Dandelion

ini 1st story yg saya buat dulu... n paling sya sayang sgt2, lau ada rezeki mcm nak jadikan novel aje... :)
p/s: maybe ade yg penah bace kat site2 lain....




Dandelion...

KISAH AKMAL
Dari jauh kelihatan seorang pemuda sedang duduk di gazebo yang berada bi bawah pokok yang besar dan rendang. Harmonika berwarna hitam putih lancar mengeluarkan bunyi mengikut arahan sang peniup. Sekali-sekala tangan yang menutup bahagian belakang harmonika terangkat sikit mengeluarkan bunyi. Mata sang peniup tertutup menghayati irama harmonika yang dimainkannya.
            “lagu ape ni, bang?”
            Akmal terkejut. Harmonikanya berhenti dari mengeluarkan bunyi serentak matanya terbuka. Akmal memandang gadis bertudung berwarna putih dan kuning cair dihadapannya. Warna kesukaan seseorang yang pernah dikenalinya dahulu.
            “abang, tadi main lagu ape?” tanya gadis itu sekali lagi. “saya tengok abang selalu kat gazebo ni main lagu yang sama. Tiap-tiap hari minggu mesti nampak abang kat sini main lagu tu. Merdu lagu tu. Saya suka!” gadis itu terus duduk di sebelah Akmal. Beg sandangnya ditanggalkan dan diletakkan di antara dia dan Akmal supaya menjadi pemisah. Buku saiz A4 yang dipegang tadi diletakkan di bahagian kirinya. Banyak kertas yang terselit di buku tersebut. Akmal hanya memerhatikan tingkah lakunya.
            Gadis itu tersedar sesuatu. “oops, abang! Sori saya tak bermaksud nak curi dengar. saya cuma tak dapat tahan nak dengar. Sedap sangat. Serius!” cuak.
            Akmal tergelak kecil melihat gadis itu cuak. “takpe. Saya tak kisah. Ada jugak yang sudi nak dengar lagu ni” sambil tersenyum manis.
            Gadis itu turut tersenyum. Lega tidak dimarahi Akmal.
            “tapi abang, tiap kali saya dengar, saya rasa sayu je... Ada kisah disebalik lagu tu ke?” matanya ditutup mengingati irama merdu harmonika yang dimainkan Akmal.
            Sekali lagi Akmal tersenyum mendengarkan kata-kata gadis itu. Cuma kali ini tidak semanis tadi.
            “abang. Abang tak jawab soalan saya lagi. Ape nama lagu tu?”
            “dandelion,” jawab Akmal pendek.
            “dandelion, as in bunga dandelion? Saya suka dandelion!” girang suara gadis itu.
            Akmal tersenyum dan kembali menyambung bermain harmoniko lagu ‘Dandelion’.

7 tahun yang lalu...
            Headphone di telinga berdentum kuat mengeluarkan rentak lagu Hanging By a Moment dari Lifehouse. Kepala diangguk-anggukkan mengikut rentak lagu tersebut.
            “ satu pusingan je lagi,” Akmal tersenyum dan meneruskan jogging. Sudah jadi rutinnya untuk jogging di taman berdekatan rumah sewanya setiap sabtu petang. Sudah jadi rutinnya juga untuk singgah dan bermain harmonika di gazebo paling hujung di taman tersebut.
            Berdekatan dengan gazebo yang telah menjadi tempat rahsia lepaknya, ada sesuatu yang menarik perhatian Akmal. Di belakang pokok yang menjadi atap gazebo tersebut akan ada seseorang.
            Akmal berjalan ke belakang pokok. “masih ada lagi?” Akmal tersenyum. Gadis bertudung kuning cair yang sebentar tadi khusyuk dengan buku sketch memandang Akmal dan tersenyum. Seketika kemudian, tangan gadis itu menulis sesuatu di buku sketchnya. Kemudian menunjukkan kepada Akmal dengan senyuman.
            ‘mana salam?’
            “sori, sori. Assalamualaikum, Aifa,” tangannya mencapai sesuatu didalam beg sandang. “hari ni lukis ape?” tanya Akmal lembut. Selama ini tak pernah Akmal selembut dengan perempuan lain, tapi gadis ini membuatnya menjadi seperti orang lain bila bersama-sama.
            Aifa menunjukkan muka buka sketch pada Akmal.
            “burung yang hinggap kat dahan pokok?” teka Akmal.
            Aifa mengangguk laju berkali-kali. Gembira Akmal berjaya meneka.
            “burung ape tu?”
            Aifa berhenti senyum. Mukanya sudah berkerut mencari jawapan. Tangannya sudah menggaru-garu kepala. Tanda tidak tahu.
            Akmal tersenyum lebar melihat gelagat gadis itu. Harmonika yang diambil kini sudah berada di bibir. Dibiarkan gaya tersebut sementara memutuskan lagu yang hendak dimainkan dengan harmonikanya.
            Tangannya sudah mula bergerak, bermakna dia sudah memutuskan lagu yang hendak dimainkan. Aifa melihat Akmal bermain. Kagum melihat bertapa lancarnya tiupan harmonika Akmal.
Aifa menulis sesuatu di buku sketchnya. Seketika kemudian, tangannya menarik-narik sedikit hujung baju Akmal.
“kenapa?” tanya Akmal pelik.
Buku sketch ditunjuk sekali lagi.
ape tajuk lagu ni???’ disebelah soalan tersebut terdapat satu lukisan kecil. Mukanya diletak tanda soal besar. Akmal tergelak melihat lukisan kecil itu.
“Auf Flügeln Des Gesanges in german. Orang putih panggil On Wings Of Song” jawab Akmal sambil bergurau.
Aifa mengangguk kecil sambil tersenyum. Akmal kembali menyambung bermain harmonikanya.Beberapa minit kemudian, Aifa turut menyambung lukisan yang tergendala awal tadi sambil menghayati tiupan muzik Akmal.

