That boy is my girl a.k.a Kau Gadisku 1

                PAK!!!
               
Tangan kanannya dihentak ke dinding bersebelahan muka si gadis. Perlahan-lahan mukanya didekatkan ke muka si gadis itu. Dia membongkok sedikit supaya sama paras dengan si gadis. Rambut dia yang agak panjang bagi seseorang bergelar lelaki sudah tersedia serabut. Rambut depannya jatuh sedikit ketika mendekati gadis itu. Gadis itu menggigil ketakutan.
               
“Aku nak benda yang aku mintak tu...” Perlahan dia berkata di telinga si gadis.

                Si gadis laju mengeluarkan sesuatu dari begnya. Tangannya menggigil menghulur kepada dia. “N....Nah...Nah...” Terketar-ketar suara si gadis itu. Matanya sedikit berair.

                “Hah, kan senang kalau kau bagi duit ni awal-awal tadi! Nak aku ugut dulu baru nak bagi” Dia merapatkan lagi mukanya ke muka gadis itu. “Thanks” Bibirnya mengukir senyuman sinis.

                Gadis itu hanya kaku menggigil dalam situasi itu. Masakan gadis itu tidak takut, seseorang berwajah lelaki mendekatinya sedekat itu. Jika dia diapa-apakan bagaimana?

                “ALEX!”  Satu suara jeritan muncul dari hujung koridor yang sunyi dan gelap itu.

                “Yo!!!” Alex meyahut dengan jeritan juga. Alex merapati sekali lagi ke gadis itu. “Lain kali aku mintak lagi ye...” Alex menurunkan tangannya yang melekat ke dinding bersebelahan muka si gadis itu. “Chow dulu” Alex mengangkat tangan sebelah.

               
                “Yo, Shun!” Alex membuat high-five dengan Shun. “Karl mana? Usha perempuan lagi? Tadi mesej nak join sekali” Nadanya seperti menyindir.

                “Sindir nampak” Karl muncul dari belakang tangga. Dia mengangkat tangan kirinya dan membuat high-five dengan Shun dan kemudian dengan Alex. Senyumannya diangkat sebelah ke atas. “Hurm... Masih tak tinggi kau ni ye, Alex” Gurau Karl.

                “Ceh!” Alex melepaskan tumbukan ke Karl tapi sempat dielak.

                “Hahaha! Bahaya kau ni!” Gelak besar si Karl. Alex ni bukan boleh bawa main. Salah seorang petarung yang digeruni di kawasan ini.

                Alex melihat muka pelik Shun. “What?” Alex mengangkat kening sebelah. Meja terbuang yang penuh dengan contengan menjadi tempat duduk Alex.

                “First time tengok kau ugut girl”

                “Owh. Minah gedik tu? Dari dia bazir kat clubbing baik sedekah kat aku yang perlukan duit ni kan” Selamba Alex menjawab.

                Shun membetulkan kaca matanya. Walaupun Alex mengambil wang orang lain dia hanya mengambil dari mereka yang membazir dan bukan dari golongan yang ‘baik’ pada matanya. Memang dia sudah sangat tahu akan perangai sahabatnya ini. Cuma satu sahaja yang dia tidak ambil berat iaitu hal peribadi Alex dan Alex tidak akan ambil tahu tentang hal peribadi dia dan Karl.

                “Sekolah kau macam mana?” Soal Shun.

                Alex membuat muka kelat. “Pesal tetiba je muncul soalan tu?”

                “Jawab ajelah. Tahun ni kau exam masuk universitikan? Sama dengan aku”

                “Korang baru nak exam!?” Karl terkejut. “Korang lagi mudalah ni. Aku dah masuk universiti”

                “Ah...Lupakan!” Alex melompat bangun dari meja yang menjadi tempat duduknya. “So... Siapa mangsa hari ni” Alex mula mematah-matahkan jari-jemarinya.

                “Alex! Kau tak jawab lagi soalan aku!”

                “Budak taman sebelah?” Karl mencelah. “Aku dengar diorang da form group nak buat onar kat kawasan sini”

                Alex tersengih panjang. Onar? Tiada siapa dibenarkan buat onar di kawasan aku selagi aku hidup! “Apa lagi!? Jom!” Aku dah lama tak cari pasal dengan orang yang nak cari masalah ni.

                Shun mengeluh panjang. Dia dan Karl saling berpandangan. “Jom!” Serentak mereka menyahut. Sebelah tangan mereka sama-sama meragut leher Alex ditengah-tengah antara mereka.
               

                “Satu...Dua...Tiga...” Alex mencangkung mengira tubuh badan yang sudah terbaring kesakitan di atas tanah. “Lima? Korang lima orang lawan aku sorang pun boleh kalah macam ni? Belum kawan aku tu join sekaki”

                Tidak jauh dari tempat Alex berlawan, Shun duduk bersila mengadap PDAnya manakala Karl sedang bergelak ketawa dengan telefon bimbit berada di telinga.

                “Shun. Kau tak rasa ke yang Alex ni perempuan?” Karl turut sama duduk  bersila sebaik sahaja habis bergayut.

                “Maksud kau? Apa yang kau nampak kat dia sampai cakap dia perempuan?” Shun beralih pandangan dari PDAnya.

                “Instinct!” Karl membuat muka serius.

                Shun terus kembali ke PDAnya.

                “Wei! Aku serius ni! Kau tengoklah dia. Kulit dia licin macam perempuan. Muka dia macam perempuan. Kadang-kadang perangai dia pun macam perempuan!” Kuat suara Karl menyuarakan rasa curiga dia. “Dan feeling aku yang sentiasa bersama dengan perempuan mengatakan bahawa dia ialah... PEREMPUAN!”

                “Kalau nak bad mouth aku pun tak payahlah jerit-jerit sampai aku dengar kat sana” Alex muncul dari bahagian belakang Karl. Mukanya sudah kemerahan. Bukan merah kerana blushing tapi kerana sudah menghampiri paras meletup.

                “Tak de kena-mengena dengan aku” Shun memberitahu awal-awal.

                “Ka....rl....”

                “Wait...Wait...” Karl da mula bergerak mengundur. “Aku puji kau kot...” Cuba untuk memberi alasan.

                “Cakap jelah kau suka Alex kan”

                Muka Alex sudah kelat. Bengang, keliru dan marah sudah bercampur. “Homo” Satu sahaja perkataan keluar mengambarkan perasaannya sekarang.

                “Shun main-main je tu. Maksud aku, kau comel macam perempuan. Kalau kau perempuan dah lama aku suka kau” Karl cuba untuk mengeluarkan dirinya dari situasi itu.

                Alex masih dengan muka kelatnya. “Pergi sana. HOMO”

                “Homo...” Shun turut menambah. “Jom Alex...” Shun menarik Alex pergi dari Karl.

“Aku tak homo lah!”


                Lampu ruang tamu ditekan suis buka. Cahaya mula menerangi rumah kecil yang hanya didiami oleh dua orang. Pintu bilik tidur berwarna kelabu yang sudah lusuh dikuak perlahan.

                “Nek, Alya masuk ni” Dia berjalan perlahan mendekati katil bujang di hujung sudut. Sekujur tubuh kurus sedang terbaring berselimut.

                “Nek...” Dia bersuara lagi. “Ni Alya ada belikan ubat nenek lagi. Makan ok...” Bungkusan plastik berisi pil-pil ubat diletak di meja tepi katil. Dia bergerak mahu keluar dari bilik itu.

                Ketika itu juga, pergelangan tangan kiri Alya dipegang kuat. “A...L...YA...!”

