The King's Knight 1

hai....ni first time buat cerita bersiri and fully fantasy... saje try... pada mereka yang bace plez bagi pandangan samada logik atau tidak... tak berapa mahir dalam fully fantasy ni... +_+ sudah berusaha sedaya upaya....(sambil menyiapkan sebuah cerpen bertajuk AKU BENCI FAIRYTALES)...
mengantuk..... dari pkul 10 malam tak tido sampai skrg jam 10.36 pagi... tido dlu... nite...



“Tahniah, Leyra!!!” Avia melompat keluar dari belakang pintu mengejutkan manusia yang baru sahaja melangkah tiga tapak ke dalam rumah kayu.
                Tok!
                “Kan aku da bagitahu hari tu, bila aku berpakaian macam ni panggil aku Arien” Leyra mengeluh perlahan sambil menarik keluar pedang berwarna perak dari kedudukannya di sisi kaki kanan Leyra.
                Avia membuat muncung. “Apa salah aku panggil kau ‘Leyra’ dalam rumah ni. Bukannya ada orang luar pun...” Dia mengambil segelas air kosong buat kawan serumahnya dari kecil cinonet itu. “Nah!” Avia menghentak sedikit semasa meletakkan gelas berisi air. Tanda protesnya pada kehendak Leyra. Hujung bibirnya muncung sedikit. Macam itik aje!
                Leyra senyum kecil dengan gelagat Avia. “Terima kasih atas ucapan mengejutkan awal tadi”
                “Hurm...” balas Avia bersahaja. Masih merajuk sedikit.
                “Aku tukar baju dulu ya... ”  Leyra menepuk belakang bahu Avia sebelum bergerak menghala ke bilik di bahagian belakang sekali. Biliknya agak tertutup dari ruang tamu.
                Didalam bilik Leyra membuka pakaian seragam baru sebagai ‘knight’ kepada raja kerajaannya, Lugadia. Almari pakai dibuka malas. Ada dua pasang gaun tergantung. Satu berwarna hijau gelap dan berenda putih di, manakala satu lagi berwarna biru dan bercorak bunga. Leyra mengukir senyum nipis. Leyra menggeleng kepala perlahan. “Avia, Avia... yang ada bunga juga kau beri pada aku...” Setelah berfikir sejenak, Leyra memilih gaun labuh berwarna hijau gelap untuk disarung mengganti pakaian sebelum ini.
Leyra bergerak ke hadapan cermin muka dan membetulkan gaun labuh hijau itu. Kemudian dia menggambil rambut palsu yang panjang dan berwarna coklat. Leyra meletakkan diatas rambut berwarna peraknya.
                Setelah siap, Leyra melihat dirinya dihadapan cermin. Sebentar tadi dia ialah lelaki, dan sekarang dia menjadi wanita. Gadis yang mempunyai dua identiti tak mungkin ada kehidupan yang normal, bukan?
                Bibir Leyra mengukir senyum kecil saat terfikir kebenaran itu.

                “Avia, ada apa-apa yang perlu aku tolong?” Soal Leyra ketika keluar dari biliknya.
                “Leyra!” Avia berpusing melihat Leyra di belakangnya. “Tak apa, kau duduk saja. Kejap lagi makanan siaplah. Lagi pun, kau sudah penat bekerja jadi knight raja tu...” seloroh Avia. Tangannya masih cekap menyediakan makanan untuk rumah itu.
                “Hahaha....” Leyra cuma ketawa di sisi Avia.
 Di istana, wanita tidak dibenarkan bekerja selain menjadi pelayan dan bekerja di dapur. Leyra tiada kemahiran lain selain menggunakan senjata dan berlawan, jadi Leyra menyamar menjadi Arien supaya dapat bekerja sebagai pengawal di dalam.
                “Seronok dapat jadi the king’s knight?” Soal Avia meneruskan topic mengenai kerja Leyra.
                “Avia...” Leyra menyebut nama kawannya seperti memberi amaran untuk berhenti dari topic perbualan itu. “Kau tahu bukan tujuan kita yang sebenarnya dan objektif aku menyamar sebagai lelaki untuk memasuki istana”.
Avia berhenti membuat kerjanya. Leyra menundukkan mukanya, melihat lantai yang berdebu. Suasana menjadi senyap dan sayu.
“Aku...” Leyra bersuara memecahkan kesunyian tadi, “aku panggil budak-budak di luar dulu...” Leyra terus berlalu pergi meninggalkan Avia di dapur sendirian.
Rumah kayu itu bukannya hanya didiami Leyra dan Avia sahaja. Sejak 14 tahun dahulu, selepas keluarga Leyra menjadi mangsa didalam peperangan Lugadia melawan Werton, rumah kayu ini menjadi tempat perlindungan kepada anak-anak yang kehilangan tempat bergantung.

