Shioon.
“kau nak ‘raise’ lagi tak?” soal
Shioon. Mukanya penuh yakin akan memperolehi kemenangan.
“Check.” Izak dengan berat
mengungkapkan perkataan itu. ‘Kau memang betul-betul ‘gambler’ Shioon. Kita
tengok, samada pertaruhan kau dengan memberi semua berjaya atau tidak’. Izak
tengok kembali kadnya.
“ok...”
“Aku...Pair ‘10’ and pair ‘J’”
Shioon membuka kadnya. “Double
pair ‘K’ and ’10’” dia membuat senyum sinis. Beberapa pemain lain rasa
menyesal, mungkin mereka boleh dapat point yang lebih tinggi.
Izak menepuk dahi.
“thanks.... haha” Shioon mengaut
semua duit pertaruhan dalam deal tadi.
“Shioon....kau ni memang kan...
haha!” Izak menepuk-nepuk bahu kawannya itu. “kalau main poker, kau memang
hebat!”
Lima ratus enam puluh ringgit...
“huh....” Shioon mengeluh panjang di bangku kayu di taman permainan berdekatan
rumahnya.
“masih tak cukup ni....” Shioon
menyandarkan belakangnya. Gitar... Shioon menutup mata. Tangan kirinya
mengangkat tinggi sedikit, begitu juga tangan kanannya bergerak ke atas dan ke
bawah seolah-olah sedang memetik tali gitar. Shioon mula berdeham seperti
mengikut alunan petikan gitar. Kepalanya terangguk-angguk bagaikan mendengar
bunyi permainan gitarnya. Shioon hilang seketika dalam dunia khayalan
ciptaannya.
Bila realiti hanya sekadar penyeksaan,
Biarlah khayalan yang membahagiakan,
Walaupun hanya untuk seketika.
Shioon
berhenti bergerak. Suaranya juga tidak keluar lagi. Teringat pada kata
kawannya, Izak.
‘kalau main poker, kau memang hebat!’
Poker...
Haha... Aku memang hipokrit. Dengan muka poker face aku ni... Gitar aku patah,
aku masih tersenyum? Aku hipokrit... Aku hipokrit!!!
Shioon menunduk mukanya. Maka
terlihatlah Shioon akan begnya. Teringat pula pada kapal terbang kertas yang
disumbat. Kapat terbang kertas itu dikeluarkan dengan cepat. Shioon mengamati
lagi isi kertas itu.
Burung dalam sangkar... Sangkar
itu pula diletak bersebelahan jendela. Terasa benar ingin berjumpa dengan
empunya lakaran.
“Hurm?” Kertas itu dirapatkan ke
mata bila dia terperasan akan sesuatu. “nombor 6...?” signature ke? Shioon
senyum nipis. Sekarang dia sudah ada klu untuk berjumpa pemilik kapal terbang
kertas itu. “6...”
“Jun...
turun makan!” jerit ibunya.
Tiada
suara bersahut. Hanya ada bunyi tapak kaki menuruni anak tangga. Mukanya pucat.
Matanya redup. Bibirnya seperti sudah lama tidak mengeluarkan suara.
“Jun,
hari ni ibu masak makanan kesukaan Jun” Ibunya cuba untuk bermesra.
Jun
tetap diam dan berjalan melepasi ibunya seolah-olah tiada sesiapa di situ.
“Jun!”
Ibunya menarik lengan Jun. Rasa geram diperlakukan begitu setiap waktu.
Jun
melihat ibunya. Tajam. Sangat tajam sehingga ibunya melepaskan genggaman pada
lengan Jun.
Di
meja, Jun makan dengan diam. Ibu dan ayahnya jadi kerisauan dengan perangai
anak perempuan mereka. Sejak kejadian hari itu, Jun langsung tidak berkata
apa-apa.
Ayah
Jun mengeluh perlahan. “Jun diam pasal lukisan hari tu ke? Ayah buat begitu
sebab ayah tak mahu Jun salah buat pilihan. Apa yang lukisan boleh berikan pada
Jun? Kerjaya yang tidak menentu masa depan Jun...”
“Sekurang-kurangnya
Jun gembira!” Jerit Jun mencelah nasihat ayahnya.
“Jun!”
Ayahnya menatap tepat ke anak mata Jun. Tembok keras hatinya jadi retak.