                Muka Alya sudah berpeluh risau. Pakaian siang tadi masih belum bertukar, kepalanya masih tersarung topi element, kasut nasib baik sudah diletak dalam rak kasut. Alya sudah berdoa dalam hati semoga neneknya tidak berapa nak berleter ditengah malam buta ini.

                “Alya! Jadi Alex lagi? Pergi pukul-pukul orang lagi!?”

                “Ouch! Ouch! Sakitlah nek!” Alya mengaduh kesakitan diberi cubitan manja di paha dan lengan tangan. Huh! Memang sudah agak akan dapat ayat-ayat cinta itu dan cubitan manja ini.

                “Pakai lagi macam ni!”

                “Apa yang salahnya nek pakai macam ni?” Alya melihat pemakaiannya. Okay apa. T-shirt lengan pendek dan scarf di leher, pergelangan tangan disarung dengan wrist band kiri dan kanan, seluar khakis panjang menjadi pilihan dan di kepala hanya diletak topi. Bukannya bertindik dan bertatu.

                Menjawab pula budak ni. “Tak salah? Awak tu perempuan, yang pakai macam laki ni kenapa? Nak jadi laki sangat!?”

                Alya hanya membatukan diri mendengar leteran neneknya. ‘Orang perlu nek. Kalau tak macam ni siapa akan protect kita?’

                Dia mengeluh melihat cucunya berperangai sebegitu. Sebenarnya dia memang tahu akan tujuan Alya jadi begitu. “Alya. Tu ada barang untuk Alya”

                Muka Alya berubah ceria sedikit neneknya sudah bertukar topik. “Siapa bagi nek?”

                “Mama dan papa Alya”

                Alya berhenti bergerak. Darjah kepanasan hatinya menaik bila mendengar jawapan dari neneknya. “Bakar je barang tu! Kalau tak nak bakar, buang atau bagi pada sesiapa! Orang tak nak tengok lagi barang tu!”

Alya terus berlari keluar dari bilik dan masuk ke biliknya. Hatinya sakit bila mendengar ‘Mama dan papa’. Layakkah mereka sedangkan mereka yang buang aku sejak dari bayi kepada nenek semata-mata untuk kepentingan mereka yang ingin berpisah? Layakkah mereka jadi ibu ayahku sedangkan mereka yang tidak peduli akan aku selama 16 tahun? Masih layakkah mereka? Kenapa mesti datang kembali? Aku tidak perlukan mereka! “I hate you guys!” Air mata Alya jatuh mengenangkan kembali memori lama.


Alya melihat dirinya di hadapan cermin. Kemeja dan skirt sekolah. Bila ke sekolah sahaja dia berpakaian perempuan. Kalau boleh nak pakai uniform lelaki, tapi mesti ada penghalang utama itu. “Mau kena gelak sebulan kalau Shun dan Karl tengok aku pakai macam ni”
               
“Nek...Orang nak pergi ni...” Alya mencari neneknya di sekitar ruang tamu. “Nek, oh nek...” Bilik nenek menjadi kawasan utama pencarian Alya.

                Sebaik pintu dibuka, Alya terus meluru ke katil. “Nek! Kenapa terbaring ni? Sakit nek datang lagi ke?” Alya menyelongkar bakul yang penuh berisi pil-pil ubatan. “Nek makan pil ni cepat!” Jari Alya menghulur sebiji pil ke mulut neneknya.

                Neneknya menggeleng. “Tak nak”

                “Makanlah nek... Nanti jadi makin parah” Risau Alya.

                “Nek akan makan kalau Alya janji satu perkara dengan nek...” ucapnya lemah.

                “Nek nak orang buat apa...?”

                “Nek tau Alya ambil duit dari orang bergaduh. Janji jangan bergaduh dan ambil duit orang lagi” Tangan kirinya mengurut kuat dada.

                Alya terkejut. Bagaimana dia mahu dapatkan duit ubat nenek dan hendak tamping kehidupan mereka? Minta dari so call ‘mama dan papa’? Hingga aku tidak bernyawa pun aku tak akan minta.

                “Janji Alya...”

                Dia memandang muka neneknya yang sedang kesakitan. “Orang janji! Cepat makan nek!” Pil terus dipaksa masuk ke dalam mulut.


                “Shun...” Mukanya melihat ke bumbung. Topi dibiarkan dalam beg sandang yang penuh dengan seragam perempuan sekolah.

                “Apa Alex?” tangannya menyelak sehelai muka surat buku ilmiah.

                “Kau ada tahu mana-mana tempat yang perlukan pekerja tak sekarang ni?”

                TUP!

                Shun terus menutup buku. “Tiba-tiba je kau cari kerja, apa hal?”

                “Huh? Aku nak pakai duitlah... Takkan saja-saja pulak nak kerja” Alex angkat kening sebelah.

                Shun membetulkan letak cermin mata. Itu ayat tak nak jawab namanya. Maknanya, dia tidak mahu membuka cerita peribadi. Shun mengambil sehelai kertas dan sebatang pen biru. Laju dia menulis sesuatu. “Kau pergi tempat alamat ni esok petang “.

                Muka Alex berubah ceria. “Woah!!! Thanks Shun! Kau lah kawan terbaik hidup mati aku!” Kertas berisi alamat dicapai dan dilipat kecil lalu diselitkan ke dalam poket seluar khakis biru gelap. Bibirnya membulat bersiul girang.

                Mata Shun memerhati setiap gerakan Alex.

                “Kau tak rasa ke yang Alex ni perempuan?”

                Teringat Shun pada kata-kata Karl hari itu. Alex ni perempuan? Tanpa sedar dia tersenyum sendiri. Mana mungkin...

               
                Alex berjalan ke hujung koridor yang gelap itu yang selalunya sepi, tetapi hari ini hujung koridor itu dipenuhi suara.
                 
                Dia memerhati sudut yang dipenuhi sekumpulan orang. Ada dalam enam atau tujuh sahaja. Di atas lantai, seorang pemuda sedang terbaring memegang perutnya yang kesakitan akibat ditendang. Tidak jauh dari pemuda itu ada sepasang cermin mata yang sudah saparuh retak.

                “Kau...” Salah seorang yang sedang berdiri itu memegang kolar baju pemuda yang terbaring dan mengangkat ke atas. “Aku da penat ni, kau pun da half dead. Pekate kau tolong je kitorang...”

“Huh? Sampai aku mati pun aku takkan tolong korang...”

Alex tersenyum mendengar jawapan itu. Nice answer!

“Celaka!” Tangan kiri lelaki yang memegang kolar baju pemuda itu sudah membentuk genggaman.

“Hello!” Alex keluar dari koridor dan berjalan ke arah mereka. “Aku nak join... BOLEH!?” Alex terus menumbuk perut salah seorang dari mereka.
               
Dalam masa tidak sampai 30 minit Alex sudah menyelesaikan mereka semua. “Lemah je... Bajet macam kuat sangat. Lain kali jangan cari pasal kat tempat aku...”

                “Kau...” Tangan Alex dipegang. “Bagi aku balas balik pertolongan kau”

                “Hah? Hurm... Rasa macam tak ada pula...” jari tangannya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

                “Selagi aku tak balas, aku akan ikut kau...”


                TING TONG!!!

                Pintu rumah dibuka. Seorang pemuda muncul di muka pintu.

                Shun!!! Terkejut Alya apabila Shun yang keluar. Nasib baik hari ini dia memakai cermin mata dan mengemaskan rambutnya. Sekurang-kurangnya susah sedikit dia yang berpakaian perempuan untuk di cam orang.

                Perempuan... Shun tersenyum. “Kawan Alex?”

                “Err.... haah... Saya yang perlukan kerja...” Jawab Alya teragak-agak.

