Cerpen: Aku Benci Fairytales


assalamualaikum....cerpen ni sya post in my other blog 1st, so maybe ade yg da bace... bukannya kisah terbaik, cuma kisah yg ingin direnungi... :) teguran dan pendapat dihargai.... (menaip next cerpen...Dia Bukan Bidadari... InsyaAllah boleh siap this week)


Ania mengeluh panjang. Pantai Dungun menjadi peneman setianya sekarang ini. Bisikan ombak bersilih ganti umpama bersuara menyuruh Ania bertahan. Kalau diluahkan rasa hatinya pada sang pantai, tidak tertahan empangan air mata dari mengalir. Sebak. Sedih. Mengapa rakan-rakannya mempunyai perangai sebegitu? Hampa pula datang mengganti.
Ania faham dia bukannya datang dari kategori keluarga yang ‘tinggi kelas’ seperti mereka semua. Bayaran rumah sewa sahaja sudah cukup buat Ania berfikir 100 kali sebelum bersetuju untuk tinggal bersama di sana.
“Pantai... Seandainya kau boleh bersuara, pasti aku sudah luahkan pada kau pantai” bisik hati Ania.
Dahulu Ania percaya dalam dunia ini segalanya terbahagi kepada dua. Ada hitam, mesti ada putihnya. Ada jahat, pasti wujudnya baik. Ada gelap, terciptanya cahaya. Ania percaya sahabat juga ada dua kategori, yang ikhlas bersahabat dan yang palsu. Ania mengukir senyum nipis. Pasrah. “tak sangka wahai pantai. Rupanya perkiraan aku salah. Sahabat bukannya ada dua kategori, tetapi tiga. Sahabat yang mengambil kesempatan” nadanya sinis. Sinis pada hatinya yang senang mempercayai.
Rasa seperti air matanya ingin sahaja mengalir. Biar segala rasanya hilang bersama air mata. Kalau macam ini caranya mereka memegang erti ‘kawan’, sungguh aku rela tidak mempunyai langsung walaupun hanya seorang kawan. Biar sendiri asalkan hati ini tidak dilukai. Kawan yang kawan makan kawan, apa gunanya adanya ‘kawan’.
“Aku rela sendirian, biar aku tidak percaya lagi manusia yang bergelar ‘kawan’. Sama seperti aku tidak percaya lagi pada ‘fairytales’... ‘happy ever after’...” Ania senyum sinis, “nonsense... tak adanya happy ever after tu selagi manusia masih hidup. Pasti ada dugaan...”
Hati Ania menyokong. Dahulu, ketika Ania masih kecil, dia percaya kisah yang sedih pasti dan mesti akan berakhir bahagia selamanya. Happy ever after. Sama seperti kisah Cinderella yang didera ibu dan kakak tiri, Snow White yang hampir dibunuh ibu tirinya, Puteri Aurora yang disumpah tidur seribu tahun mahupun Odette yang disumpah menjadi angsa. Semua fairytales mesti berakhir happy ever after. Tetapi kisah sedih si gadis kecil, Nurul Ania Iskandar...?
                Betulkah ‘happy ever after’ itu? Mereka tidak pernah memberitahu keadaan Cinderella selepas berkahwin? Adakah dia diterima ramai? Bertahankah dia di istana? Bagaimana pula dengan bahagia sang penjahat? Mereka terus menjadi jahat atau berubah baik? Mungkin tiada lagi? Ini bukan happy ever after. Hanya bahagian yang akan bahagia sahaja ditunjukkan. Sama seperti dunia realiti. Adakah hanya yang kaya layak menikmati bahagia? Yang sempurna, yang baik ada penamat yang gembira? Habis gadis biasa seperti Nurul Ania Iskandar? Tidak layak memiliki kebahagiaan?
Ania terkenang kembali kisah hidup keluarganya. Hatinya makin pedih. Air matanya mengalir. Pantas Anis mengesat. Perlukah kepercayaannya dipecahkan berkali-kali? Dipermainkan. Dihempas. Dicampak bagai tiada nilai.
“Aku bodoh si pantai. Aku tidak sedar yang aku hanyalah orang yang perlu untuk mencukupkan kuota ‘kawan’ mereka. Aku ulang lagi kebodohan aku ini dengan percaya aku akan ada ‘happy ever after’. Akulah si bodoh!” Sindir dirinya sendiri.