Seluruh kekuatannya jadi lemah. Tak sanggup untuk melawan kedua ibu bapanya
demi impian. Sedar bahawa dirinya tidak cukup kuat untuk melawan, Jun terus
berlari pergi dari meja makan.
Pintu
bilik ditutup kuat. Jun terus mendapatkan katilnya. Tempat yang dia rasa paling
selesa buat masa ini. Titisan air jernih mengalir lagi. Entah kali ke berapa dia
menangis minggu itu. Jun memang tidak mampu lagi menahan tangisan hatinya.
Akhirnya Jun tidur bertemankan tangisannya.
Antara impian dan ketaatan.
Antara kebahagian dan seksa.
Aku keliru.
Aku tak mampu untuk memilih.
Loceng
tamat sekolah berbunyi. Aku benci tanda bunyi itu. Tanda itu bermakna aku perlu
pulang ke rumah. Bagusnya jika sekolah ini tidak akan tamat sampai bila-bila.
“Jun?
Hari ni balik lambat lagi?” soal rakan sekelasnya.
Jun
senyum kecil dan mengangguk.
“okay,
bye bye” mereka saling melambai tangan.
Jun
kembali memandang ke luar tingkap. Langit hari ini tidak secerah biasa. Awan
gelap agak rendah. Mungkin mahu hujan agaknya.
Jun terus memeriksa isi begnya
jika dia membawa payung hari ini. Bibirnya mengukir senyum. Bawa. Terus sahaja
dia mengeluarkan alatan melukisnya bersama kertas A4. Selepas beberapa minit
menyediakan bahan-bahan, jari-jemari Jun cekap menjalankan tugasan dari
tuan badan.
Shioon berdiri di tempat yang
sama seperti hari itu. Hari di mana kapal terbang kertas terhempas mendarat di
atas kepalanya. Dan juga hari dia menyedari bahawa masih ada seseorang yang
merasai perasaan yang serupa dengannya.
Hatinya seperti berasa lega.
Seperti merasakan dia tidak bersendirian terkurung dalam dunia gelap
ciptaannya. Duduk bertahan menanti sesiapa untuk melepaskan dia pergi dari
sana. Shioon menutup mata, seakan berdoa agar hari ini ketemu dengan pelukis
lakaran burung dalam sangkar itu. Sudah tiga hari Shioon berdiri di tempat yang
sama.
Langit menjadi lebih mendung.
Geselan antara awan mula menghasilkan kilat. Cahaya yang muncul sekali sekala
tadi mula ditemani bunyi amarah guruh. Shioon
mengangkat telapak tangan ke langit. Terasa ada titisan air.
“hujan...”
Shioon berlari masuk kembali ke
kawasan pengarangan sekolahnya. Saat Shioon berlari mencari teduh, dia
terperasan akan satu tingkap terbuka di satu bangunan yang kebetulan bangunan
kelasnya. Sepatutnya waktu sekarang ni semua kelas sudah tutup tingkap, bukan? Shioon
berlari laju menghala ke kelas yang terbuka tingkapnya.
“Ahhh....” Hujan pula. Jun
melihat kapal terbang yang sudah siap dilipat. Mungkin kali ini aku patut tukar
pada sampan kertas?
Shioon berdiri dimuka pintu kelas
bersebelahan kelas miliknya. Rambut dan pakaian Shioon kebasahan dengan air
hujan dan peluh.
Ada gadis duduk di meja
berdekatan tingkap. Shioon amati gadis itu teliti. “Jun?” Enam... Jun...?
Badan Jun berpusing laju ke arah
suara yang menyebut namanya. Jun
terkejut. Sepatutnya waktu sekarang sudah tidak ada orang datang ke bangunan
ini.
“Jun? Apa kau buat kat sini
lagi?” Soal Shioon. Hatinya mulai yakin apabila terpandang kertas putih origami
di atas meja Jun. Enam dan Jun ialah orang yang sama.
Jun mula panik. Tangannya
mencapai semua barang-barang atas meja dan menyumbat ke dalam beg. Sehabis
siap, Jun terus berlari keluar dari kelas itu.
Shioon mengambil origami yang
sudah separuh siap dan mengurai lipatan origami itu kembali. Bibirnya tersenyum
lebar.
“da agak...”