                “Kau kerja kat sini Cuma hari Isnin hingga Khamis saja. You can start today... As my personal maid. Sila masuk...” Shun memberi laluan kepada Alya untuk masuk.

                Personal maid! Hampeh punya member! Kerja orang gaji dia offer kat aku. Tengoklah jumpa nanti, aku belasah dia half dead!

                Ekor mata Shun masih tidak lepas pada Alya. Ikut hati mahu sahaja dia tergelak terguling kat situ lihat riak muka Alex atau Alya terkejut tahap gaban dapat tahu kerjanya ‘maid’. Perempuan ye... Mana mungkin aku nak orang tahu Alex itu perempuan. Hanya aku saja yang perlu tahu. Bibirnya mengukir senyuman sekali lagi.

                Alya melihat sekeliling rumah. Anak orang kaya rupanya Shun ni...

                “Tak payah risau. Parent aku tak ada sebulan ni. Diorang kat oversea, ada kerja. Sebab tu aku nak ada orang gaji buat kerja-kerja kat rumah ni”

                “Owh...”

                “Masakkan aku steak sekarang...” Arah Shun selamba.

                Melopong Alya. Masak? Aku mana reti masak ni! “Err... Mana dapur...” Tengok buku resepi ajelah.

                “Tepi sana” Shun menuding jari ke tepi koridor.

                Alya berjalan dengan berat ke rak buku berdekatan.

                “Dapur kat tepi sana tu, pesal pergi kat rak buku pulak ni?”

                “Nak ambil buku resepi?” Jawab Alya dengan muka tak bersalah.

                Budak ni jangan cakap dia tak pandai memasak! “Kau...reti masak tak?” Soal Shun teragak-agak.

                “Tak” Ringkas, pendek dan jelas jawapan Alya.

                Shun kaku tanpa kata. “Habis kau boleh masak tak ni?”

                “Aku try lah masak tengok buku ni” Apa? Ingat aku tak boleh masak ke? Setakat steak tu aku bolehlah masak tengok buku resepi ni!

                “Macam ye aje kau boleh masak...” Shun semakin menambah minyak masak ke dalam kepanasan hati Alya.

                Cabar aku! “Humph!” Alya terus menarik salah satu buku resepi dan berjalan laju ke dapur.

                Shun terkekek-kekek ketawa melihat perangai Alya. Kalau jadi Alex jangan harap dia nak nampak perangai Alya yang begini.


                Mulut Alya membentuk huruf ‘O’. Melopong dia tengok dapur rumah Shun. Besar mengalahkan ruang tamu dia. Tak, sama dengan keluasan rumah dia!

                “Semua barang kau nak ada kat sini” Shun membuka pintu. Alya menjeling sedikit ke ruang dalam. Mak ai... Stor makanan pun da besar macam bilik aku!

                “Lagi dua jam aku datang balik, pastikan semua dah siap hidang” Dia pergi menghampiri pintu keluar dari dapur. “And, aku alah pada kopi. So jangan buat kopi untuk hidang nanti”

                Demand lebih! Bwek! Jerit Alya dalam hati.


                Shun berjalan masuk ke ruang makan. Steak yang Alya dipaksa rela masak sudah terhidang. Kerusi ditarik. “Hurm... Tengok dari rupa... Bolehlah....” pinggan berisi steak itu ditolak ke tepi. “Kau rasa dulu” Arah Shun.

                Ceh... Aku dah masak sedap punya, tak nak makan pulak...  Alya mengambil tempat duduk. Pinggan steak ditarik hingga ke hadapan mejanya. Alya menjeling sedikit ke muka Shun. “Betul ni?” Dia bertanya untuk mendapatkan kepastian.

                “Makan ajelah...” Shun menghirup sedikit air teh merah dari cawan. Manis!

                Biar betul lelaki ni. Nanti karang aku da habis makan dia tuntut wang pulak...  Alya membetulkan lagi letak kaca matanya walaupun masih kemas dilandasan.

                “Makan ni...” Alya mencapai sudu dan garfu.

                “Cepatlah makan” Gegas Shun.

                Steak dipotong kecil dengan berhati-hati. Bahagian yang dipotong dicucuk dengan garfu dan dibawa ke mulut. “Betul nak makan ni...” Tanya Alya lagi sekali.

                Shun Cuma menjawab dengan jelingan sahaja.

                Steak disuap masuk ke dalam mulut. Terbeliak mata Alya dengan rasa makanan itu!

                “Rasa ape?” Beria-ria Shun bertanya.

                Pinggan yang berisi steak ditolak kembali kepada pemuda berkaca mata itu. “Rasalah sendiri kalau nak tau” ujar Alya dengan muka tak bersalah.

                Dia memandang muka rak bersalah Alya dengan ragu-ragu. “ aku tanya ni, rasanya macam mana...?” sekali lagi dia bertanya tentang rasa steak itu.

                “Tak nak?”Alya menolak lagi sedikit pinggan steak ke dia.

Berkerut muka Shun bila soalannya dijawab dengan soalan. “Tak sedap...kan?”

“Ek ena... Tak rasa lagi da cakap tak sedap. Tak nak sudah, aku habiskan. Penat-penat aku masak sedap-sedap tak nak makan pulak” Omel Alya seorang. Pinggan steak ditariknya kembali.
               
TUP!

                Tangan kanan Shun bergerak sendiri menahan pinggan dari beralih tempat.

                Alya angkat kening sebelah. “Huh? Nak ke tak ni...”

                Anak mata Shun berlari dari muka Alya dan pinggan steak berkali-kali. Nak ke tak nak ke nak ke tak? Budak ni makan macam biasa aje... lagipun bukan selalu dapat makan Alex a.k.a Alya ni masak...

                “Hell-lo? Nak ke tak?”

                Muka Shun masih lagi tak berubah riak dari tadi. Tiada sebarang jawapan keluar untuk pertanyaan Alya.

                Aku tanya buat dek je dia ni! Memang sah nak kena belasah dengan aku bila jumpa nanti! Sebagai Alex ofcourse... “Taknak sudah!”

                “Nak!” automatik suara garau lelaki itu keluar. “Siapa kata aku tak nak, aku suruh kau rasa je"

                Pisau dan garfu terus diambil dari landasan masing-masing.  Steak dipotong sedikit dan dimasukkan ke mulut.

                Membulat mata Shun!

“Air! Air!” Serentak Shun dan Alya terus bersuara.

Gelas air kosong dicapai kasar dan diteguk berkali-kali.

“Kau letak apa dalam ni wei! Apasal masin terlebih-lebih tahap gaban ni!” Shun teguk lagi sehingga kosong.

“Mana aku tau! Aku letak ikut resepi tu jelah!” Alya ikut minum masuk round kedua. Apasallah rasa masin steak kuat sangat!
***
               
                “Bosannya...” Alya baring menghadap siling. Tangannya disandarkan ke belakang. Nak lepak dengan Karl, dia tengah ada di university. Sibuk katanya. Shun? No, no, no... panas hati tak hilang lagi ni.
               
“Alya, sini jap!!!”

                “Ya, nek! Orang datang ni!” eheh... Mesti nak ajak teman keluar ni. Syok juga sekali-sekala keluar dengan nenek.

                 “Kita nak keluar ke nek?” Pantas Alya berlari keluar dari bilik.

                “Alya...” Suara wanita lain yang menyambut pertanyaannya.

                 Kaku dirinya melihat pasangan wanita dan lelaki di sebelah nenek. Pantas tangannya mencapai topi element dan menghala ke pintu utama.

“Alya tunggu dulu!” rayu wanita itu.

“Orang keluar dulu nek!” hanya bersarungkan selipar Alya berlari keluar. Sesak nafasnya bila berada dalam satu kawasan dengan pasangan itu.


