HATI BESI |When a Muslimah fall in love|

salam.... lama giler x update blog smpai berhabok...hahaha....busy ngan final sem...sori readers~ nah new cerpen...

cover by Bell...(thanks~)

Nur Laila nama diberi. Bukanlah terlalu baik untuk berniqab, bukanlah juga jahil sehingga tidak tahu membezakan baik dan buruk, benar dan palsu, halal dan haram. Tidak pernah terpaut rasa, tersentuh perasaan, malah tercuit rasa untuk bercinta kerana dia bukan mudah untuk menyukai hamba Allah yang datang dari kaum Adam. Ada sahaja menggelarnya ‘hati besi’, perlukan api sang naga untuk meleburkannya. Namun sekeras mana hatinya, bisa juga cair bila bertemu pemilik tulang rusuk.  Kisah cinta yang bermula dari sebuah pergaduhan...

LAILA berhenti berjalan. Jejaka yang mengiringinya turut sama berhenti. Intuisinya seakan dapat mengesan gadis muslimah di sebelahnya terasa hati dengan hujah awal tadi. “Awak, sorry...  saya tak sangka awak terasa...”
“Ya, hati saya memang keras macam besi!” ujar Laila kuat seakan menjerit. “Tapi, sekeras mana pun hati seorang wanita, ianya tetap akan lembut bila berdepan dengan lelaki yang disukainya!”kelopak matanya mula berair.
                Idz tergaman mendengar luahan si gadis bertudung dihadapannya. “Laila, saya...awak...”  itu sahaja yang mampu keluar. Fikirannya buntu ingin mencari kata-kata yang rasional sebagai balasan. Melihat seorang gadis dihadapannya makin membuat dia tidak menentu.
                Poket seluar diseluk mencari sesuatu yang boleh diberi kepada si gadis untuk mengesat air mata. “Awak...” Idz maju setapak.
                “Jangan dekat!” jerit Laila sambil teresak-esak.
                “Laila...” Idz tetap berkeras mahu menghampirinya.
                “I said, jangan dekat!!!”
                Tersentak hati Idz. “Saya minta maaf kalau kata-kata saya tadi mengguris hati awak. Saya langsung tiada niat...” sapu tangan yang ingin diberikan pada Laila tadi, Idz letakkan di atas jalan tempat dia berdiri. “Assalamualaikum, jumpa lagi Laila...” ucap Idz dengan pandangan yang redup sambil berlalu pergi.

                “Zah.....” Laila muncul di muka pintu bilik Izzah.
                Izzah angkat kening sebelah. Sudu berisi aiskrim cedok rainbow jenama Walls disuap ke mulut. Apa kenalah dengan minah rocker seorang ni? “Kau apa fasal Laila? Muka monyok macam tempoyak basi aje...”
                “Izzahhhhh.....” muka Laila makin sedih.
                “Ya?! Panjang enam harkat da kau sebut nama aku tu. Apa jadi sampai kau jadi awek bunga berembum pagi ni?” amboi, personifikasi kau Izzah... Cikgu Bahasa Melayu sekolah pun boleh pening kalau dengar!
                “Aku da terkantoi dengan dia...”
                Jatuh rahang si Izzah. “Kau! Bukan kau tak nak...”
                “Aku ter...  Zah“ Laila mula menceritakan pada Izzah bagaimana dia boleh terberitahu akan perasaannya.
“Aku rasa macam nak hantuk kepala ni pada dinding aje. Biar hilang ingatan yang memalukan itu... Perempuan yang confess... aduh, mesti dia ingat aku muka tak tahu malu!” Laila menekup muka.
“Eh, lepak la... tak ada siapa cakap pun kalau perempuan buat first move salah. Masa nabi Muhammad dulu, siapa yang pinang siapa? Isteri baginda kan? So, kau lepak aje dulu, okay? Tenangkan minda kau dulu ke...” Pujuk Izzah.
                “Izzahhhh... malu weh! Aku nak lari pergi Siam! Tak mahu balik lagi!!!”
                “Hek eleh  kau. Duit kau itu pun orang bagi, nak pergi Siam konon. Lepaklah dulu. Bagi time sama-sama tenang... Kalau tak aku cepuk korang berdua nanti!” tangan kanan Izzah diangkat membuat gaya mahu memukul Laila.
                “Izzah....” Laila membuat muka simpati ala-ala kucing parsi minta makanan.
                “Ya. Ya, aku tahu... Kau tak usah fikir sangatlah, okay? Baik kau sambung study dulu ke, buat apa-apa yang patut biar lupa kejap...” cadangnya.
                “Bukan...aku nak aiskrim kau sikit?” tanya Laila bergurau dengan muka tempe.
                Membulat mata si Izzah. Aku serius, dia main-main pula! “Tak boleh!”