Kawan... Fairytales... dua-dua aku tidak percaya akan lagi! Bentak hati Ania. Hatinya sudah parah dilukai berkali!
Langit semakin jingga. Baru Ania sedar hari semakin senja. Petang sabtu hari ini dihabiskan berjumpa pantai Dungun yang terletak dalam 1 kilometer dari rumah sewa ‘mewah’ yang dikongsi bersama mereka yang bergelar ‘kawan’ didalam kata-kata. Demi berjimat membayar sewa, Ania sanggup berbasikal ke kampus yang lima kilometer dari rumahnya, makanan harian pula hanya nasi yang ditanak sendiri dan kentang wedges segera atau hotdog. Segalanya dilakukan atas nama ‘kawan’.
“Aku pergi dahulu wahai pantai. Terima kasih kau sudi temankan aku hari ini...” Ania melemparkan senyuman paling manis seperti pantai itu seorang kawan yang paling dia percayai.
Perlahan Ania bangun dan melangkah dengan berhati-hati dari satu batu ke batu lain. Basikal yang terdampar di tepi batu-batuan dicapai dengan berat hati. Kerana jingga awan dia kuatkan hati untuk kembali ke rumah itu.
Sejenak kemudian, pandangan Ania kabur dengan cahaya yang muncul tiba-tiba. Tangan kanan Ania mula naik ke muka, menggosok-gosok mata yang berpinar dek silau cahaya. Bila mata mula merasa nikmat pancaindera, Ania nampak seorang pemuda bersama kamera DSLR Nikon kemas digenggam kedua-dua tangan, tali hitam kamera bersangkut di leher serta beg hitam kamera masih bersangkut dibahu kiri.
Ania amati dengan lebih teliti pemuda itu. Rambutnya agak panjang bagi seorang lelaki namun diatur dengan kemas. Pemakaian yang ringkas tetapi mengikut trend semasa. Kaca mata hitam bersangkut di kolar baju.
Pemuda itu menghampiri Ania. Bibirnya seakan mengungkap sesuatu. Ania cuba menangkap perkataan itu. “Sor...Sorry, miss. Err, cik!” Ania pasti, dari nada suaranya pasti pemuda itu kalut. Pemuda itu sambung bertanya lagi membiarkan soalan sebelum ini tidak berjawab, “Mata da okay?” Tangan pemuda itu berayun perlahan di depan mata Ania.
Ania tarik satu langkah ke belakang. Mengelak dari bersentuh dengan si pemuda. “O...Okay...”Ania menjawab gagap sambil menjatuhkan pandangan ke pasir pantai.
                “Nasib baik cik da okay” Si pemuda menghembus nafas lega. “Sorry tadi flash terkena betul-betul depan cik...”
Ania berasa pelik. “Awak ambil gambar saya eh?!” Ania menjegilkan mata. Nada suara menjadi tinggi. Tiada kelembutan dalam riak muka Ania.
Pemuda itu mula berasa panik. “Sorry...Sorry, saya tak...”
“Siapa bagi awak izin ambil gambar saya?!” Ania melangkah setapak ke depan.
“Sa...saya tak...tak...” Pemuda itu pula melangkah ke belakang ketakutan.
“Siapa suruh ambil gambar saya?! Siapa?!” Gertak Ania.
“Tak...tak ada...siapa... Saya nampak angle tempat cik cantik, jadi saya pun shoot...” Gagap si pemuda.
“Baik awak delete sekarang!”  Ania menghentak kaki melepaskan kemarahan.
“Errr....” Kalut pemuda itu menghidupkan kamera DSLR Nikon yang digunakan untuk menangkap gambar Ania.
“Hurgh!!! Bak sinilah kamera tu!” Kamera DSLR Nikon berganti tangan. Laju Ania mengeluarkan kad memori dari ruang.
“Cik nak buat apa ni???”
                “Nah, ambil balik! Memory card ni saya ambil!” Pantas Ania menaiki basikal.
“Eh, cik! Wait! Apa ni...?” Pemuda itu bagaikan mati kutu kehilangan kad memorinya.
Ania tidak ambil peduli akan pemuda itu dan terus menunggang basikal berlalu pergi. Sebelum semakin jauh meninggalkan pemuda tersebut, sempat Ania menjelirkan lidah.