PAK!

Jatuh terjelopok Alya. Habis kotor pakaiannya bercampur debu. “Huh!” seluar khakis berlubang di kepala lutut. Kawasan tepi kain yang berlubang mula menjadi warna merah. Sakit. Tapi lebih terasa sakit dalam hati.

KREKKKKK

Bunyi brek basikal menerpa pendengaran si gadis. Basikal BMX silver.

“Oit!” tegurnya.

Alya tidak mengangkat muka. Tidak mahu diganggu saat ini.

“Oit! Pekak ke bisu ni?”

Da lebih ni! “Nak apa!?” tinggi suara Alya.

“Ingatkan budak istimewa mana jatuh tadi” jawab lelaki itu selamba sambil angkat kening. Tangan kanannya menyeluk poket seluar.

“Kalau aku nak jatuh pun pe kau kisah!” balas Alya. Ganas. Semua amarahnya dilepaskan sekali.

“Nah” dia menghulurkan sesuatu kepada Alya.

Hansaplast? Alya memandang lelaki itu pelik.

“tu...” Jari telunjuk ke kaki si gadis. “ budak laki pun nak nangis sebab luka sikit ke?”

Laki?

“Ambillah” lelaki itu meletakkan hansaplast di dalam genggaman Alya. “Bye budak gembeng!”

                       
“Alya pergi mana tadi!?” keras suara nenek. Alya bergerak diam ke bilik.

“Alya!” jerit nenek.

“Dah la nek! Orang da cakap jangan bagi diorang tu masuk! Orang benci diorang! Nek bagi jugak perempuan tu masuk kenapa!?” berkaca matanya menahan sebak. Hatinya sakit. Pedih sangat.

“Alya!”

PANG!

Merah pipi gadis muda itu. Tangan kanannya memegang bekas tapak tangan. Panas. “Nek tampar orang sebab perempuan tu?”

“Perempuan tu ibu Lya... ibu kandung Lya! Ayah Lya!”

“Huh. Ibu ayah apa tinggalkan anak dia, nek? Ibu ayah apa kalau 16 tahun sekalipun dia tak jenguk orang, mintak maaf dengan orang? ibu ayah apa macam tu, nek!”  bentaknya. Pecah juga empangan air matanya.

“maafkan mereka Lya... jangan sampai bila Lya da hilang semua baru nak cari...” rayu nenek.

“maaf? Lepas diorang buat nenek sampai sakit, buat hidup orang hidup seksa, sunyi, sampai diorang buat kita hidup macam ni? Tak mungkin nek... orang takkan maafkan diorang sampai bila-bila. TAKKAN!”  Alya berpaling dari neneknya.

   “Lya...”

“ Nek cakap macam mana pun, orang takkan”

DEBUK!

Alya berpusing sendiri ke arah bunyi itu. “Nek!” dia menghampiri pantas ke tubuh nenek. “Nek! Kenapa nek? Jantung nek sakit? Orang panggil ambulan... Nek tahan, nek...” air matanya mengalir deras.

“Lya...” lemah sahaja suara itu. “Lya....lepas ni... ikut diorang ye....”

“Nek... jangan cakap camtu... orang tak nak diorang, orang nak nek sorang je.... jangan tinggal orang, nek... Siapa nak teman orang nanti...”

Tiada jawapan yang keluar.

“nek... orang nak nek seorang je....”


   Alya keluar dari kereta Mercedes dengan sut hitam beserta bagasinya. Topi Element dipakai hingga menutup muka. Dia berjalan gah ke muka pintu. Beberapa orang gaji menunduk hormat apabila Alya melalui mereka.

“Alya...” seorang wanita menghampiri Alya dengan senyuman.

“Don’t call me ALYA... kau tak layak. Pada kau, aku hanya Alex...” Dingin suaranya. “Dan ingat, aku ada kat sini hanya sebab nenek” Alya berjalan pergi memasuki rumah agam itu.

-tamat part 1-       
 (ps: kalau ade sesapa yg penah terbaca in some blog. sori bahasa tak indah...tak reti... L)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

cerpen: Cinta Fisabilillah by Noire and Baniaz





                Sejak 15 tahun sehingga hari ini, hanya dia yang mampu membuat aku bergerak menuju ke jalan Allah. Dan demi Allah, aku hanya mahu dia sebagai isteriku, Nur Jannah.
-Arash Haikal-

Aku seorang gadis yang serba kekurangan dalam segala segi. Tapi jika ada orang yang mahu mengubahku menuju  ke jalan-Nya, maka akan aku menyayanginya sepenuh hatiku atas izin Allah.
-Nur Jannah-

                “Anna, nanti bila da besar nanti, nak jadi isteri kita tak?” soal Ash.
                “Tak mahu!” tolak Anna terang-terangan.
                “Kenapa?” tanya kanak-kanak lelaki yang dalam likungan 6 tahun.
                “Kita nak kahwin dengan orang yang lagi tua dari kita. Macam mama kahwin dengan papa kita. Papa lagi tua dari mama kita tau!” jawab Anna sambil mencekak pinggang.
                “Tapi Anna... Kita kan lagi tua dari Anna. Kita enam. Anna lima. Enam lagi besar kan?” Ash menyoal Anna kembali untuk kepastian.
                “Ermmm.... Satu. Dua... Lepas dua, tiga...lepas tu empat, lima, enam..emm... tujuh, sembilan, lapan, sepuluh.....” Anna mengira satu per satu dengan jarinya walaupun ada yang dia tersilap menyebut. “haah lah! Enam lagi besar! Maknanya Ash lagi besar dari kita lah!” Anna membulatkan mata.
                “Jadi, kita boleh kahwinlah kan?” soal Ash lagi.
                “Kita taknak! Kita nak kahwin dengan putera raja! Kita nak jadi macam cerita Snow White yang cikgu Ezza ceritakan tadi...”
                “Mana ada putera raja dekat sini” Ash menggaru kepala.
                “Kita nak kahwin dengan putera juga! Tak kira! Nak juga!” jerit Anna.

                “Snow White adalah cerita dongeng kegemaran kak Anna sejak kecil. Puteri Snow White yang cuba melarikan diri dari menjadi mangsa kejahatan sehingga sesat ke hutan. Setiap hari Snow White menunggu agar ada putera raja yang sanggup membantunya keluar dari belenggu hidupnya. Hari demi hari puteri menanti agar putera raja datang menyelamatkannya dari genggaman kegelapan, malangnya, puteri masih tidak bertemu juga....”
                Kruuuu...
                “Da tidur pula si Nani ni...” Anna menggeleng kepala. Aku baru baca sedikit, dia dah tidur pula. Tak apalah... Penat mainlah ni. Anna senyum sendirian memandang wajah satu-satunya adiknya. Comforter ditarik ke atas sehingga menutup leher Nani.
                Selepas Anna yakin Nani sudah masuk tidur, Anna terus bergerak ke almari pakaian. T-shirt lengan pendek warna merah gelap dipilih. Manakala, untuk seluar, Anna lebih selesa dengan seluar khakis tiga suku, dan pilihan hari ini adalah warna kelabu cair. “Maroon and light gray, nice pick Anna!” puji Anna pada diri sendiri.
                Pada bahagian atas, Anna mengikat rambut lurus panjangnya dan dimasukkan ke dalam topi jenama Element. Untuk kasut, Anna memilih kasut dari jenama DC. Sebagai penambah aksesori, Anna menyarung jam tangan digital dari Swatch dan wristband hitam.
                Anna berlari ke depan cermin. “Wow! Hari ni kau nampak super cool lah Anna!”
                Bag pack Nike disarung ke belakang. Anna terus berjalan laju keluar dari bilik tetapi dengan perlahan agar tidak mengejutkan Nani.
                Jam tangan dijeling. Huh? Anna membesarkan mata. “Mama, Anna keluar dulu pergi tempat biasa!” Anna terus berlari menuju ke pintu utama rumah. “Da lambat.... da lambat...!”

