cerpen: Apple




“MINN!”

“Apa eh apa apa!” latah Minn kuat. Satu kelas melihat Minn. Bagaikan satu pusat tarikan graviti. Habis kantoi ada budak perempuan tidur dalam kelas akaun Mr Alba yang garang macam naga dalam kisah dongeng. Serasa kering kat tekak waktu sekarang ini. Rakan-rakan sekelas turut sama berpeluh muka, berdebar-debar jiwa menanti sketsa seterusnya dari Mr Alba.

goyang, goyang....goyang kepala goyang....goyang goyang....angkatlah cepat!’

Terbatal niat Mr Alba untuk pergi ke meja Minn. Mesej di telefon bimbit dipandang sekejap. Berubah riak mukanya. Tiada lagi garis-garis kerut menampakkan urat marah.

“Ok kelas, kita berhenti sampai sini. Saya ada meeting. Buat kerja-kerja yang saya bagi tadi”  Mr Alba terus bergerak laju keluar.

“fuhhhhhhhh.....” Minn lepas nafas lega. Lega gila punya legalah. Memang mangailah kalau kena maki dalam kelas dia. Boleh jadi bahan bualan sebulan dalam kampus tu.

BUMM!!!

Bertimbun buku dihempas atas meja Minn. Satu. Dua. Tiga buah buku. Mata Minn pandang ke atas. Diorang bertiga. Memang da boleh agak sangat.

“Korang nak ape pulak kali ni Pris, Liz, Risa?” Minn bertanya juga walaupun dia tahu kehendak mereka bertiga. Mesti suruh...

“macam biasa... siapkan kerja kitorang...”

BINGO, dan mereka bertiga terus pergi sambil menayangkan rambut panjang berwarna perang.

Minn menolak kaca mata bingkai penuh warna hitam ke atas. Snowcap ditarik sebawah yang boleh. Buku-buku atas meja dikemas.

“Ary!”
               
Cepat cuping telinga Minn bertindak balas dengan suara tu. Priscilia... Minn menjeling ke arah tiga sekawan tu.

                “Ary, jom makan sama-sama... Aku belanja....”

                Gedik! Meremang aku!


“jangan...janganlah...” Minn berundur ke belakang sambil memegang tocang rambutnya.

“kitorang pegang  ajelah” Priscilia membuat muncung. Begitu juga dengan dua orang lagi kanak-kanak yang sebaya Minn.

Minn menunduk muka. “Betul ni pegang aje?”

“Yelah...kitorang unye rambut pun panjang jugak...” jawab Priscilia pelat sambil menggoyang-goyangkan rambut yang diikat ekor kuda.

“Betul! Betul! Kitorang nak pegang aje....” Sokong Liz, kawan baik si Priscilia. Risa turut sama mengangguk sokong.

“Betul?” Minn mengangkat muka sedikit. Matanya bersinar-sinar memandang tiga orang kanak-kanak yang baru sahaja dikenalinya.

Ketiga-tiga mereka mengangguk laju.

“Nah...” Minn melepaskan tangan dari tocang rambut dengan berat hati. “pegang aje tau...” pesan Minn.

Priscilia mengambil dengan lembut dari tangan Minn.

 “Risa!” Panggil Priscilia.

Risa dan Liz pandang masing-masing dan angguk. Risa mengeluarkan gunting dari beg. Liz pula laju memeluk Minn kuat.

“kenapa pegang Minn!?”

“Lain kali...” Priscilia merapatkan muka dengan Minn. “rambut tak boleh panjang macam ni tau” Bibir kecilnya mengukir senyuman manis.  “Liz cepat!”

“kejap... ngah buat ni...”

“jangan! Jangan potong rambut Minn! Nanti mama sedih! Mama suka rambut Minn!” badan Minn meronta-ronta.

“Pris...lama lagi tak...” Risa menguatkan pelukannya.

“Minn mana ada mama... Macam ane Minn tau mama Minn suka rambut Minn?” soal Priscilia dengan senyuman.

“mama ada cakap dulu! Mama cakap rambut Minn cantik! Dia suka rambut Minn!!!” jeritnya. Cuba untuk mempertahankan kepercayaannya.

“Da siap!” Liz bersuara. Risa melepaskan pelukannya.

Minn jatuh terduduk atas lantai. Rambutnya habis bersepai...

“tengok...da pendek pun” 

“mama....” mata Minn mula berair.