Padan muka! Siapa suruh sesedap jus oren aje ambil gambar aku. Sekarang aku sesedap chicken chop ambil dia punya memori kad. Rasakan! Bisik hati Ania.


Pantai...
Hari aku datang lagi jumpa kau. Rindu...
Ania melangkah berhati-hati dari batu ke batu ke tempat dia sentiasa duduk. Sesudah sampai, Ania melepaskan nafas lega. Lega dapat menenangkan fikiran melihat pantai. Dapat melupakan segala masalah ‘sahabat’ serumah itu.
“Leganya!!!” Jerit Ania sekuat hati. Biarlah orang lain nak cakap dia gila ke ape. Yang penting dia buat apa yang dia suka. Tapi itu pun kalau ada orang la di situ.
“huh?” Ania mula terdengar sesuatu. Tidak dapat mengawal rasa ingin tahunya, Ania mara ke hadapan. Bunyinya seakan kocakan air... Bunyi macam...
BUUSHH!!!
                “AHHHH!!!! Tttt..tttaa....tangan orang!!!” Ania jatuh kebelakang kerana terkejut. “Ta...tangan orang!!!”
                “Siapa pula yang jerit ni...” Dari munculnya tangan, sedikit demi sedikit seluruh tubuh sasa seorang lelaki muncul dari air. Pakaiannya basah kuyup. Di pelukan tangan kiri terselit anak kucing hitam dan putih di bahagian kaki yang kebasahan.
                Lepas nafas lega Ania bila melihat tangan yang muncul tiba-tiba tadi bukannya...urm...hantu?
                “Awak ni siapa eh? Tiba-tiba je muncul!” Marah Ania. Mana tak marah, terkejut sampai terjatuh pergi batu sebelah.
                Lelaki tersebut angkat kening sebelah. “Dia yang jerit tiba-tiba...entah apa apa je... kan meow kan...” Dia mengusap bulu si anak kucing. “Alalala...kesian meow meow...”
                Ania membuat muncung. Tahu dia sudah kalah. “Ahhh....Apa apa ajelah! Pergi lagi bagus!” Ania mula bangun dari tempat dia terjatuh. “Ouch!” Jangan cakap...
                Ania menekan-nekan kakinya. Da agak da... Terseliuh masa terjatuh tadi. Telapak tangan pun da luka tercalar... Patutlah rasa sakit.
                “Eh, cik. Luka ke?” Lelaki itu pantas mendekati Ania. “Nasib baik tak teruk. Kejap ya saya amik hansaplast kat beg...” Dia kembali berdiri sambil mendukung si anak kucing. “Cik pegang anak kucing kejap. Jangan pergi mana-mana tau!”
                Ania hanya menurut. Yalah, nak gerak pun tak boleh ni. Kaki terseliuh kan... “Anak kucing dia suruh aku pegang...” Ania melihat si anak kucing. “Hurm... Comel juga anak kucing ni. Macam Kitty Softpaws dalam cerita Puss in Boots...”
                Beberapa minit kemudian lelaki tersbut kembali bersama dua buah beg. Satu beg sandang belakang jenama Adidas. Satu lagi macam beg kamera DSLR...jenama Nikon! Takkan lah dia... Ania berpaling muka ke arah lain. Semoga dia tak kenal aku yang ambil kad memori dia....!
                “Meh sini tangan cik tu. Saya nak tampal hansaplast” Tangannya sudah sedia menampal hansaplast.
                “Eh, tak apelah. Sikit aje ni... nanti baik la tu...”
                “Tak apalah. Salah sayakan tadi buat cik terkejut sampai jatuh.”
                “Tak apalah...”
                “Cik...”
                “Awak tak faham bahasa ke? Saya cakap tak payah, tak payahlah! Susah betul ada orang yang tak reti bahasa Malaysia ni! Cakap Siam kang lagi tak faham!” Jerit Ania. Dah la tengah stress, orang ni makin tambahkan stress pula!
                Terkejut lelaki itu mendengar amukan Ania.
                “Terima kasih sebab ambil berat. Nah kucing awak! Saya nak balik du..” Ania cuba untuk bangun lagi sekali. “Ouch! Ouch.. Ouch...” Sakitnya buku lali ni, ya Allah!