                “Sorry geng! Aku lambat. Aku tidurkan adik aku yang comel lagi comel dan sangat comel si Nani tu!”
                “Panjang pun umur kau Anna oi...” sindir Fet.
                “Amboi kau Fet. So, apa plan malam ni? Berjimba? Dangdut? Or... skateboard?” bebel Daus.
                “Agak sukar aku nak buat pilihan. Hurmmm... Aku rasa malam ni aku nak rasa skateboard. Semalam da rasa skateboard, so hari ni aku nak rasa skateboard. Esok baru tukar jadi skateboard.”
Rakannya yang dua orang itu buat muka tak puas hati. Fet terus capai cawan dan minum. Senget betul jawapan budak sorang ni.
“Baik kau cakap je yang kau nak rasa skateboard sampai ke tua.” Daus berkata tak puas hati. Memang gila skateboard betul minah sorang ni. Aku libas jugak dengan deck dia, baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Anna tersengih, buat iklan gigi.
“Alaaa.. gurau je, bro. Chill lah. Sentap tak sudah lah kau ni. Macam perempuan.” Tangannya menumbuk perlahan bahu Daus.
“Gurau tak gurau. Aku libas kau satgi baru kau tahu.” Daus buat muka serius. Anna angkat kening, bertanya pada Fet di hadapannya. Menghantar mesej ‘mamat ni PMS ke?’. Fet hanya angkat bahu, tak tahu.
“Ok, ok. Sorry. So, brother. Kau nak buat apa malam ni? Berdangdut? Cucuk langit? Demi kau bro, aku rela” Anna cuba bertoleransi.
“Gila kau nak berdangdut, cucuk langit segala bagai tu? Really not my taste. Aku nak ber-skateboard lah malam ni.” Giliran Daus buat iklan gigi. Anna dah pegang kerusi yang didudukinya itu, gaya nak libas daus.
“Mangkuk jugak kau ni. Aku ingat kau serius je tak nak main skate tadi. Siot. Beta tertipu. Huuuuu...” Meja itu meriah dengan gelak ketawa, walaupun mereka hanya bertiga.


“Air?” Daus menghulur botol air mineral Spritzer itu kepada Anna. Anna mencapai, diteguk rakus. Memang haus gila. Penat beraksi pelbagai trick tadi.
“Korang, aku kena balik dulu lah. Ada hal. Ciao.. Jumpa lagi esok lusa.” Fet tergesa-gesa.
“Ok. Take care, bro. Kalau jatuh bangun sendiri.” Anna tergelak di hujung ayatnya sendiri. Fet malas nak layan. Kakinya melangkah pantas meninggalkan skate park itu, menghala ke arah motornya. Jam tangan dijeling sekilas. I’m so dead! Dia berlari pantas mendapatkan motor RXZnya. Enjin dihidupkan dan.. vrroooommmmm... Dia hilang di sebalik kepekatan malam itu.
“Aku pun balik dulu lah, An. Esok aku ada benda nak buat. See you when i see you again. Haha..” Daus berlalu bersama ketawanya. Perosak bahasa Inggeris betul. Anna hanya mampu geleng kepala. Faham sangat perangai Daus yang memang suka merosakkan bahasa tu.
‘And I think I have to make a move, too. Buatnya Nani bangun, naya aku.’ Dia mencapai beg dan deck di sisinya, lalu berjalan pulang. Dia lebih senang untuk berjalan kaki. Bukan jauh sangat pun nak sampai rumah tu.


Ssreetttt..
Motor RXZ bernombor plat WKM 1234 itu tersadai ke tepi lorong kecil itu apabila Fet mengelak sekumpulan manusia yang tiba-tiba sahaja berada di situ. Tiba-tiba? Tapi kenapa gaya macam dia orang memang tahu aku akan lalu sini je? Common sense la bro, memang kau hari-hari lalu lorong ni untuk balik rumah, kan? Lututnya mula terketar. Ini bala.
“Hai, bro. Lu apa khabar?” Lelaki bertatu di lengan kiri, beranting-anting di telinga kiri itu bersuara. Dia mengira bilangan lelaki bertubuh tegap di hadapannya. Lima orang. I’m so dead. Seriously. Dia mula terbayang Anna dan Daus. Dua sahabatnya itu adalah harta yang paling dia sayang, sampai bila-bila.
“Gua sihat je maaa.. Apa pasal lu orang ada sini? Nasib baik gua sempat elok lu orang tadi.” Fet cuba beriak seperti biasa. Cuba menyembunyikan rasa takut yang sedikit sebanyak menyapa hatinya.
“Kita cari lu, lah bro. Mana hilang? Sudah lama tak nampak lu punya muka. Kalau tak dulu, lu yang selalu ada saja dekat mana-mana. Menyorok ka?” lelaki yang rambutnya berwarna-warni seperti pelangi itu mula mendekati Fet. Tangannya memeluk bahu Fet, ketat. Memang tak boleh lari.
“Oohh.. Wa ada ja dekat sini saja laaa. Lu orang yang tak perasan kot.” Fet cuba merungkaikan pegangan di bahunya. Empat lelaki lain semakin menghampiri mereka berdua.
Bukk..
Fet terduduk di atas lorong kecil itu. Senak perutnya apabila ditumbuk tiba-tiba. Mujur dia belum makan malam lagi. kalau tidak, pasti terhambur keluar segala isi perutnya.

Anna sudah selamat berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya. Riang ria hatinya dapat bermain skateboard bersama dengan dua rakan baiknya. Bukan ramai yang boleh terima Anna seadanya. Apatah lagi dengan perangai dan penampilan Anna yang tidak seperti perempuan. Kalau ikut bahasa kasar sedikit orang yang sama jenis macam Anna ini dipanggil ‘tomboy’.
Anna meramas beg sandang mencari kunci pintu pagar. Huh? Macam pelik je poket beg aku yang belah ni. Gemuk macam...
“Aku da agak da.... ni mesti si Fet ni ingat beg aku ni memang beg dia punya sampai letak beg duit dia dlm bag pack aku!” rungut Anna, walaupun memang beg sandang dia yang itu memang Fet belikan untuk hadiah hari jadinya yang ke-19 tahun lepas. Tapi, lepas dah hadiahkan memang dah jadi hak milik Anna lah kan?
Anna menjeling jam tangan Swatch. Ada lagi 10 minit sebelum pukul 12 tengah malam. Huh...Patutkah aku hantar malam ni atau esok aje?