“Minn kan takde mama...mesti sebab mama Minn tak nak kat Minn sebab Minn da hodoh.” Priscilia terus pergi selepas mengucapkan kata-kata terakhir itu.

“mama.....isk...isk..isk...”


Minn berjalan  masuk ke bilik. Beg sandang diletak atas meja.

“Ary, jom makan sama-sama... Aku belanja....” ajuk Minn dengan nada gedik. Tolonglah...

Perlahan-lahan Minn menghadap cermin. Hodoh sangatkah aku ni?

Mukanya ditatap lama-lama. Aku sedar aku tidak secantik Maira kekasih AG dalam kisah Cinta Terakhir. Kaca mata bingkai penuh ditanggalkan. Mata tak adalah sepet macam Thania awek si Farhan tu. Mata Minn besar dan bulat walaupun berkaca mata. Snowcap dicabut lemah, rambut pendek brunette kelihatan. Juga tak berkelakian macam hikayat Dania dan Ustaz Iqbal. Aku tidak special macam diorang, aku weirdo.

Rambut pendek dipegang. Masih ingat lagi kata-kata mamanya dulu... “mama suka warna rambut Minn, cantik

Minn senyum keseorangan di hadapan cermin.

“kau tak patut ada kat dunia ni!”

Bila ingatan yang lagi satu menerpa, automatik tangannya menutup setiap ruang di telinga. Tiada lagi senyuman.

semua ni sebab kau! pasal tu diorang tak de dengan kau!”

Ma...mama...papa.... Tangan Minn menggigil. Badannya terketar-ketar.


Treeet....treeet....treeet....

“Ha!” Minn sedar dari lamunan. “huh. Huh. Huh” Turun naik nafas Minn. Matanya sudah berair sendiri.

Treeet....treeet....treeet....

Telefon bimbit Minn bergetar lagi sekali meminta perhatian dari tuannya. Minn mencapai telefon bimbit lemah. Matanya belum berhenti berair.

Jumpa aku kat McDonald sekarang! – Pris

Mata terus digosok laju. Jam tangan dipandang sebentar. “shit!”  beg sandang terus bersarung, snowcap dipasang kembali dan spek diletak ke tempat yang ditugaskan.

Damnit, Pris!!!


Minn duduk diam menghirup coke. Shit betullah si Pris ni. dia suruh aku datang sini buat apa? Tengok dia flirt dengan laki?

“Pris...apa pasal kau bawak budak tu sekali?” bisik Liz.

Bibir Pris yang ditepek warna merah jambu mengukir senyum kecil. “saje. Nak bagi budak lelaki ni nampak perbezaan antara cantik dengan hodoh...especially Ary.”

“betul jugak...pandai kau...” Liz kembali melayan lelaki-lelaki di hadapan diorang.

Aku dengarlah apa korang cakap. Shit betullah diorang ni. Minn menghirup lagi air coke. Tak sanggup rasanya nak mengangkat muka berhadapan dengan lelaki di hadapan matanya. Ary...

“keluar jom” Ary mula bersuara.

Hah? siapa dia ajak???

“jom!” Priscilia menyahut.

Minn senyum kelat. Mestilah bukan aku kan... Aku ni tak seistimewa diorang. Weirdo yang cuma bertugas untuk dibuat pemerhatian.

“aku ajak minah specky nilah”

Huh? Terus terhenti hirupan air coke. Apa pasal aku pulak?

“What? Ary, kau nak bawak dia buat apa?”

 “na...nanti!”

 “jom” Ary terus menarik tangan Minn pergi dari meja.


Dia tarik aku keluar semata-mata nak teman dia makan buah epal kat kedai buah? Memang extraordinary budak ni...

“nah” Ary mencampak sebiji buah epal ke Minn.

Minn menangkap. “thanks...”

“Duduklah kat bangku tu. Tak payah risau, kedai ni under family aku. kau nak duduk depan belakang atas lantai pun tak ada orang nak marah”

Kerek punya mamat. “well, then aku duduk atas meja nilah”

“duduklah...” selamba muka Ary menjawab.

Ciskek! Aku nak kenakan dia, aku yang terkena balik. Minn melompat duduk atas meja. Mestilah kena ikut kata!

Ary berpaling dari Minn. Tangan kanannya menekup mulut. Hahaha! Nak terlepas gelak aku tadi. Lawak betullah dia ni.

“kenapa tarik aku?”