                “Cik. Kaki cik ni da terseliuh ni. Saya hantar pergi klinik!” Lelaki itu mendekati Ania. Cuba untuk menolong Ania bangun berdiri.
                “Tak payah!”
                Lelaki itu diam seketika... “Kalau macam tu, saya hantar cik pulang aje. Okay?”
                “Ya Allah... Awak tak faham bahasa Malaysia ke apa? Saya dah cakap banyak kali, tak payah!” Ania cuba bangun lagi sekali. Kali ini dia berjaya menahan kesakitan. Cuma Ania berjalan sambil berjengket sehingga ke rumah.
               
                Pantai... Disebabkan lelaki mana entah muncul dari air minggu lepas saya tak dapat luangkan masa tengok pantai. Dan sebab lelaki itu juga tiga hari kaki saya berbalut. Cis!
                Klik!
                Ania pantas memandang ke arah bunyi itu. Dia sudah dapat mengagak bunyi itu suara kamera. Lelaki ni lagi....!
                “Eh, awak dah tak ada tempat lain ke nak ambil gambar? Pantai ni sikit punyalah besar, tu hujung sana kan lawa. Kenapa awak mesti ganggu saya dekat sini?!!!” Berang. Satu-satunya tempat dia boleh berasa aman damai telah dicerobohi orang.
                “Pantai ni pun bukan milik cik aje. Jadi suka hati saya la nak lepak mana punnn... Eh?” DIa mendekati Ania. “Cik ni orang yang sama dengan minggu lepas tu kan?”
                “Kalau saya orang yang sama pun kenapa???” Jawab Ania, seperti mahu cari gaduh aje.
                “Tak adalah.. saya nak minta maaf aje.” Lelaki itu terus mengambil tempat berdekatan Ania.
                Eh, eh. Aku tak jemput dia duduk pun. Ikut suka hati dia aje. Bisik Ania.
                “Saya Hafiz. Arif Hafiz Zulqarnain. Awak?”
                Tak tanya pun...!
                “Awak tak nak jawab? Tak apalah. Saya panggil awak ajelah ya?” Seloroh Hafiz. “Hari tu saya nampak kucing tu lemas, terus terjun nak selamatkan. Naik je tiba-tiba ada perempuan menjerit.”
                “Kucing macam mana?” terbit rasa ingin tahu Ania pada anak kucing itu.
                Hafiz senyum. Bersuara pun perempuan ni akhirnya. Tambah lagi tak menjerit, lembut aje. Kan sedap dengar... “Okay. Sihat. Nama dia Kitty Softpaws, sebab sebijik macam Kitty dalam Puss in Boots...”
                Ania senyum kecil. Tak sangka... Ingat dia seorang aje yang perasan sama macam kucing betina dalam cerita tersebut.
                Diam balik dia ni... Hafiz membuka lagi topik. “Saya sebenarnya tengah cari ilham untuk projek assignment saya. Jalan-jalan tepi pantai nampak tempat ni menarik, jadi saya selalu datang sini sejak dua menjak ni. Tapi masa first time hari tu ada perempuan naik hantu mana entah ambil kad memori saya...” Hafiz menggaru kepala kepelikan. Aneh-aneh aje manusia sekarang.
                “Study lagi?” Ania menukar topik. Risau Hafiz dapat mengenalpasti bahawa orang di sebelah dia inilah yang diberi gelaran perempuan naik hantu.
                “Yup. UiTM...”
                “Tak tanya kat mana pun...”Balas Ania bersahaja. Tangan kanan membaling sebutir batu kecil ke pantai.
                “Saja beritahu... Study?” giliran Hafiz bertanya.
                “Yup.” Jawab Ania sepatah.
                “Dekat?” Soal Hafiz lagi.
                “UiTM.” Jawab sepatah.
                “Course?”
                “Engineering.”
                “Diploma?”
                “Bachelor Honours”
                Diam... Hafiz sudah tiada idea hendak bertanya.
                “Course?”
                “Haa? Apa?”
                “Awak pekak eh? Course apa?” Ania membaling sekali lagi batu ke dalam pantai.
                “Erk. Sorry. Ijazah kulinari. Tahun akhir.” Garangnya dia ni. Macam singa!
                “Haaa?” Ania melihat Hafiz dengan kening terangkat sebelah.