Damn!
Fet cuba bangun, niat untuk melawan. “apa problem korang ni hah!?” jerit Fet marah walaupun dia tahu punca mereka berkelakuan begitu adalah sebab diri dia sendiri.
“pura-pura tanya konon...” Lelaki yang bertatu tadi bersuara sinis sambil memandang rakan-rakannya yang lain. “lu ingat, lu boleh lepas geng ni ikut suka hati mak bapak lu ka!”
Debukkk!
Satu lagi tumbukan mengenai pipi kiri Fet sebaik sahaja lelaki bertatu itu menghabiskan ayatnya.
Fet jatuh terduduk atas jalan. Tangannya memegang tempat tumbukan tadi. “habis tu lu orang ingat geng tu mak bapak korang punyalah!”
Kelima-lima orang berubah muka. “Celaka kau!” mereka terus mara dan memukul Fet berkali-kali. Fet hanya mampu terbaring dan melindungi bahagian-bahagian penting.
PON! PON! PON!!!!
Hon motor LC 250cc ditekan berkali-kali memberi amaran sehingga sampai ke tempat mereka berenam. Anna turun dan berlari ke sebelah Fet.
Anna melihat Fet yang sudah tertutup mata menahan sakit. Dia dikelilingi 5 lelaki. Satu lawan lima? Aku belum cukup kuat nak lawan lima orang. Taekwondo pun baru tali kuning aku da berhenti. Kalau aku tahu jadi macam ni, sumpah, aku ambil sampai tali hitam.
“Apa korang nak dengan dia hah? Dia dah tinggalkan geng korang, lepaskan ajelah dia!” jerit Anna mempertahankan salah seorang rakan rapatnya. Pada waktu yang sama, tangan kanan Anna didalam poket seluar sempat menghantar mesej bantuan kepada Daus.
“An...na... Sorry... sebab aku.... Kau terjerumus sekali dalam pergaduhan aku dengan diorang...” Suara Fet bergetar menahan kesakitan di badannya.
                “Tak apa Fet. Lagipun bukan kau yang cari pasal dulu kan? Aku yakin kau bukan orang macam tu Fet” Muka Fet bercomot warna merah dan lebam-lebam. Mujur aku datang awal tadi, kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi pada Fet. Entah-entah sehingga separuh mati dia dibelasah.
                “Banyak cakap pula korang ni!” Salah seorang dari mereka berlima sudah mula memulakan langkah. Hendak tak hendak, kami kena pertahankan diri juga sehingga Daus datang atau manusia yang sedar akan keadaan kami! Anna terus menutup mata, menyerahkan nasibnya kepada takdir.
                Kenapa aku rasa hal ini macam pernah jadi dekat masa silam aku. Masa aku kecil-kecil dulu ditadika, aku dan kawanku terlibat dalam pergaduhan dengan budak-budak sekolah rendah. Dan pada waktu itu, dia datang selamatkan aku...macam putera datang menyelamatkan puteri yang aku selalu impikan dalam kisah dongeng Snow White.
                “Korang buat apa ni?!” Jerit seseorang.
                Selamat! Ada orang datang juga! Tapi itu bukan suara Daus...
                “Huh? Pukul orang?” sedar pemuda itu akan Anna dan Fet. “Saya polis, sila ikut ke balai sekarang!” tegas mukanya ketika mengucapkan ayat itu.
Lelaki berlima tadi diam terkedu.”Lari wei!” Bertempiaran mereka pergi dari kawasan itu.
Mata Anna membulat. Lelaki yang menolongnya terlalu muda untuk menjadi anggota polis, jadi tidak mungkin dia ialah polis. Tetapi, cara dia....sama...sama macam...
“Ash!!!?”
Pemuda itu membesarkan mata cuba untuk mengenali suara milik seorang gadis. Ash amati orang yang memanggilnya dengan nama itu. Hanya ada seorang sahaja yang dia benarkan untuk memanggil dia ‘Ash’ selain dari keluarga terdekat...dan orang itu ialah... “Anna?!”

Anna melihat folder sent message di telefon bimbitnya dengan muka bengang. “err.... tak ada! Aku memang ingat aku dah sent kat kau Daus! Serius!”
“Mana ada. Kau ni! Nasib baik mamat nama Ash tu datang on time. Kalau tak? Apa jadi kat korang? Erghhh!!” Daus memegang kepalanya. Serabut. Nasib baik tak jadi apa kat budak dua orang ni. Cuma Fet lebam-lebam sebab kena pukul. Kalau Anna pun kena tadi macam mana? Sumpah dia tak dapat maafkan diri dia sampai bila-bila.
“Sorry. Aku dah cuak tadi, mana nak perasan aku hantar ke tak. Lagipun handphone dalam poket. Aku yakin je tadi aku dah send mesej tu. Sorry sebab buat kau risau.” Anna minta maaf. Nak buat macam mana lagi? Bukan salah dia, bukan salah Daus juga. Dalam keadaan kelam kabut macam tu, apa yang dia taip kat mesej tu pun dia tak tahu. Inikan pulak nak perasan dah send ke belum. Memang tak lah.
“Hmmm...” Hanya itu jawapan daripada Daus.
“Wehhh.. aku dah say sorry ni kan? Aku lepuk kang.” Geram bila dia dah minta maaf, tapi orang duk jawab acuh tak acuh je. Bagi kaki karang baru tahu.
“Haihhh.. ye lah. Ye lah. Aku maafkan kau. Jom, tengok Fet kat dalam.” Daus mula mengatur langkah ke bilik Fet.
Tadi selepas mereka dibantu oleh Ash, mereka berdua dihantar ke rumah Fet. Selepas Fet lena dalam bilik, Ash minta diri, Anna segera telefon Daus. Takkan dia nak tinggal berdua dengan Fet dalam rumah ni? Jadi dia minta Ash tunggu sebentar, sampai Daus sampai. Mujur lelaki itu sudi. Dan sepanjang menunggu kemunculan Daus, mereka sempat berbual (lebih kepada mengimbau kenangan zaman kanak-kanak sebenarnya).
Dan soalan Ash tadi....
“Hoi! Berangan! Ingat apa lah tu? ingat dekat Ash, ey??” Daus angkat-angkat kening. Aura mengusik dah keluar.
“Huh?? Banyak lah kau. Tak ada maknanya aku nak ingat kat mamat sorang tu. Buang masa.” Selamba je dia jawab macam tu.
“Ada maknanya...” Daus masih dalam mode mengusik.
“By the way.. Who the hell is that Muhammad Arash to you? Aku tak pernah tahu kau ada kawan lain , selain aku dengan Fet pun? Is he someone from your past?” Daus bertanya curiga.
“Errr.. hehe...” Anna hanya mampu tayang gigi. Tolong! Siapa nak jawabkan soalan cepuk cemas dari pakcik sorang ni?
“Eh. Eh. Tayang gigi pulak kau, ingat ni iklan gigi cap Colgate!? Siapa manusia yang kau panggil ‘Ash’ tu?” Tanya Daus sekali lagi. Tak puas hati selagi tidak menerima jawapan yang munasabah dari gadis tomboy ni.
“hurm...Muhammad Arash Haikal ye...” Anna menggaru dagu. Jawapan apa yang paling boleh aku nyatakan secara keselurahan hubungan aku dengan dia ya...
Daus melihat wajah Anna dan Fet yang sedang tertidur atas katil berkali-kali, menanti jawapan dari Anna dengan cemas.
“Lelaki yang tolong kitorang tu sebenarnya dia....dia... c...”
“An...na? Daus?” Suara teguran dari Fet terus mematikan perbualan Anna dan Daus. Fet membuka mata kecil. Cahaya lampu kalimantang betul betul menyengat anak matanya. Dia cuba bangun dari pembaringan dengan perlahan. “Ouch!” Fet menjerit kesakitan. Tangan kanannya langsung tidak mampu untuk digerakkan. Penuh dengan warna biru. Lebam...
“Weh, kau! janganlah gerak sangat!” Marah Daus yang lebih kepada mengambil berat.
Anna pula sudah membuat muka masam. “Apa fasal kau tak lawan diorang balik?! Bukan selama ni kau gelarkan diri kau tu ‘the best fighter’ dekat kawasan ni ke?”
Pang!
Daus mengetuk kepala Anna laju.
“Daus....!” Anna membulatkan mata. Eihhhhh, geramnya aku dengan diorang berdua ni!
“Hahahahaha!” terkekek-kekek Fet gelak. “Korang memang the best kawan aku pernah ada! Adoi... boleh tambah sakit perut aku gelak tengok korang kang...”
Anna membuat muncung. “Kau da okay Fet?” Kali ini Anna bersuara lembut. Nampak juga hati seorang perempuan dalam diri dia. Daus yang berdiri belakang sedikit dari Anna tersenyum lemah melihat dua orang kawan rapatnya.
“Aku okay... tengok, aku hidup lagi ni. Allah belum nak panggil aku lagi” Fet senyum untuk hilangkan bimbang gadis tomboy didepannya.
 “Kalau kau balas tumbukan diorang, mesti kau tak teruk macam ni...” Anna masih lagi dengan muka sememehnya.
Mata Fet membulat. “Anna, kau masih ingat tak ayat kau masa kau marah aku berlawan dulu?” Anna terdiam. “Kau cakap macam ni, ‘berlawan takkan selesaikan masalah malah bagi lagi banyak masalah!’” Fet mengajuk kata-kata Anna suatu masa dulu.
“Betul, betul. Lepas tu, An, kau sambung ayat ni pula, ‘kau berubahlah, Fet! Change for good, ain’t so bad kan?’, sambil kau hulurkan tangan untuk Fet sambut” sampuk Daus semangat bercerita.
“Ahhh.... tipulah kau, Daus! Ingat ni drama Jepun apa siap hulur sambut tangan bagai”
“Hahahahaha!” Pecah gelak Fet dan Daus serentak mendengar jawapan Anna. Anna pula hanya membuat muncung. Geram dipermainkan mereka berdua.
“Adoi...da senak perut aku gelak...” Selepas beberapa minit, Fet mematikan gelaknya. “Anna, kalau masa tu aku balas balik dan aku menang, kau rasa diorang akan putus asa? Tak bukan. Aku tak kisah kalau diorang nak cari aku sampai lubang cacing, tapi aku takut diorang cari kau dan Daus, Anna...” Fet memberi pandangan yang redup. Sungguh...Aku takut kalau mereka berdua diapa-apakan. Kalau dengan tidak berlawan aku dapat lindungi mereka berdua, aku sanggup!
Fet menyambung ayatnya lagi, “Kau betul Anna. Change for good, ain’t so bad afterall...” malah aku dapat korang berdua sebagai harta tak ternilai aku.
“Fet, kau apa fasal touching sangat malam ni!” Daus menyampuk. Dihujung matanya seperti ade gugusan air yang sedang menanti masa untuk jatuh.
“Aku serius ni. Aku da anggap korang macam ‘hidayah’ yang Allah hantar pada aku untuk berubah jadi manusia yang lebih baik...”
“Ceh, touché macam perempuanlah kau!” Anna cuba bertahan dari rasa lebih terharu.
Fet berubah muka. Sentap sedikit mendengar ayat Anna. Mulalah tu adegan sakat-menyakat mereka. “Kau tu bila nak berubah jadi perempuan melayu terakhir Anna? Tiap-tiap malam skateboard je kerja kau”
“ahhh! It remind me... An, who the heck is that guy, again?” soal Daus dengan muka tak puas hati.
“errk!” Anna ketap gigi. Air liur ditelan berkali-kali. Otak sudah kena buat operasi balik nak cari jawapan terbaik untuk diberikan.
“Anna, lelaki yang tolong kita tu siapa?” Fet turut menyoal soalan yang sama.
“Dia.....childhood friend aku?”