Ary berhenti bergelak sendiri. “aku ada benda nak tanya” nada serius.

“Apa?” Minn membelek-belek epal merah yang diberi Ary.

“aku tengok selama ni kau ikut je cakap Pris tu. Kenapa kau ikut je semua cakap Pris?”

“kenapa ya...” Minn mengangkat tinggi buah epal. “kenapa....hurm... sebab aku ni unwanted person dalam dunia? And  family dia yang tolong jaga aku” buah epal di pegang kuat. “aku ni bukan special macam korang, aku ni weirdo. Pris cakap aku don’t belong here... in this world... dia betul” mata Minn mula terasa pedih. Hatinya rasa sebak. Tak sangka begitu mudah dia meluahkan isi hatinya pada Ary.

“apa kau merepek ni!?”

“Dia betul! Aku ni bawak bad luck, pembawa malang! Aku tak sepatutnya lahir! My mom died because of me! My dad...dia sakit kat hospital... semua sebab aku!”


Minn bergerak ke tempat duduk hadapan. Tangan kanannya mengalir perlahan cecair merah.

“mama...” Minn menggerakkan lengan mamanya. Tiada tindak balas.
               
“papa....” Minn menggoyangkan badan ayahnya pula. Sama.

                “Isk...isk...isk... mama, papa.... Minn mintak maaf... Minn takkan mintak macam-macam lagi... bangunlah... Minn takut...”



                Ary mencapai tangan Minn. Kruk! Epal ditangan Minn digigit Ary.

                “Kau bukan weirdo.  Kau tak perlu wish yang kau special, sebab kau da memang special. Kau memang  don’t belong here... sebab tu bukan tempat yang sepatutnya kau ada...”

                Ary menanggalkan kaca mata dan snowcap Minn. “don’t hide yourself, Minn. Look... you have a pair of big shiny pretty eye” tangan Minn meraba bahagian mata. “dan rambut warna brunette. Aku suka warna rambut kau, cantik”

                Muka Minn kemerahan. Malu dipuji dengan cara yang sama seperti mamanya.

                “macam epal ni jugak. Tempat epal mestilah dengan epal, kalau duduk dengan buah oren... comfirm nanti jadi perhatian orang ramai. Macam kau” Ary senyum lebar.

                “Ehem... nak makan epal pun kena orang pegangkan?”  sapa satu suara.

“kak Mid!”  Ary terus berpusing ke tangga. Merah padam muka dia.

“eh... akak?” Minn memasang kembali kaca mata. “mudanya....”

“hai...” dia melambai tangan di muka pintu. “aip... Ary kenapa merah je telinga tu?” sakatnya.

Dari keadaan berdiri, Ary duduk mencangkung. Rasa macam nak jadi invisible je sekarang ni!

“oklah... akak saje nak tengok kat belakang ni. dengar orang  cakap  cakap, ingat pencuri buah” sakatnya lagi. “rupanya ada pencuri hati...” saja dia memperlahankan frasa yang akhir itu.

Selepas sahaja kakak Ary keluar, dia terus berdiri. “jangan makan epal tadi...” arahnya.

“Kenapa?”

“tak de pape” Ary mengosok belakang leher. Terasa segan dengan sikapnya tadi.

“o...kay....”

“janji dengan aku” muka Ary berubah serius kembali.

“janji jangan makan epal?”

“bukanlah....” buat lawak pula si Minn ni. “janji yang kau akan lawan dia balik”

“aku tak boleh...aku tak kuat... aku tak ada capabilities...”

“kau mesti boleh...”

“papa aku macam mana? Siapa nak bayarkan bil hospital dia kalau aku lawan?”

“kau boleh kerja kat sini, akak aku mesti suka kalau kerja kat sini”

“tapi aku...”

“aku tau kau boleh.... “


“Pris!” Terkejut Minn melihat Priscilia berada di dalam biliknya.

“Kau buat apa je dengan Ary tadi?”

Minn menggenggam tangan. Aku nak...lawan...

PAK!!!

Priscilia menolak Minn ke dinding. “Aku tanya, kau buat apa dengan Ary tadi!?”

“aku...” Minn menunduk muka. “aku...”

“cakaplah! Aku...aku... aku apa dia!?”  bentak Priscilia kuat.

Minn berdiam diri. Aku...nak lawan... Ary, aku nak tapi...