                “Kulinari... You know... yang masak masak tu... chef...?” Terang Hafiz sambil membuat gaya menggoreng nasi.
                “Ahhh.... Bakal chef....” Ania mengangguk perlahan. “So...apa yang bakal chef buat ditepi pantai dengan kamera DSLR? Nak tukar profesion jadi photographer ke?”
                “Nope... Chef itu profesion but ambil gambar is my passion. Two different things...” Jawab Hafiz jujur. Tangannya masih bekerja mencari angle pemandangan yang menarik. “So... what about you, engineer-to-be? Lepak tepi pantai petang-petang sabtu, nak tukar profesion jadi sasterawati?” Hafiz menoleh ke Ania bersama kamera DSLR Nikon berada di depan mata. Bersedia untuk mengambil gambar.
                Ania menjeling tajam. “Tak ada kaitan dengan awak.” Dingin Ania menuturkan kata-kata itu.
                KLIK!
                “Boleh tak awak stop ambil gambar saya!? Saya tak suka!” Ania terus berdiri. Berang. Ikut suka dia aje nak ambil gambar anak dara orang. Kene lempang juga nanti! Hafiz terus ditinggalkan di sana.

                Pantai... Kenapalah si lelaki tak faham bahasa ni muncul lagi minggu ni. Ania terus memusingkan basikalnya. Patah balik. U-turn! Lepas ni tukar tempat... huh!
                “Wait!” Hafiz menahan. “Saya tahu saya salah. But, boleh awak maafkan saya?” Hafiz mengeluarkan bungkusan bersaiz A4 dan menghulurkan pada Ania. “Picture awak. Saya da edit. Siap dengan frame lagi saya bagi. Forgive me, please?”
                Ania melihat ke anak mata Hafiz. Ada sinar keikhlasan. Ania menyambut bungkusan itu. “Hurm!” Itu sahaja jawapan Ania.
                “Ladies first...” Hafiz mempersilakan Ania untuk naik ke batu-batuan mencari tempat duduk yang selesa.
                “Here... Tanda saya minta maaf...” Hafiz menghulurkan sesuatu lagi.
                “Apa ni?” Ania mengangkat kening.
                “Sudu..”
                “Untuk???”
                “Untuk ini” Hafiz mengeluarkan sepotong kek blueberry cheese dari kotak kecil di dalam beg kamera.
                “Cheese cake!” Nada Ania naik. Teruja. Sudah lama dia tidak merasai kek kegemarannya itu.
                “Saya buat pagi tadi. Fresh lagi. Khas untuk awak... makanlah...” Ucap Hafiz dengan senyuman manis.
                “Fine. Da maafkan. Happy? Kita bukannya rapat sangat pun sampai nak kena minta maaf bagai ni” Ania menyuap potongan cheese cake ke dalam mulut. Sedap! Memang sahlah lelaki ni bakal chef.
                Hafiz hanya tersenyum mendengar bebelan Ania. Seterusnya masing-masing diam. Hanya ada bunyi ombak, angin dan kamera. Ania menconteng sesuatu di sebuah buku, manakala Hafiz dengan kameranya cekap mengambil gambar.
                “Cool! Awak boleh lukis!?”
                “Sikit-sikit...” Ania mendongak ke Hafiz. “Buat apa?” Soal Ania pelik kamera Hafiz berada dalam 10 sentimeter jarak dari atas kepalanya.
                “Ambil gambar buku sketch awak. Boleh kan? Saya tak ambil gambar awak pun...” Jawab Hafiz dengan siulan pendek.
                “Suka hati...” Ania sudah malas mahu melayan.
“Siapa ek nama awak?” Soal Hafiz ingin tahu sambil mengambil beberapa gambar buku lukisan Ania.
“Saya nak balik dulu” Ania mengelak dari menjawab. Pensel dan buku lukisan dimasukkan ke dalam beg bersama bungkusan saiz A4 Hafiz. Selepas itu Ania terus bergerak kepada basikalnya. Tenang sedikit hari ini. Sekurang-kurangnya hari ini tidak perlu bergaduh.
                “Minggu depan datang?” Jerit Hafiz dari batu tempat dia berdiri.
                “Tengoklah nanti!” Balas Ania acuh tak acuh.