                Seminggu sudah berlalu. Laila masih tiada keberanian untuk bersua dengan Idz. Rasa malu masih tetap ada. Setiap hari pasti kejadian waktu itu bermain di mindanya. Pening kepalanya memikirkan.
                Pandangan Laila silih berganti pada buku di atas meja yang sedia terbuka dan laptop di atas katil. Malas mahu ulang kaji! Laptop terus disambar. Tidak lain lagi, Facebook yang dicarinya dahulu. Agak lama juga Laila tidak membuka akaun Facebook, takut terserempak dengannya di alam maya.
                Lepas sejam menggodeh akaun dan memberi komen di akaun kawan-kawan, Laila teringin melihat akaun lelaki itu. Di ruangan search Laila menaip namanya, Idz Amri.
Page  akaun Idz terpapar dalam beberapa minit. Laila skrool ke bawah, melihat satu per satu entry post olehnya. Semuanya berkaitan Islam, masakan dirinya lebih kepada ayat-ayat kosong. Laila mengukir senyum sedih. Hatinya seakan terasa perbezaan diantara mereka.
‘Dia baik... aku? bukanlah baik sangat...’ Hatinya berbisik. Mungkin aku memang tidak layak untuk dia. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, begitu juga perempuan... Aku tidak cukup baik untuknya.
Butang ruangan sembang ditekan. Nama Idz Amri tidak kelihatan sedang online, namun Laila tetap menekan. Ruangan sembang keluar. Laila membaca kembali perbualan sembang mereka sebelum ini berkali-kali dan mengenang kembali waktu dia masih boleh bergurau senda bersama Idz. Sapu tangan yang ditinggalkan Idz pada hari itu, dikeluarkan dari laci. Laila menatap lama sapu  tangan itu.
Pop!
Idz Amri: Assalamualaikum, Laila...
“oh, mak kau pocot!” laju Laila menutup laptop gara-gara terkejut Idz Amri menghantar mesej di ruangan sembang. Nak terkeluar jantung pun ada juga! Tengah dalam keadaan angau boleh pula dia muncul. Tak kasi can betullah!
Laila mengurut-ngurut jantungnya. Berdegup laju macam orang baru habis lari pecut 100 meter. Boleh pendek satu tahun umur aku kalau selalu macam ni!

“Aik? Baru hantar salam, terus offline?” Idz menggaru kepala yang tidak gatal.
Laila...  Suara keluhan kedengaran perlahan. Yang hari itu, luahan perasan atau bukan? Bingung kepalanya mencari jawapan. Lagi pening dirinya semasa si gadis itu menangis tiba-tiba. Serius, buntu waktu tu! Kaku. Tak tahu nak buat apa...
“Astaghfirullah...” Ya Allah, aku telah membuat seorang Hawa menangis. Lelaki apakah aku ini sehingga mengguris hati seorang gadis...  Terutamanya bukan mahramku.
Huh? Mahram?
Idz laju mengambil telefon bimbit, mencari nama adik perempuannya. “Macam manalah aku boleh terlupa aku ada adik perempuan ni...” Idz menepuk dahi.
“Sis...cepatlah angkat...” rungutnya sambil jari mengetuk laju hujung meja belajar.
“Assalamualaikum, hell”
“Waalaikumusalam! Izzah, Laila okay tak?!” soal Idz laju memotong salam adik perempuannya.
Izzah membuat muncung, walaupun dia tahu Idz takkan nampak. “Abang nak berbual dengan Izzah ke Laila ni?”
“Errr... dengan Izzah lah...”
Izzah mengukir senyum. Nak mengusiklah tu... “Laila okay lah...  Yang abang nak risau risau ni kenapa? Dia bukan ADA APA APA pun dengan abang...” Sengaja Izzah menguatkan suara pada ‘ada apa apa’ itu.
“Ceh... Kerja nak mengusik orang aje. Abang bagi title adik derhaka baru tahu...” ugut Idz menyambung gurauan mereka.
“Eleh... takat dia lahir awal dua minit je pun nak berpangkat...”
“Awal tak awal, pangkat tak pangkat, abang tetap abang...  Ha.Ha.Ha!”
“Keji punya abang... Tak mahu tolong baru tahu...” Izzah gelak besar dalam hati. Padan muka hang. Haha!
“Tolong? Tolong apa?” Idz kehairanan.
“Laila. Confession. Nangis. Jalan raya. And abang.” Sengaja si Izzah buat ayat putus-putus tu.
Idz telan air liur. “Izzah da tahu ke?”
“DAH!” jerit Izzah kuat.
Idz telan air liur sekali lagi. Garangnya si Izzah hari ni. “Uit, sis. Marah ke?”
“Mestilah! Abang buat best friend Izzah sampai menangis!”
“Sorrylah... Dia tiba-tiba nangis. Abang jadi pening. Kaku terus macam patung. Mana pernah ada perempuan nangis depan abang selain Izzah. Itupun masa kita kecil-kecil dulu. Memandangkan Izzah da tahu cerita, betul ke Laila...err kat abang....urmmm suka?” Tangan kanannya menggosok-gosok belakang leher. Tabiatnya bila sedang berasa segan atau malu.
“Dia kan da bagitahu! Ya lah!” Marah si Izzah masih belum reda.
“...oh” Idz terdiam. “Izzah, abang tak tahu nak bagi jawapan macam mana... and dia pula macam nak avoid abang aje... tolonglah abang, Izzah...” rayu Idz.
Izzah mengeluh perlahan. “Abang, bukan Izzah tak nak tolong. Ini decision yang abang kena decide sendiri. Kalau Izzah kena pilih side mana Izzah nak sokong pun, Izzah akan pilih sokong Laila, abang... Laila tu baik. Hope abang dapat decide yang terbaik untuk abang and Laila... Sorry, abang...Assalamualaikum...”
“Waalaikumusalam...” Punat tamat panggilan ditekan.
Memilih dan dipilih. Agaknya yang mana satu paling mudah? Ya Allah, aku minta dengan rasa rendah diri agar Kau berikan aku petunjuk-Mu. Jika dia yang diciptakan untukku, dekatkanlah hati kami, jika bukan jauhkanlah hati kami. Dan semoga Kau berikan apa yang benar untuk hati kami. Amin, ya Allah...