Enam ialah Jun, dan Jun ialah
enam... Shioon melipat kembali mengikut kesan lipatan yang sedia ada dan
menghabiskan menjadi satu lagi kapal terbang kertas. Lalu, Shioon mengangkat tinggi
kapal terbang kertas itu menghala siling.
“Jun...” Shioon tersengih
sendiri.
Jun mendengus. Rasa rimas diekori
lelaki yang kurang dikenalinya itu. Sudah masuk empat hari. Mana sahaja Jun
pergi, Shioon pasti akan mengekori. Selang pertukaran waktu subjek, rehat dan
juga waktu selepas habis kelas.
“Kau nak apa sebenarnya!?” Soal
Jun tidak puas hati. Tidak tenang hendak terus melukis bila gerak-geri ditatap
orang sepanjang masa.
“tak ada apa-apa. Saja nak borak
borak dengan kau aje...” Jawab Shioon bersahaja. Sengihnya masih tidak hilang.
“okay, fine!” Jun meletakkan
pensel mekanikal jenama pilot atas meja. “Apa yang kau nak borakkan?” Tanya Jun
kasar.
Sengih Shioon makin panjang.
Tangannya mencari sesuatu dalam beg sandang. “Ni...” Shioon mengeluarkan 2
kertas origami berbentuk kapal terbang kertas. “Kau yang buat bukan?” Satu per
satu lipatan origami itu dihuraikan.
Muka Jun bertukar rona merah
sedikit. “Ya, aku. Jadi?”
“Jadi... Kenapa ilustrasi ini?”
Tanya Shioon sambil menunjukkan lakaran burung dalam sangkar itu.
“Perlu ke aku bagi tahu...”
Protes Jun untuk menjelaskan ilustrasi itu yang dianggap sebagai luahan hati
kecilnya.
“Tak.Tapi aku ikut kau mana saja
macam biasa ya...” Ugut Shioon walaupun nadanya seperti bergurau senda.
Jun mendengus kuat. Geram sungguh
dengan perangai lelaki yang duduk berdekatan meja Jun melukis. Kerusi
dipusingkan menghadap Shioon. Jun menghela nafas panjang sebelum memulakan
ceritanya.
“Aku... Nak jadi pelukis...” muka
Jun kemerahan menahan rasa segan tatkala menyatakan impiannya.
Shioon diam tidak memberi apa-apa
balasan. Riaknya serius mendengar kisah hikayat gadis dihadapannya. Melihat
keseriusan Shioon, terbuka hati Jun untuk bercerita kisahnya yang sebenar. Jun
menceritakan segalanya termasuklah semua buku lakarannya di bakar. Kisahnya
ditutup dengan satu senyuman yang pedih.
“Jun.” Shioon muncul lagi di muka
pintu kelas.
“kenapa kau muncul lagi!?”
“aku tak cakap pun aku tak akan
kacau kau lagi pun semalam kan?” Sengih Shioon. “kau tak perlu risau. Lukis
saja. Aku duduk hujung sini sambil main harmonika ni, okay?” Cadang Shioon
sambil menunjukkan harmonikanya.
“Suka hatilah!” Geram sungguh
dengan lelaki itu.
Sebulan sudah berlalu, namun
Shioon tetap muncul menemaninya melukis seperti biasa. Cuma, harmonika yang
selalu dibawa oleh Shioon bertukar ganti menjadi gitar akustik. Jun dan Shioon
juga seperti biasa tidak banyak berkata. Hanya bunyi kesan goresan pensel dan
petikan tali gitar yang berbicara mengisi ruang antara mereka. Jun tidak kisah mendengar setiap lagu yang
dimainkan. Dirinya rasa bebas sedikit mendengar lagu-lagu Shioon.
“Shioon...sedap suara kau kan...”
puji Jun.
“Thanks...” Shioon meneruskan
permainan gitarnya.
“Dengan bakat kau, aku rasa tak
susah kau nak berjaya dalam muzik nanti. Sayap kau besar dan luas, pasti kau mampu untuk terbang tinggi...” Jun sudah
mula bermain dengan pensel mekanikalnya.
“Jun... Kenapa kau tak cuba
pertahankan impian kau?” Shioon akhirnya bertanya soalan pada Jun.