Akmal mengenali Aifa sejak 10 bulan yang lalu. Di gazebonya, di pokok gadis itu, di taman ini. Harmonika dan buku sketch yang menjumpakan mereka.

Pertama kali Akmal bermain di gazebo, Aifa melihatnya dari belakang pokok. Seperti mahu sama mendengar, dalam waktu yang sama cuba melindungi dirinya. Siapa tahu malang akan mengenai dirinya waktu itu? Akmal tahu dirinya diperhatikan seseorang cuma dia tidak mahu memberhentikan harmonikanya.
Sabtu seterusnya, Akmal datang lebih awal, menunggu orang yang memerhatikannya. Tepat jam empat petang, kereta rover hitam metallic berhenti berdekatan gazebo. Seorang gadis bertudung putih dan bert-shirt kuning cair turun dari tempat duduk penumpang. Tangan kanannya mengepit buku sketch saiz A4.
“minah ni ke yang ngendap aku semalam...” bisik Akmal bersembunyi di belakang pokok.
Gadis itu berjalan ke arah pokok dimana Akmal sedang bersembunyi. sebaik sahaja sampai, gadis itu terus duduk dan membuka buku sketches. Akmal yang bersembunyi dibelakang kagum melihat lukisan-lukisan gadis itu. Sangat kreatif.
“lawa lukisan awak...” eh? Alamak! Kantoi aku. Kalau minah ni jerit, habis larh aku. Akmal sudah menutup mata bersedia mendengar jeritan dari seorang gadis.
Seminit. Dua minit. Masuk tiga minit, Akmal sudah mula berasa pelik tidak mendengar jeritan mahupun sepatah perkataan pun dari gadis itu. Mata yang tertutup dibuka perlahan-lahan. Buku lakaran sudah berada di tanah, kertas-kertas A4 bergambar berselerak di antara Akmal dan gadis itu.Dihadapannya, gadis itu sedang memegang sebatang pensil mekanikal menghala ke arah Akmal. Seperti seorang pemain pedang. Matanya tertutup ketakutan.
“hahahahahaha!” Akmal sudah tidak dapat tahan gelak melihat aksi gadis dihadapannya. “sori. Sori. Saya tak bermaksud nak takutkan awak” sambil mengutip kertas A4 yang berselerak.
Gadis itu membuka mata perlahan-lahan. Takut untuk melihat dihadapannya. Tangan di turunkan perlahan dari posisi pemain pedang.
Ketawa Akmal masih berbaki melihat gerak-geri gadis itu. “sori ye. Hari tu saye perasan awak ngendap saya main harmonika, so saya terpikir nak ngendap awak pulak hari ini. Tapi terkantoi pulak.” Akmal menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Muka gadis itu sudah kemerahan. Malu rahsianya mengendap lelaki dibocorkan oleh empunya badan.
Akmal perasan tiada suara keluar dari mulut gadis itu. Dibiarkan sahaja. Sangkanya gadis itu masih tidak berasa selamat dengannya.
“saya Akmal. Awak?” Akmal mencuba bertanya. Masih tiada suara keluar dari gadis itu.
Helaian A4 terakhir dikutip bersama dengan buku sketch gadis itu. “lukisan awak ade banyak bunga dandelion. Signature nama pena awak pun ‘dandelion’. Awak suka ke bunga dandelion?” perasan Akmal ketika mengutip helaian-helaian lukisan gadis itu. Tetap tiada jawapan.
Tidak puas hati. “awak rasa tak selamat dengan saya ke? Saya paham kalau awak rasa macam tu. Sekurang-kurangnya ucaplah ‘terima kasih’,” hulur Akmal kepada gadis itu. Kali ini Akmal bertentang dengan gadis itu.
Gadis yang dari tadi diam tanpa bicara mengambil huluran buku sketch bersama kertas-kertas. Kepalanya angguk sedikit. Tangan kanannya bergerak perlahan meletakkan di depan dada. Tanda ‘terima kasih’.
Akmal sudah mengagak sesuatu. “awak dengar saya cakap?”
Gadis itu mengangguk. Mukanya tidak menggambarkan sebarang perasaan. Tidak gembira, tidak juga sedih.
“awak paham saya cakap?”
Sekali lagi gadis itu mengangguk.
“awak boleh.....cakap?” hatinya sudah mula berasa serba salah.
Kali ini gadis itu menggeleng perlahan.
“awak.....bisu?”
Gadis itu mengangguk lemah.
Kali ini dia memang berasa amat serba salah. Serba salah mengejutkannya, serba salah menuduhnya dan serba salah insan dihadapannya tidak dapat bersuara, dan dirinya dapat bersuara.
Sungguh dia merasa kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. ketika itu. Dan sungguh dia berasa amat bersyukur masih dapat bersuara sehingga ke hari ini. Akmal teringat kawannya pernah berkata, Allah memberi sesuatu kelebihan bersama kekurangannya, dan juga kekurangan bersama kelebihannya.
Insan disebelahnya, seorang gadis tidak bersuara. Allah menarik kelebihannya untuk bersuara menjadikan dia serba kekurangan, dan Allah juga telah menarik peluang dosa-dosanya untuk bertambah dan memberinya peluang pahala-pahalanya untuk bertambah.