Berkali-kali Anna berpusing dari kiri ke kanan, kanan ke kiri di atas katil. Telefon bimbit bimbit di sebelah bantal ditekan. Jam sudah pukul 3 pagi. Tadi selepas semua kekecohan sudah dileraikan, ibu dan ayah Anna datang menjemputnya di rumah Fet. Mujur alasannya diterima walaupun diberi ceramah percuma yang menjadi sedikit dengan pujuk Daus. Daus ni kalau bab mengayat memang kepakaran dia!
Anna pusing ke sebelah kanan menghadap Nani, adiknya. Ingatan pada Ash pula datang bertandang. Senarai nombor kenalan di telefon ditekan. Nombor telefon Ash sudah disimpan. Childhood friend...bolehkan aku anggap begitu? Kalau ikut hukum hakam ni, dia bukan tunang aku sebab aku belum terima ajakan dia masa kecil dulu. Teman lelaki? Jauh sekali...
Soalan Ash semasa di rumah Fet tadi mula bermain dikotak fikirannya.
Ash duduk berdiam diri di tepi pintu pagar. Anna turut berdiam diri di pintu pagar bertentangan. Sesekali Anna menjeling Ash.
Dia da berubah, makin tinggi... erk? Da lima belas tahun kot, mestilah dia da makin tinggi! Kenapa dengan kau ni Anna? Senget ke?! Anna menjeling lagi. Ash nampak seperti orang warak... Jauh beza dengan aku...
“Anna?”
“ya!” Jawab Anna laju terkejut.
“Aku boleh panggil kau ‘Anna’ lagi kan?” Soal Ash memandang bulan di langit.
“boleh je... Aku boleh panggil kau ‘Ash’ lagi ke?”
“boleh...” Ash memberikan senyuman sebagai tambahan jawapannya.
Keadaan kembali senyap. “bila balik?” Soal Anna pendek.
“baru sebulan... Masih kat tempat lama, Anna?”
“haah... Ash?” 
“kat rumah lama tu jugalah...”
Anna diam semula. Sudah mati akal hendak bertanya apa.
“Anna...yang dalam tu, teman lelaki?” Ash masih lagi melihat langit gelap.
“err, kawan...”
“yang call suruh datang tadi?”
“kawan juga...”
“Anna...” kali ini, Ash bergerak mengadap Anna. Matanya tepat melihat mata Anna. “Soalan aku masa kecil dulu, kau da ada jawapan?”

Merah padam muka Anna bila ingat semula pada soalan itu. Nasib baik Daus datang tepat pada waktunya. Mata Anna perlahan-lahan menutup tirai dunia.