Rasa geram Priscilia makin meningkat. “Kau memang nak kena lagi kan!” Priscilia menghala ke meja study Minn. Laci-laci diselongkar hingga mendapat barang yang diingini.

“Kau nak buat apa ni Pris?” Minn sudah dapat mengagak sesuatu.

“Bagi kau, yang penting kat kau sekarang ni papa kau...dan...” Priscilia mencabut snowcap Minn.  “rambut buruk kau ni!” Priscilia menarik rambut Minn sekuat mungkin supaya tidak terlepas.

“Jangan Pris! Jangan!!!”  Minn cuba sedaya upaya untuk meleraikan genggaman Priscilia. Empangan air mata Minn mula pecah. “Jangan, Pris! Aku janji! Aku janji tak dekat dengan dia lagi.... jangan potong rambut aku lagi, Pris....” 

“Huh!” Priscilia menolak  kepala Minn. “kan senang kalau cakap awal-awal” gunting dicampak ke atas lantai. “lain kali, aku suruh berhenti bayarkan bil hospital bapak  kau!”

“jangan! Aku janji...”

Priscilia terus berjalan keluar dari bilik tinggalkan Minn keseorangan menangis.


Dari jauh, dia melihat seorang kanak-kanak perempuan menunduk menangis melihat rambutnya bertaburan. Rasa kasihan melihat kejadian awal yang dia terlihat tadi.

“nah” gula-gula lollipop berbentuk Apple ditunjuk depan muka kanak-kanak perempuan itu.

Muka kanak-kanak perempuan tu naik sedikit.

“budak macam kita mana boleh nangis sebab ni aje...” kanak-kanak lelaki itu duduk mencangkung supaya sama ketinggian dengannya. “sebab kita ni kan special jadi kita kena kuat!” kanak-kanak lelaki itu senyum lebar.

Kanak-kanak perempuan menggosok laju matanya.

“nah! Amik ni...”  Lollipop bertukar tangan kecil ke tangan kecil lagi.

“Ary...” dia tersenyum lebar hingga menampakkan gigi.

Kanak-kanak perempuan pun turut mengikut senyum...


“Minn...”

Ary berguling ke kiri. Minn.... Minn... Minn.... Argh, serabutnya aku!  

“kau tak faham! Just thinking i’m strong doesn’t mean i am strong!”

Betul. Aku tak faham, Minn. Ary menutup mata.

“Minn” Lolipop yang sudah berada di tangan ditatap lama dan Ary dipandang sekali lagi. “Minn suka epal!”  makin lebar senyuman di bibir kecil Minn.

 Aku tak faham... Kenapa kau tak senyum lagi? Kenapa kau nak sembunyi lagi? Kenapa kau tak lawan dia? Serius aku tak faham, Minn... kenapa? Tolong bagitau aku.

Pintu bilik dikuak sedikit. “Ary....?” 

“Kak Mid...masuklah” pembaringan bertukar sila memberi ruang sedikit pada kakaknya untuk duduk.
               
“tadi ke budak yang Ary ceritakan dari dulu?” Kak Mid memulakan bicaranya. Dulang berisi beberapa biji buah epal diletak atas meja study di tepi katil.

                Ary senyum kelat.

                Betullah tu... Kak Mid mengeluh kecil. “Ary suka dia? Perasaan ni jangan buat main Ary...”

                “Ary pun tak tau kak sejak bila benda ni start ada kat sini...” Ary meletak tangan berdekatan dengan jantungnya. “Dulu Ary selalu tengok dia supaya dia tak kena buli dengan budak lain. Lama-lama jadi habit Ary. Tapi macam mana pun...” tangannya menggenggam kuat. Rasa mahu marah pada diri sendiri. Aku tetap masih tak tolong dia lari dari minah tu.

                “Ary...” Kak Mid mengeluarkan sebiji epal. “tengok ni” epal diletak atas tangan Ary. “sekarang akak tanya, macam mana nak dapat buah epal ni?”

Kening Ary terangkat sebelah. “untuk dapatkan buah epal ni mestilah kena tanam pokok epal. Da sampai waktu berbuah, dapatlah kan?”

Kak Mid senyum kecil. “tak salah jawapan Ary tu, tapi tak cukup sempurna. Ary tau tak betapa susah nak membesarkan sebatang pokok epal? Pokok epal tak tumbuh kat climate yang panas. Watering kena sukat. Kena baja lagi. Nak bagus kena guna baja organic. Kalau terlebih baja akan rosak. Bila da besar sikit, nak kena letak batang untuk support tumbesaran pokoknya, salah letak aje pokok tu tak akan dapat membesar betul-betul dengan sendiri ” panjang lebar penjelasan kak Mid.
               