“Aku...” Tangan Jun berhentu
bergerak. “Da cuba. Bukan sekali, sudah banyak kali. Ayah masih juga
membantah... Lagipun aku...aku...” Dia mengenggam tangan dengan kuat. “Aku tak
mampu menentang mereka... Aku tak cukup kuat pertahankan impian aku...” Jun
menundukkan muka. “Sayap aku tak cukup kuat untuk bertahan untuk terbang lebih
tinggi, maka aku takut untuk pergi. Aku takut jatuh. Aku takut tiada siapa
bersama dengan aku.”
Shioon meletakkan gitar dan pergi
ke meja Jun. “nah!” Shioon menghulurkan sesuatu dalam genggamannya.
“Apa?” Soal Jun hairan dengan
sikap Shioon hari ini.
Shioon membuka genggaman. Kini
tangannya memegang seutas rantai perak.
Jun menatap loket rantai di
tangan Shioon yang unik. Bentuk sayap, tapi hanya ada separuh. “Kenapa ada
separuh aje?”
“Lagi separuh...” Shioon
mengeluarkan rantai dilehernya. “ada dekat sini...”
“kenapa nak bagi aku? aku
bukannya rapat sangat dengan kau...” Walaupun katanya seakan menolak, tapi
hatinya sudah tertarik pada rekaan loket rantai itu.
“nak ke tak?” ugut Shioon.
“Nak! Nak!”
“nah...” Shioon melepaskan
pegangannya pada tangan Jun yang sudah menadah seperti meminta gula-gula. Gembira
sungguh Jun bila rantai itu sudah menjadi miliknya.
“Aku bagi kau sebab. Sayap rantai
ini adalah sepasang” Shioon membuka rantainya yang mempunyai loket separuh lagi
sayap. “tadi kau kata sayap aku cukup luas untuk ke mana saja tapi kau pula
tidak cukup kuat hingga mampu terjatuh...jadi aku berikan separuh sayap aku
pada kau” Shioon meletakkan rantainya rapat dengan rantai Jun.
Jun agak terkejut mendengar
kata-kata Shioon. Dia hanya diam sehingga Shioon menghabiskan penjelasannya
lagi.
“separuh sayap tidak akan dapat
terbang. Jadi, biar kita capai impian bersama-sama!” Nada Shioon serius.
“Apa...apa kau merepek ni!?”
“Aku serius!” Tidak nampak
seperti dia bergurau. “Kalau kau tak percaya, jom pergi rumah kau. Aku akan
keluarkan kau dari sangkar sana!” tangan kirinya menyambar kedua-dua rantai
loket di atas meja dan terus pergi mendapatkan barangnya.
“Shioon!” Jika ada peluang untuk
aku bebas terbang... walaupun hanya 1%...
Aku nak bertaruh! “Rantai aku...” Jun menghulurkan tangan meminta
kembali rantai yang sudah menjadi hak miiknya.
“Ayah da cakap, Jun takkan jadi
artist!” bergema jeritannya.
“Apa salahnya kalau Jun nak capai
impian dia pak cik...” celah Shioon membela Jun. Soalnya seperti bertanya
tentang diri sendiri.
Ayah Jun menoleh ke Shioon. “Budak
ni yang buat Jun melawan kan?”
“bukan. Bukan...” Jun menggeleng
kepala.
Shioon tidakberanjak dari
posisinya. “Kalau pak cik tak beri Jun jadi pelukis, saya sendiri akan bawa dia
keluar dari rumah ni!” Tegas Shioon.
“Kurang ajar!” Ayah Jun terus
menampar kuat Shioon.
“Ayah!!! Selama ni Jun patuh dan ikut cakap ayah macam
patung! Sekali ni je Jun nak buat benda
yang Jun suka... yang buat Jun gembira...satu-satunya yang buat Jun rasa nak hidup.
Kalau Jun tinggalkan lukisan, jadi apa yang ayah nak Jun jadi tu... dalam 10
tahun akan datang...setiap saat, setiap minit Jun akan rasa semakin benci!
Benci pada kerja, benci pada dunia , benci pada ibu dan benci pada ayah!
Sehingga ibu dan ayah mati, Jun takkan rasa sedih langsung!”
Ibu dan Ayah Jun terkaku
mendengar kata-kata Jun. “Jun cakap sekarang! Budak laki ni yang ajar Jun cakap
macam tu kan!!!”