“Kak Leyra!!!” Beberapa kanak-kanak dalam lingkungan 4 tahun hingga 12 tahun berlari  anak menghampiri Leyra.
                “Mari masuk. Kak Avia sudah sediakan makan. Semua pergi tolong kak Avia hidangkan, ya?” Ujar Leyra pada mereka dengan senyuman. Orang kata kanak-kanak susah dijaga, namun tidak di rumah kayu itu. Kanak-kanak kalau kita berbaik pada mereka, mereka akan berbaik pada kita juga. Kalau kita makin degil, mereka akan jadi lebih degil. Kuncinya pada cara kita melayan mereka. Itulah nasihat Avia mula-mula dahulu.
                “Baikkkk!!!!” serentak mereka menjawab.
                Leyra menjadi sejuk hati bila melihat mereka semua berlarian bersama senyuman. Dia tidak mahu mereka menghadapi sedih lagi dan susah seperti dia dan Avia dahulu.
               
                Seketika kemudian, Leyra berhenti tersenyum. “Ada apa?”
                Dibelakang Leyra, berdiri seorang lelaki muda berumur dalam 16 tahun. Rambutnya berwarna perang. Bila rambutnya terkena cahaya matahari, sinar pada rambutnya menjadi-jadi. Bak kata Avia dahulu, ‘boleh buta mata kalau tengok selalu!’
                “Tuan Julius panggil,kau” tanpa riak dia bersuara.
                “Ardis...” Leyra pusing mengadap lelaki muda itu. “kan da bagitahu kena panggil ‘kak Leyra’. Kenalah hormat orang lagi tua...” bebel Leyra sambil menarik pipi putih Ardis.
                “Adoi, adoi, adoi!!!” Ardis mengaduh kesakitan pipinya ditarik kuat. “Fua tega taun fukan heza fangat hun!”
                “Apa?” Leyra melepaskan pipi Ardis yang sudah kemerahan. “Cakap balik tadi”
                Ardis menggosok berkali-kali pipi kiri dan kanannya. Merah macam pakai blusher aje. “Tua tiga tahun bukan beza sangat pun...  ” selamba Ardis mengulang kembali  ayatnya. Tambahnya lagi, “lagipun, aku lagi tinggi”
                Leyra ketap gigi. Geram. Tangannya mula menarik balik pipi Ardis lebih kuat dari awal tadi.
                “Leyra!” Panggil seorang lelaki berumur lingkungan 50-an, berambut putih dan berjanggut muncul dari sisi rumah kayu. Leyra melihat orangnya. Badan besarnya ditutup dengan kot gelap. Wajahnya tegas, seperti singa.
                “Pak cik...” Leyra melepaskan pipi Ardis yang sudah lebih merah dari awal tadi.
                “Tuan Julius...” Ardis menundukkan mukanya. Gerun hendak melihat singa versi manusia itu.
                “Masuk.” Sepatah sahaja arahannya. Selepas memberi arahan, Julius terus hilang dari sisi rumah kayu. Leyra mengikut Julius dari belakang. Begitu juga dengan Ardis.
                Dari sisi rumah kayu itu, ada satu laluan kecil untuk ke dalam hutan di belakangnya. Leyra berjalan memasuki sebuah rumah yang agak besar diperbuat dari kayu yang berkualiti. Tidak seperti rumah mereka semua yang sudah hampir reput.
                Leyra dan Ardis kini berada didalam bilik besar milik Julius. Julius duduk diatas kerusi  menanti dua orang dihadapannya mula bersuara.
                Leyra menghembus nafas perlahan. Dia tahu dia perlu memberi laporan tentang keadaannya pada Julius. “Saya sudah berjaya menjadi king’s knight” pendek sahaja Leyra memberikan laporannya.