Ary terdiam melihat epal kecil ditangannya. Tak sangka begitu susah untuk sebiji epal berbuah.
               
“sama juga dengan Minn...” Kak Mid menyambung percakapannya. “Minn masih dalam stage pembesaran. Kena ada orang untuk support dia supaya dia dapat membesar sendiri dengan baik”

                “only she can create her own path and i can only support her, huh?”

                Epal di tangan Ary diambil Kak Mid dan di belah separuh. “nah” separuh diberi kepada Ary.

                Ary menggigit epal yang separuh itu. “manis”

                “see... makin susah membesar, makin manis kehidupan selepasnya...” Kak Mid membuat hipotesis sendiri.

                “hahaha...” Ary gelak kecil. “she’s Minn afterall... she can survive this damn challenge...  and i will be there to support her” janji Ary pada dirinya.


                Tap. Tap. Tap. Tap. Tap.

                Minn berhenti berjalan. Bibir bawah digigit. “kau nak apa ikut aku!? aku da cakap kan tadi, jangan ikut aku!”

                Ary senyum lembut. “bila masa aku ikut kau? Sini bukan laluan nak pergi kelas ke?”

                “hish!”  

                “cepatlah jalan...” Arah Ary. Senyuman masih tak lekang dari wajah. Minn,  I’ll always behind you.

                Tuk!

                Tangan Minn mencapai atas kepala. Epal? Minn mendongak ke atas.

                “Makan...” Ary terus berjalan memotong Minn. “Aku tunggu kau kat gate kampus pukul 3 petang” sempat Ary membisikkan sesuatu padanya.

                Epal dipegang kuat.

                I’wont let you fall...


                Treeet...treeet....treeet....

                Minn membuka peti emel dengan malas. Sudah tau siapa yang memesejnya. Siapa lagi kalau bukan si Priscilia tu.

                Meet me now at park. NOW!

                Huh...  Dia nak apa lagi... aku penatlah...


                “angkat barang aku” arah Priscilia.

                Aku da agak kena buat kerja remeh ni. lemah  sangat ke kau nak angkat barang-barang ni.

                “siapa tu Pris?” tanya seorang budak laki.

                “maid aku... dalah... jom shopping” Priscilia memeluk lengan lelaki itu.

                Jam tangan dijeling. Pukul 3.15 petang. Mesti dia da balik.

                “kau buat apa tu Minn!? Cepatlah!”

                Ya. Ya. Minn berlari anak ke Priscilia bersama beg-beg kertas hasil beli-belah si Pris.

                “Apple!”

                Pandangan Minn terus berlari ke arah suara itu.

                “Nak bentuk Apple, mama!” seorang kanak-kanak perempuan merengek mahukan lollipop berbentuk Apple.

                Minn senyum sendiri. Baru-baru ni dia makin sensitive pada epal. Tak kiralah bila dengar, bau atau apa-apa yang berkaitan dengan epal.

                “Eja suka Apple!” kanak-kanak perempuan itu senyum lebar.

                “Minn suka epal!” 

                Eh? Siapa bagi aku waktu tu?

                “budak macam kita mana boleh nangis sebab ni aje...”

                Senyuman tu...

                “sebab kita ni kan special jadi kita kena kuat!”

                PAK. PAK.

                Kedua-dua tangan Minn melepaskan pegangan beg kertas Pris. Jam tangan dilihat. Pukul 3.40 petang. Minn terus pusing dari mengikuti Priscilia.

                “Minn!” Priscilia menghalang.

                “Aku selalu lari. Aku selalu sembunyikan diri” Minn menundukkan muka.

                “jadi? Kau kan memang pengecut?”

                “Aku da penat ikut kau. penat dipergunakan” mukanya masih tidak diangkat.

                “kau nak cakap pe sebenarnya ni!?”

                “lawan dia”

                “Aku akan lawan kau!” Minn terus berlari pergi dari Priscilia.

                “Minn! Kalau kau tak berhenti aku takkan bayarkan bil ayah kau!!!” ugut Priscilia kuat.

                Whatever Pris... Aku da tak takut dengan ugutan kau, sebab belakang aku ada dia.