                “Saya bawakan Cheese tart!” Goda Hafiz.
                Ania berhenti bergerak. “Ania!”

                “So, Cik Ania, apakah pendapat cik akan rasa blueberry cheese tart ini?” Soal Hafiz bagaikan wartawan menemu ramah pengkritik makanan.
                Ania memasukkan sebiji lagi blueberry cheese tart ke dalam mulut. Dia sudah tidak marah Hafiz mengambil gambarnya.
                “Rasa...okay laaa... penampilan... biasa. Tak ada sesuatu yang luar biasa dalam cheese tart ni.”
                Hafiz membuat muka hampa.
                “Tapi... overall saya bagi 8/10. Kalau kat luar tak dapat cheese tart free sesedap ni. Alhamdulillah!” Ania senyum sengih. Kalau kat luar mahal ni. Boleh jadi sebijik mencecah seringgit.
                “Okay lah tu dari last week. 5/10... saya masih boleh terima. Next time saya letak belacan dalam cheese tart ya? Luar biasa nanti...” Gurau Hafiz.
                “Hoi! Geli siot nak makan!” Ania membuat muka geli. Sama-sama bergelak dengan telatah masing-masing. Hafiz suka menyakat, Ania suka membalas. Haa, sesuai sangatlah tu.
                “Cik Ania” Hafiz mengambil satu lagi gambar Ania.
                “Ya?”
                “Benda yang awak suka?”
                “Cheese tart! Hahaha...”
“Oh... Patutlah sanggup berubah fikiran. Sebab ada cheese tart free rupanya...” Ania ketawa kecil dengan ayat Hafiz. Tangan Hafiz pula tidak henti mengambil pelbagai gambar.
                “Benda yang awak benci?”
                Riak muka Ania berubah kelat. “Kawan...dan fairytales.”
                “Apa yang awak fikir bila dengar ‘kawan’?”
                “Selfish.”
                “Fairytales?”
                “Penipuan.”
                “Family?”
                “Kita stop kat sini.”
                “Kenapa tak nak jawab tentang family, Cik Ania?”
                “Stop okay... please...” Ania merayu.
                “I want the answer here, Cik Ania”
                “Stop it Arif Hafiz Zulqarnain!”
                Tergamam Hafiz mendengar suara Ania. Tangannya turut berhenti dari mengambil sebarang gambar. “Ania, awak...menangis?”
                “Jangan gerak!” Arah Ania.
Hafiz hanya mengikut. Kalau itu boleh buat Ania bertenang, dia akan ikut.
“Arif Hafiz... Awak jangan ingat semua orang ada kisah yang sama. Awak jangan ingat semua orang hidup bahagia macam awak! Awak jangan, jangan sekalipun fikir semua orang ada keluarga macam awak. Sempurna! Boleh bahagia sampai bila-bila!” Ania tersedu menahan tangisannya.
“Family... Saya tak ada family. Ayah saya meninggal dan saya langsung tak pernah tengok ayah saya selain dari gambar. Saya membesar di rumah anak yatim. Ibu saya kerja keras untuk saya. Ibu janji kami akan hidup bersama tapi dia tinggalkan saya semasa saya 12 tahun. Selama-lamanya. Sampai bila-bila pun saya takkan dapat jumpa mereka walaupun saya nak! Puas hati awak, Encik Hafiz!”
“Ania...”
“Stay away!” jerit Ania. Matanya sudah merah berair.
“Ania...Sorry, please...” Rayu Hafiz. Dia tidak menyangka kisah Ania itu beza dari orang lain. Sungguh!
“Saya nak balik! Assalamualaikum.” Ania  berlari mendapatkan basikal yang diletak di tempat selalu.
“Ania!” Jerit Hafiz namun diendahkan oleh Ania.

Sudah dua minggu Ania tidak datang ke pantai. Pasti Hafiz tidak akan datang ke sana lagi. Ania meletakkan basikal di tempat selalu. Kakinya melangkah berat ke tempat dia selalu beristirehat.
Kosong... Macam dahulu. Ada pantai, ombak, langit, sunyi, menenangkan...Tapi, kosong... Tak ada hilai ketawa, gelak, usikan, bunyi kamera... Dalam ni da tak rasa tenang pada kosong.
Ania tidak jadi mahu  menghabiskan masanya di sana. Rasa kekosongan ini... siapa tahu?