Laila melihat dirinya di cermin. Bukanlah bertudung labuh. Bukan berjubah. Hanya t-shirt  dan jeans. Idz pasti mahu gadis yang sebegitu. Pasti dia tidak akan memilih aku. Terasa pedih di mata.
Lebih baik kecewa sekarang dari kecewa yang lebit teruk kemudian, kan?
Sedih...
“Laila? Aku masuk ya?” Izzah muncul di muka pintu.
“Masuklah...” jawab Laila lemah.
“Kau okay?” soal Izzah risau. Sudah masuk dua minggu abangnya, Idz tidak berkata apa-apa sebagai jawapan kepada situasi ini.
“Aku okay lah. Macam aku ni orang sakit pula... Duduklah Zah” Laila turut mengambil duduk di atas katil.
Izzah amati wajah Laila. Tidak bermaya. Perempuan... dimulut kata lain, dihati lain. Faham sangat kerana dia sendiri juga wanita. “Kau ni... Aku tak tanya kau, aku tanya hati kau tu sihat tak?”
“Sedih...”
Izzah senyum lemah. “It’s okay, Laila. Sedih sekarang, bahagia di masa depan.”
“Zah... Aku rasa dia takkan terima aku... Dia, baik. Aku? Biasa aje, dah lah ganas pula tu... tak layak, Zah... Tengoklah aku, t-shirt and jeans. Kalau macam kau mungkin sukalah, pakai jubah, tudung labuh...” Luah Laila.
“Apa kau merepek  ni? Dia takkan syok kat aku punya. Hujah kau tak boleh pakai...” Sebab dia abang kembar aku! “Dengar sini Laila. Kau kena tahu perbezaan watak dan watak yang diperwatakkan...”
“Huh? Dalam sangat maksudnya...”
“ambil contoh aku. Watak aku ialah seorang perempuan, sejauh mana aku pergi, sebagaimanapun perangai aku, tidak akan lari dari asasnya sebagai seorang perempuan. Dan watak yang diperwatakkan ialah aku yang telah disarungkan satu watak yang lain. Ya, aku memakai jubah, bertudung labuh. Rakan-rakan yang sama sepertiku mengharamkan berputiknya rasa cinta dalam hati mereka atas sebab ianya bakal mengundang zina hati. Tapi ianya salah, ada rasa cinta itu tidak salah. Tiada satu sunnah pun mengatakan ada rasa cinta itu salah...”
Laila tidak dapat memberi kata bidas. Watak dan watak yang diperwatakkan... Aku berada dimana?
Ya Allah, semoga rasa ini adalah benar dan demi-Mu, bukanlah hanya nafsu dan sekadar permainan jiwa...