                “Bila boleh mulakan rancangan tu, Leyra?” suara garau Julius menggentarkan kedua-dua orang muda itu. Rasa seperti arnab dan tupai sedang berhadapan dengan singa.
                “Beri saya sedikit masa lagi untuk biasakan diri dengan istana, pakcik” Leyra berpeluh sejuk hendak berunding dengan pakciknya yang macam singa ini, walaupun hakikatnya pakciknya bukanlah segarang raja haiwan itu. Buktinya, segala masalah kewangan di rumah kayu dia diselesaikan oleh Julius. Kebanyakkan kanak-kanak di rumah kayu juga selalu bermain dengan dia bila dia ke rumah kayu. Baik bukan?
                “Kamu faham bukan objektif kamu dalam istana sana. Ini semua dari strategi kamu sendiri...” Julius berhenti bercakap sebelum menyambung kembali, “Kalau ikutkan pakcik, bunuh aje raja sekarang ini dan rampas kerajaan ini.”
                “Maaf pakcik. Sebab saya rasa strategi seperti itu cuma akan merugikan nyawa ramai orang, maka saya cadangkan strategi untuk mengambil alih pentadbiran secara perlahan-lahan sambil meletakkan orang-orang kita didalam istana. Dengan cara ini kita dapat kurangkan jumlah kematian dan elakkan waktu kucar-kacir negara dalam keadaan yang minimum...” Leyra memberi alasan yang kelihatan munasabah di mata Julius. Ada sebab dia mengutarakan cadangan itu.
                Julius hanya diam bersetuju dengan kata-katanya. Mereka perlu meminimumkan jumlah kemusnahan dan kehilangan nyawa. “Boleh keluar sekarang” Arah Julius.
                Mendengar arahan dari Julius, Leyra dan Ardis segera menunduk kepala sedikit tanda hormat sebelum keluar.
                “Fuhhhhhh....” Ardis menghela nafas kuat. Lega dapat keluar dari sangkar singa Julius. “Kak Leyra, plan apa sebenarnya?” Ardis masih keliru dengan keadaan sekarang.
                “Revolusi...” jawab Leyra pendek.
                “Huh?!”Ardis terkejut. Dia tidak tahu rumah besar itu ada perancangan untuk melakukan revolusi! Sehingga sekarang Ardis cuma ditugaskan melakukan kerja-kerja remeh yang melibatkan kebajikan orang susah...
                Leyra meneruskan perjalanannya untuk kembali ke rumah kayu. Ardis mengambil tempat di sisi Leyra, menantinya untuk menyambung perjelasan tentang ‘revolusi’.
                “Ingat apa yang berlaku 14 tahun dahulu?” Soal Leyra pada Ardis.
                “Lugadia berperang dengan Werton...”
                “Lugadia memulakan peperangan dahulu...Werton ialah negara yang penuh dengan hasil lumayan. Emas, tananam dan juga ilmu perubatan mereka lebih maju dari Lugadia. Lugadia pula terkenal dengan kekuatan dalam berperang.  Raja Lugadia sebelum ini, Raja Etzel, ayah kepada raja sekarang ini ialah pemerintah yang kejam!”  Leyra menggenggam tangan kirinya menahan marah.
Ardis terkejut sedikit ketika melihat mata Leyra. Ini kali pertama dia melihat mata Leyra penuh dengan dendam! Ardis jadi tidak berani untuk bertanya lagi keseluruhan kisah itu. Namun, dia tekad untuk bertanya kepada Avia pulang nanti. Mereka berdua hanya berdiam diri di sepanjang baki perjalanan ke rumah kayu. 

Facebook Twitter RSS