                Aku da tak tahan!
                Ania berlari ke tempat selalunya dia duduk meluah rasa.
                Pantai... Aku da tak tahan dengan mereka! Tak sanggup! Kawan apa mereka ni, pantai?!
                Ania mengusap air mata yang tidak berhenti mengalir. Selama 21 tahun, air mata dia hanya untuk menangisi kesedihan hidup.
Bila perlu, mereka cari aku. Bila tiada fungsinya lagi, buang ke tepi. Dilayan seperti barang. Mencari bila perlu, buang bila tidak perlu.
Hina sangatkah hidup aku?
Hina sangatkah menjadi anak yatim piatu?
Hina sangatkah tiada keluarga?
Hina sangatkah tiada harta?
Hina sangatkah aku hingga tidak layak merasai kebahagiaan?
Happy ever after?
Aku benci fairytale!
Tipu!!!
Mana bahagia selamanya untuk aku?!
“Everyone deserve happy ever after? Tipu!!!” Ania membaling sebutir batu ke pantai sekuat hati.
“Aku benci!” Sebutir lagi dibaling.
“Benci! Benci! Benci!” Sebutir demi sebutir dibaling ke pantai.
“Aku benci...” Ania duduk menekup muka. Air matanya masih mengalir. Empangan yang ditahan selama ini akhirnya pecah. “Aku benci semuanya...aku benci life aku...”
“Ania?” muncul suara yang sangat dikenali Ania.
“H...Hafiz?”
“Ania, kenapa ni?” soal Hafiz risau.
“Saya da tak sanggup macam ni! Saya nak pergi dari sini! Awak bawa saya pergi! Ke mana pun... saya tak nak sini lagi..” Rayu Ania.
“Awak...tenang dulu...istigfar banyak-banyak...” Hafiz cuba menenangkan Ania yang bagai dirasuk.
Ania masih tersedu bersama tangisan. Dia betul-betul tidak mampu berhadapan dengan kawan yang berperangai begitu. Berhadapan dengan hidupnya sekarang ini. Kesabarnya sudah melepasi had.
“Awak rela ikut saya?” Soal Hafiz dengan serius. Ini bukan masa untuk bermain.
Ania mengangguk.
“Ke mana pun?” soal Hafiz lagi.
Ania mengangguk.
“Maka, Nurul Ania Iskandar, awak sudi menjadi wanita yang halal untuk saya?”
Ania tergamam.
“Awak tahu maksud saya bukan? Dua minggu yang lepas saya dah berbincang dengan keluarga saya. Mereka setuju. Segala urusan telah saya uruskan. Yang tinggal hanya izin dari seorang gadis bernama Nurul Ania Iskandar. Awak setuju?” Kali ini Hafiz mengeluarkan sebentuk cincin dari poket seluarnya.
“Cincin ini bukanlah mahal sangat, tapi inilah yang terbaik saya mampu berikan sekarang ini.”
Ania mengelap air matanya. “Bak sini cincin tu!”
“Erk? Nah...” Hafiz mengikut arahan Ania memberi cincin itu pada Ania.
“Tengok ni. Saya da sarung. Lepas ni siap awak kalau tinggalkan saya! Saya nak, awak masakkan untuk saya hari-hari!” rungut Ania.
“Baik. Baik... untuk awak aje semua boleh... but, awak kena lupakan kisah sedih dan mula appreciate life awak okay...” Ujar Hafiz lembut.
“Kenapa pula?”
“Sebab awak akan jadi bakal nyawa saya. Kalau awak tak ada, saya boleh gila macam laki mati bini!”
“eew... jiwang...” Ania menjelir lidah.
“Let’s create our happy ever after, okay, Cik Ania perempuan gila yang curi memory card saya...” Hafiz berlari laju menjauhkan diri dari Ania.
“Awak..... Bila awak tahu!????”
“Rahsia!”

Perjalanan hidup itu rahsia Allah S.W.T.
Kita hanya perlu doa, usaha dan tawakal dalam mendapatkan ‘happy ever after’ kita.
Dan tabah itu adalah kunci bahagia selamanya.
Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T.
Yang khilaf itu datangnya dari hamba-Nya.
-Tamat-
16/09/2012
1.48 a.m.

Facebook Twitter RSS