“Tak! Jun simpan je selama ni
sebab Jun tak nak ibu dan ayah terluka... tapi Jun silap. Ibu dan ayah tak
pernah kisah kalau Jun terluka pun kan, kenapa Jun nak kisah kalau ibu dan ayah
terluka lagi...” Sindir Jun. Memang selama ni dia bertahan dan bertahan,
menahan setiap butir kata tu keluar dari bibir kecilnya.
“Jun!” Tapak tangan ayahnya
bergerak laju ingin menyentuh pipi Jun.
“Abang, cukup...” Ibu Jun berlari
muncul di hadapan Jun, mempertahankan Jun. “Jun bukannya barang hak milik kita.
Dia anak kita...” Bagaikan dihantuk, ayah Jun seperti sedar akan sesuatu. Dia
melayan anaknya tidak ubah seperti patung robot, mengarah segala itu ini.
“Jun, bawa kawan Jun pergi
sekarang!” Arah ibunya. Jun mengikut dan membawa Shioon keluar dari rumahnya
sepantas mungkin.
“Ru...rupanya rumah kita tak
adalah jauh sangat. Sebelah taman aje ni...haha!” Jun cuba untuk berjenaka
memecah kesunyian. Namun, Shioon masih diam juga.
“Da sampai...” Shioon bersuara
rendah. “thanks teman aku. bye.” Pendek sahaja katanya.
“Sh...Shioon...” Jun menahan
Shioon sebelum masuk ke kawasan rumahnya. “maaf, sebab tadi...”
Shioon mengukir senyuman pahit.
“Tak ada apa-apa. Jangan risau... Baliklah...” Gegas Shioon. Tolong jangan
keluar dulu...Abah! Hatinya merayu pada masa agar, Jun tidak ketemu dengan
abahnya.
“SHIOON!!!” Suara garau abahnya
sudah kedengaran.
“Jun, pergi cepat! Cepat!
Sembunyi atau apa je asalkan bukan depan rumah aku.” Shioon memberi amaran.
“Cepat!!!” Jun hanya berlari ke kawasan tidak jauh dari rumah Shioon dan masih
dapat melihat rumah itu.
Pintu utama dibuka kuat. Seorang
lelaki dalam lingkungan umur 40-an keluar dengan muka marah. “Mana kau hilang hah?!” jerit lelaki itu.
Shioon hanya mendiamkan diri.
“Gitar ni. Mana kau dapat gitar
ni???” Lelaki itu menarik gitar dari Shioon.
Shioon masih juga berdiam diri.
Jun cuma dapat melihat dari jauh
keadaan Shioon. Shioon tidak sama seperti semasa berada di rumahnya. Baru Jun
tersedar selama ini, Shioon tidak pernah menceritakan masalahnya pada dia.
Mungkinkah dia cuma nak aku sahaja yang lepas, dia tidak? Tak! Aku takkan
biarkan macam ni!
Ting! Ting!
Bunyi tingkap biliknya dibaling
sesuatu. Shioon menyelak langsir dan memandang ke luar tingkap. Ada kelibat
Jun. Terus dia menjauhkan diri dari tingkap.
Tidak mahu Jun melihat keadaannya yang sebegitu.
Jun perasan ada orang melihatnya
dari tingkap itu. Geram kerana Shioon mengendahkan dirinya. Kata nak capai
impian sama-sama!
Tok! Tok!
Tingkap yang sama mengeluarkan
bunyi. Cuma berlainan dari bunyi tadi. Shioon menyelak langsir tingkap. “Jun!”
terkejut Shioon melihat Jun ada betul betul di luar tingkap. Terus Shioon
membuka untuk membiarkan Jun masuk. “ni tingkap dua kau tau tak! Apa kau buat
malam malam ni?”
Jun sengih. Kali pertama Shioon
memarahinya. Selalunya Shioon hanya membuat lawak atau bernyanyi sahaja semasa
bersama di dalam kelas itu. “Aku datang...nak rescue kau” Terang Jun.
Shioon angkat kening sebelah.
“Haha! Kau mimpi apa datang nak rescue aku ni...”
Jun mencebik. Dia tahu pasti
Shioon tidak mahu berkongsi masalah dengannya. “Ibu dan ayah da bagi aku
teruskan dengan lukisan”
“Tahniah...” Shioon mengukir senyuman.
Ikhlas...
“Jadi... da sampai masa untuk kau
ceritakan tentang kau...” Jun duduk bersila di atas lantai. Menanti pembukaan
cerita dari Shioon.