“ANNA!” Muka Daus muncul didepan Anna.
“oi, mak kau!” latah Anna. Lagi sedikit aje nak terjatuh dari kerusi warung mamak kaki lima tu. “siot kau Daus! Nasib baik aku tak tergolek masuk longkang ni” Deck ditepi sudah diangkat sikit. Gaya nak je libas si Daus dengan deck tu.
“lepak la beb. Macam perempuan betul la kau ni... Siapa suruh kau termenung jauh sampai selatan Thailand tu” Daus tayang gigi.
“dude, aku perempuan kot. Siapa kata aku laki...”
“eh, siapa cakap kau laki? Meh sini aku tolong lempangkan...” Daus buat gaya mencari orang.
Aku baling juga laki ni dengan gelas plastik horlick ais ni. Cool Anna, cool. Kau dah macam tengah fasa PMS ni pula, apa hal... “Fet amacam?” Anna bertukar topik. Karang kalau diteruskan, bukan setakat gelas plastik tu terbang, dengan meja ni sekali diterbangkan sampai ke Daus.
“Fet macam tu la. Rehat kat rumah dia lagi. Parent dia pun baru datang petang tadi...” Daus menjeling ke muka Anna. Keruh semacam je minah ni. Tengah kacau-bilau ke?
“Kau macam mana? Okay tak ni?”
“Aku okay je. Cool macam biasa...” Anna angkat kening sebelah. Apa hal mamat ni tanya soalan formal biasa yang luar biasa ni.
“Otak kau macam melayang jauh je. Ingat kat Ash?” Teka Daus.
Mata Anna membulat. “Uhuk! Uhuk!” Tersedak Anna bila mendengar nama Ash disebut tiba-tiba.
“weh, weh! Nah air ni!” Panik si Daus tengok Anna tersedak.
“datang dari planet mana pulak nama tu muncul weh Daus!? Uhuk!” Anna mengetuk-ngetuk dadanya. Adoi, tak peace betul hidup aku  macam ni!
Daus ambil tak endah pada ayat Anna. “weh, Anna. Change for good...” Jarinya bermain-main dengan straw, “bila kau nak implement ayat tu pada diri kau?”
Terkedu Anna dengan soalan Daus. Dia melihat tepat pada mata Daus. Serius. “aku...” hanya sepatah tu yang mampu Anna luahkan.
“sampai bila kau nak teruskan hidup macam ni? Jadi tomboy, main skateboard hari-hari... Hidup ni makin singkat, Anna. Lepas aku tengok apa jadi pada Fet, aku jadi takut. Dengan hidup aku yang kosong macam ni, apa yang aku boleh dapat? Syurga? Mustahil...” Daus melihat langit malam yang gelap. “Mungkin, ini yang orang panggil ‘hidayah’?” Daus senyum pahit.
Anna meredupkan pandangannya. “bukan aku tak nak Daus. Takut menjadi pendorong kau, tapi takut tu menjadi penghalang aku. Aku ada dua orang kawan baik dalam hidup aku, kau dan Fet. Aku takut, kalau aku berubah, aku tak dapat main skate yang aku sayang ni dengan korang. Tak dapat gelak sakan dengan korang. Tak dapat hang out dengan korang... Bila fikir tak dapat lepak dengan korang macam ni lagi, aku batalkan niat aku...”
Pang!
“Weh, pesal kau ketuk kepala aku!” geram Anna. Benjol kot!
Daus ketap gigi. “ceh! Fasal tu aje. Kau ingat kita da kenal rapat berapa lama? Sebulan dua?” Daus mencekak pinggang. “hubungan kita bertiga kalau kau pakai laser nak pisahkan pun tak lut laaaa!”
Anna gigit bibir bawah. “ceh, tengok diri kau sikit la weh! Siapa macam perempuan sekarang... Touching lebih je kau ni!”

Jari-jemari Anna laju menekan punat di telefon bimbit. Punat ‘send message’ di tekan. Semoga penerima mesej setuju dengan ajakannya untuk keluar selepas zuhur nanti.
Anna berdiri dihadapan cermin dan memejam mata. Ayat Daus dan Fet sewaktu makan bersama minggu lepas dicerna kembali.
“Hidayah Allah datang pelbagai bentuk, Anna” kata Daus.
“Indeed. Bagi aku, korang berdualah hidayah aku”jawab Fet tersenyum.
“Bagi aku, kejadian yang terjadi pada korang hari tu adalah hidayah aku...” sambung Daus.
Hidayah aku? Anna tersenyum. Allah sudah lama berikan pada aku, cuma aku yang tak berupaya melihat hidayah-Nya. Dan sekarang, dah terang benderang nampak hidayah tu dekat depan mata, tak kan nak biarkan ia berlalu macam tu saja? Kalau lepas ni Allah dah tak nak bagi hidayah tu, macam mana? Sanggup nak hidup dalam kegelapan lama-lama?
Deck kesayangannya digantung pada belakang pintu bersama beg hadiah dari Fet setahun lalu. Tudung syiria di tepi penyangkut deck dan beg di angkat.
Anna tersenyum melihat dirinya di cermin. Change for good, not bad afterall. “Comel juga pakai tudung macam ni”. Dia berjalan perlahan keluar dari bilik.
“Kak Anna nak pergi mana!?” soal si kecil Nani kuat.
“nak keluar kejap, sayang” Anna mengucup dahi Nani lembut.
“Ibu, Anna keluar ya?” Tangan ibunya disalam.

Soalan Ash sewaktu kecil dulu memang sudah lama Anna jumpa jawapannya. Cuma bila tiba masa untuk memberitahu, Ash sudah berpindah ikut keluarganya. Jadi Anna menyimpan jawapan itu untuk putera yang sememangnya Allah kirimkan hanya untuk dia, seperti putera raja yang ditakdirkan untuk membawa puteri Snow White keluar dari hidup hitamnya.
“Ash!” Anna melambai tangan dari jauh memanggil lelaki itu.
“Assalamualaikum, Anna. Sorry, dari masjid tadi terus ke sini” Ash menegur sambil membetulkan letak kopiahnya.
“Wa’alaikumusalam...” jawab Anna dengan senyuman manis.
“ada apa ya, seru aku hari ni?” Tanya Ash sambil mengangkat kening sebelah.
“tak ada apa-apa. Saja nak buat jejak kasih dengan kawan lama...” jawab Anna acuh tak acuh. Dia terus bergerak pergi dari tempat pertemuan tadi.
Ash mengikut sahaja Anna pergi. “sejak bila pakai tudung ni?” Soal Ash mematikan kesunyian mereka berdua.
“sejak aku jumpa ‘hidayah’ aku?” Anna menjawab dengan bermain.
“siapa pula orang nama Hidayah ni?”
“hahaha!” pecah gelak Anna dengar soalan Ash. Ada ke patut tanya hidayah tu siapa? Aduhai...
Gelak Anna terhenti bila tersedar yang Ash sedang memerhatikannya dari tadi. “ehem!” Anna berpura-pura membetulkan tudungnya. Malu pula bila ditatap oleh Ash.
“Anna, soalan tu dah berjawab?” soalan yang sama ditujukan lagi kepada Anna.
Anna diam seketika. “ Serius ke main-main ni?” Anna angkat kening sebelah.
“Seriuslah ni... sejak 15 tahun yang dulu sampai sekarang. Soalan tu tak pernah berubah, Anna... Atau kau masih nak dengan putera kau tu?”
“Ash, kau tau kan aku ni bukan macam perempuan lain? Aku tak setanding kau, tak warak macam kau. Tengah on the way punya muslimah solehah in the making...”
Ash tergelak kecil mendengar penggunaan bahasa Anna. Berjangkit dari Daus la ni. “saya tak kisah tentang tu pun”
“Walaupun aku baca Quran macam siput sedut tengah racing?”
“aku boleh lead kau sampai boleh racing 240 kilometer per jam” jawab Ash selamba.
“walaupun solat yang lima tu pun macam gigi rongak?”
“aku boleh tolong kejutkan supaya hari-hari cukup...” Ash masih tenang menjawab.
“walaupun....aku tak terer masak, sapu rumah tak bersih, jahit pun macam baik tak payah jahit, perangai macam kanak-kanak sunquick dan ribena?” laju Anna mengeluarkan semua kata itu.
“no hal la...kita pasang je orang gaji... dan aku boleh aje deal dengan perangai tu. Comel apa macam kanak-kanak...” sambil memberikan senyuman.
“ish, janganlah main-main!” Anna geram dengan semua jawapan Ash yang seakan bergurau.
“seriuslah ni... kalau kau  on the way jadi muslimah, aku teman kau, ajar, bebel sampai kau rasa menyampah nak dengar  aku membebel.” Ash diam seketika sebelum menyambung lagi.
“ jadi, nak jadi isteri aku tak?” gaya Ash bertanya seperti waktu kecil dahulu.
Anna senyum sendiri, “demi Allah, InsyaAllah aku terima Ash... dan dari dulu lagi aku dah terima...”
Ash terkaku seketika. Air jernih terus meluncur laju. Gadis idamannya akhirnya bersetuju. Tanpa berlengah, Ash terus melakukan sujud syukur di sana, tidak ambil kisah dengan keadaan sekeliling.
Cinta yang diberkati-Nya adalah cinta yang menuju ke jalan-Nya. Cinta fisabilillah. Semoga cinta ini dirahmatinya.

Tamat
(tues, 24 jan 2012, 4:35:20 am)

Facebook Twitter RSS