                Mana kau, Ary? Minn berlari ke sekeliling kawasan berdekatan dengan gate. Turun naik nafasnya. Kaca mataya juga sudah tidak terurus.

                “you’re late...”

                Minn senyum lebar. “sorry... i’m a weirdo. A weirdo is not the same as normal punctual people”

                “they really are weird...” hampir tergelak Ary mendengar alasan luar alam dari Minn. “memandangkan weirdo da datang, jom pergi...”

                “pergi mana?”

                “banyak songeh pulak. ikut ajelah” Ary senyum kecil.


                Hurm... Library... what a surprise.... memang dia extraordinary...

                “Duduk sini” Ary  menyuruh Minn duduk di kerusi paling hujung bersebelahan dengan dinding dan jauh dari tumpuan pelajar-pelajar lain.

                “habis kau?”

                Ary mengambil lagi satu kerusi dan diletak berhadapan dengan Minn. “Aku duduk sini”

                “o...kay...so?”

                “kau tutup mata dalam 5 minit. Jangan bukak selagi aku tak suruh bukak”

                “Kau nak buat apa ni?” tanya Minn was was.

                “Aku tak buat apa-apalah....cepatlah tutup... satu, dua...”

                “okay.....huh....”  Minn menutup mata. Rasa selesa dari berada di rumah itu.

                Ary menongkat dagu...  cepatnya tidur... She looks so pale...


                “erm...” Minn mengosok mata. Lenanya tidur macam da berapa lama berjaga.

                “da bangun?” Ary menutup buku.

                “hah? da berapa lama aku tidur!?” terkejut. Tak sangka dia tertidur.       

                “tak lama...”

                Minn terpandang beberapa buah buku yang sudah habis dibaca di hujung meja. Aku tidur lama...

                “Ary... Aku nak tanya kau something...”

                Ary berpusing mengadap MInn. “Apa?”

                “Kenapa kau support aku?”

                “tu je?”

                “erm...just for now...yup”

                “i want to see you smile... senyum macam satu waktu dulu...”

                “so, it’s true....” Ary is the one who give that lollipop. Minn senyum sendiri.

                “apa yang true?” hairan dengan kenyataan kabur dari Minn.

                “takde pape. Ary...”

                “yup...”

                “thanks... i’m nothing without you...”

                “and i’ll always behind you to support you from fall” That’s my promise...

“Lagipun, you’re like a pokok epal yang perlukan support dari kayu untuk membesar. Citation from kak Mid” Ary gelak besar dapat menyakat Minn.

Minn hanya membesarkan mata.
               

                Treet....treet....
               
Kau lambat, papa kau mati!

                Pris!!!

                Minn terus bangun dan berlari. Priscilia, apa masalah kau? Tak cukup dengan aku, kau nak bunuh papa aku?

                “Minn!”  Ary turut sama mengejar Minn.


                “Priscilia! Kau da gila apa sampai nak bunuh papa aku!?”

                “huh? Ingat aku kisah sangat pasal papa kau ni. Koma pun kau nak bagi dia hidup jugak” Priscilia memegang salah satu tiub yang bersambung dengan papa Minn. “kau ingat sikit yang papa kau ni hampir mati sebab kau dulu. Kau yang buat dia macam ni! kau tu bawak malang!”

                Malang?

PANG!
               
Merah pipi Priscilia ditampar Minn.

                “Aku tau aku tak seistimewa kau, tak secantik kau, aku weirdo, tapi aku bukan pembawa malang. Don’t ever call me that way!”

                “so what!? Kau tak faham apa yang aku rasa!”

                “Kau yang tak faham Pris! Kau tak tau betapa aku nak jadi macam kau. ada kawan. Ada family. Kau ada semua”

Priscilia menunduk muka. “aku tak special cam kau. Aku yang cemburu kat kau. Aku yang wish yang aku special macam kau... duit ,family ada pun cam tak ada. Strangers...”


                Selesai semua masalah dengan Priscilia, Minn keluar dari wad. Ary sudah lama berdiri di tepi pintu.

                “nampaknya pokok epal ni da boleh berdiri sendiri” Ary senyum lebar.

                “sebab ada kayu yang sentiasa menyokong...” Minn senyum.

                “that’s the smile i always waiting for... welcome back, Minn...” Ary memberikan senyuman manis pada Minn.

                Pengakhiran sesuatu menjadi permulaan sesuatu yang baru.  Face it, not run from it. 

Facebook Twitter RSS