Hati Shioon mengeluh. “Kau tahu
tak kau sekarang dalam bilik budak lelaki... Kau tak takut?” Sengaja Shioon
menduga Jun.
“Tak... Aku percaya pada kau. Kau
takkan apa-apakan aku...” Mata Jun memandang tepat ke anak mata Shioon. “Kau
cakap kita akan capai impian bersama bukan. Jadi kita mesti kena hadapi masalah
bersama. Lagipun...” Jun menarik keluar rantai berloket separuh sayap keluar.
“Kita adalah sepasang sayap” Lalu loket rantai itu ditunjukkan pada Shioon.
Sayap... “Jun...” Shioon turut
mengambul tempat bersila bersebelahan Jun. “Jangan tinggalkan aku...”
“Mestilah. Sebab dengan separuh
sayap takkan boleh terbang...”
Shioon menceritakan kisahnya dari
kecil, bagaimana mamanya pergi untuk selamanya, perihal abahnya yang menjadi
terlalu melindungi dirinya dan juga sebab utama dia meminati muzik.
“Aku rasakan...kau cuma perlu
cakap dengan dia aje” Jun memberikan pandangan. “Korang tak pernah ada bincang
pasal benda ni kan?” Teka Jun. “Lagipun, benda takkan selesai kalau kita tak
cakap...”
Memang Shioon tidak pernah ada
memberitahu impian untuk menjadi pemuzik pada abahnya, kerana dia yakin abahnya
akan menolak keras. “Susahlah Jun nak
bincang dengan dia...” Rungut Shioon.
“Nah... aku pinjamkan...” Jun
membuka rantai dileher dan menyerahkan pada Shioon. “Sebagai ganti aku nanti...”
Selepas menyerahkan rantainya Jun bergerak ke tingkap tempat dia masuk.
“Pulangkan balik esok ya...Aku tunggu...” Pesan Jun.
Shioon menatap rantai milik Jun. Separuh
sayap tak mampu terbang? Bibirnya mengukir senyuman lagi. Impian... Shioon
menggenggam rantai itu. Kita capai impian bersama!
“Abah, saya nak jadi pemuzik...”
Jun bersandar pada pagar rumah
Shioon. Sudah hampir dua jam dia menunggu khabar dari lelaki itu.
“Jun?”
“Shioon! Macam mana!?”
Shioon tidak menjawab soalan Jun,
tetapi dia menyerahkan kembali rantai kepada Jun. “Nah... Thanks...” Dia
memberikan senyuman.
Hanya dengan senyuman itu, Jun
sudah dapat mengagak hasilnya. “Dapat?”
“Ya... Mulai hari ni, kita kejar
impian bersama!” Shioon dan Jun saling berpandangan mengikrar janji. Tidak kira
10 tahun atau 20 tahun akan datang, kita akan tetap bersama...kerana kami ialah
sepasang sayap...
Jika seorang hanya lemah bertahan dari jatuh.
Berdua mungkin kuat untuk naik lebih tinggi.
Jika separuh tidak kuat untuk terbang.
Sepasang sayap mampu terbang lebih tinggi.
NOTE:
term2 yg dipakai...
deal- nama utk setiap kali game
button- button ialah dealer...yg buat shuffle card.
Blinds: Short for
"blind bets," these are the forced bets made before the cards are
dealt.
Call: They match
the amount of the big blind.
Check: Similar to a call,
but no money is bet
Raise: nak tambah
duet taruhan.
Fold: They pay
nothing to the pot and throw away their hand, waiting for the next deal to play
again.
All out: keluarkan semua
duet taruhan.
point(ikut nilai plg
tggi)
- royal flush
- straight flush
- joker or four of kind
- full house
- flush
- straight
- three of a kind
- two pair or double pair
- pair
nilai tinggi ikut
bunga kad...
- spade
- heart
- club
- diamond
nilai tggi ikut
nombor
- 2
- A
- K
- Q
- J
- 10 n so on
kad plg tggi dlm
dek Spade 2...
kad plg rendah dlm
dek Diamond 3
ps: saya ingin meminta maaf dgn bahasa yang sgt biasa....sya
x reti bahasa ssh2 ni...n kosa kata saya pun tak luas sgt...hanya tahu yg bese2
je... hope enjoy... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)