Sudah masuk tiga minggu, Idz menjadi semakin bingung. Mana satu yang patut dia pilih? Hendak bercerita sesama sahabat terasa malu, dipendamkan sahaja selama ni. Hanya didalam doa dia meluahkan segala rasa agar mendapatkan petunjuk yang benar dari-Nya.
Hari ini, Idz mahu menghabiskan hari sabtunya di surau berdekatan rumahnya. Mahu berasa tenang dan lebih dekat pada-Nya. Dari pagi sehingga ke asar, Idz duduk menghabiskan waktunya dengan membuat kerja-kerja membersihkan surau.
“Assalamualaikum, Idz...” ucap seorang pemuda.
“Waalaikumusalam, ustaz Adam...” balasnya bersama senyuman. Ustaz Adam ialah bilal surau ini. Antara ustaz yang menjaga surau ini, Idz paling rapat dengannya kerana rumahnya sebaris jalan. Hanya beza 3 buah rumah sahaja dari rumah sewa Idz.
“Apa tidak mahu pulang ke rumah?”
“Belum rasa mahu pulang lagi...” Idz menjawab dan memberikan senyuman.
“Saya tengok, Idz seperti ada masalah. Mahu berkongsi?”
***
                “Sepatutnya Idz berasa beruntung menjadi pilihan seorang muslimah. Bukan semua lelaki beruntung seperti kamu. Saya sendiri perlu berusaha untuk dapatkan isteri saya ini. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan kerjamu mencari bidadari di dunia...”
                “Saya sedar akan itu, ustaz. Cuma, diri saya ni yang masih keliru dan ragu. Tidak tahu jalan yang perlu dipilih. Susahnya ustaz menjadi seorang yang kena memilih...” luahnya. Benar, itu yang menyekat dirinya untuk memberi jawapan kepada Laila.
                “Berapa lama sudah kamu fikirkan perkara ni?” soal Ustaz Adam.
                “Ada dalam tiga minggu... Kenapa ustaz?”
                “Subhanallah... seksa yang memilih, lagi seksa yang menunggu untuk dipilih...  Jangan biarkan wanita berhentikan tangisannya sendiri kerana pada waktu itu perasaannya sudah pudar dihakis air mata...”
                Idz terdiam. Benarkah yang dipilih lebih terseksa? Selama ini aku hanya fikir tentang diriku sahaja... Ya Allah... ampunkan aku...
                “Memilih pasangan itu bukan susah, Idz. Tidak perlu mencari yang sempurna, cukuplah kasihnya pada kita, akhlaknya serta agama ada dalam dirinya...” nasihat ustaz Adam lagi.

                Huh? Izzah mengangkat kening sebelah melihat nama si pemanggil di telefon bimbit.
                “Assalamualaikum. Sis, tolong abang sikit...” Idz terus menyambung ke tujuannya tanpa menunggu berjawab salamnya.
                “Waalaikumusalam. Tolong apa?”

                “Aku malaslah Izzah nak keluar rumah....” rungut Laila di hujung talian.
                “Alaaa, kau ni. Parent aku ajak makan sekali pun malas. Bukan kau kena bayar pun... Makan spaghetti  ni. Aku tahu ni favourite kau kan? Jom lah...” Goda si Izzah tidak berputus asa.
                “Hurghhhh...” rengus Laila. Tengah mood bermalas-malasan ni nak suruh keluar pula. Nasib baik dia goda makanan kegemaran aku. “ Ada siapa aje?”
                Izzah senyum lebar. Setuju nak datanglah tandanya tu. “Ada family aku ajelah... Jiran-jiran aku segan nak datang...” Izzah melawak cuba untuk ceriakan perbualan mereka.
                “Ya, ya...kejap lagi aku sampai. Tempat biasa tu ke?”
                “Yup!” kuat suara Izzah seperti teruja.
                “Tak jerit pun aku boleh dengarlah... Aku siap dulu. Tunggu tau!” Talian dimatikan. Laila terus bersiap selaju mungkin untuk ke tempat yang dijanjikan.
                Sebaik talian diputuskan, Izzah menoleh ke kiri. “Settle big bro...”
                Idz membalas senyuman. “Thanks, little sis. Owe you a big one...”

                Laila berdiri kaku ditepi meja yang didiami empat orang, dua perempuan dan dua lelaki. Ibu dan ayah Izzah serta... Idz?!
                “Sini, duduk sini Laila...” Izzah mengajak bila melihat Laila sudah kaku terkejut.
                “Izzah, apa ni?” bisik Laila.
                “Betullah family aku. Parent aku and ni abang kembar aku, Idz Amri...” balas Izzah berbisik juga.
                “Kembar kau?!” mata Laila membesar. Tidak percaya.
                Izzah kembali menghadap meja. “Ibu, ayah. Ni best friend Izzah. Nama dia Laila!” Teruja Izzah memperkenalkan Laila kepada ibu bapanya.
                “And...” Idz pula menyambung, “orang yang Idz mahu bernikah suatu hari nanti”, dengan selamba Idz mengakhiri sesi perkenalan Laila dengan sebuah lamaran.

                Kisah cinta kami mungkin bermula dengan satu pergaduhan tetapi diakhiri dengan satu takdir. Hati ini bukan sengaja mencipta besi untuk dilindungi, tetapi untuk melihat siapa yang mahu mencairkannya. Kerana bila muslimah ini mula jatuh hati, dia akan tetap pada satu demi yang SATU.

Facebook Twitter RSS