            “aifa. Aifa, tengok ni!”
Akmal cuba untuk menggayakan bahasa isyarat yang baru dibelajarnya semalam.
Aifa terkejut membaca gerakan-gerakan bahasa isyarat Akmal. Tangannya laju mencapai pensil dan buku sketch.
            ‘awak nak bunuh diri ke tak???’ muka Aifa berkerut.
            Akmal yang membacanya lagilah. Hanya menggelengkan kepala sahaja. Aifa pula tergelak kecil. 2 kali ganda blur dari tadi.
            Aifa menulis sekali lagi.
tadi awak nak cakap, awak nak bunuh diri ke tak?’
            Akmal terkejut. “saya nak cakap, ‘awak nak air ke tak?’,” aifa ketawa. Walaupun tiada suara, Akmal tahu yang Aifa ketawa. Dan dia akan gembira melihat Aifa ketawa.
***
“aifa... saya pernah taye dulu, lukisan awak banyak dandelion and your nickname is also dandelion. Memang suka bunga dandelion ke?” Aifa menangguk kuat. Akmal tergelak kecil dan Aifa akan tersenyum balik. “boleh, saya tahu kenapa?”
Aifa menulis sesuatu di buku sketch. Mesti lama agak Akmal. Harmonika ditiup. Lagu Morning Mood.
Buku sketch dihala pada Akmal. Harmonika diberhentikan tiupan. Akmal mengambil dan membaca tulisan gadis disebelahnya.
saya sangat, sangat suka dandelion. Tapi banyak orang tak pandang bunga dandelion ni. kecik. Saya suka sebab...walaupun kecik, rapuh dan takde yang hargai bunga ni, dandelion tetap cuba bertahan untuk hidup. Lagipun bunga dandelion sebenarnya sangat cantik, cuma ramai yang tak perasan’
Aifa menghulurkan sehelai kertas yang sudah siap berwarna.
“dandelion?” tanya Akmal.
Aifa mengangguk dan senyum.
Padang yang dipenuh bunga dandelion, kelopak-kelopak dandelion yang berterbangan ke atas. Warna kuning terang dan cair, warna putih, langit kebiruan dan cahaya matahari keemasan. Sangat cantik. Sungguh.
**************************************************************************
Sudah 2 minggu Aifa tidak datang ke taman. Akmal nekad, hari ini dia akan menghubungi keluarga Aifa. Akmal membuka alamat dan nombor yang diambil secara sembunyi di halaman belakang buku sketch Aifa dahulu di dalam outbox handphone sebagai langkah keselamatan.
“assalamualaikum?”
“wa’alaikummusalam...” kedengaran suara wanita dalam lingkungan 50-an menjawab. Orang gaji barangkali.
“aifa ada tak makcik?”

           
Meter kelajuan motorsikal Akmal sudah mencapai 140 km/j. Lampu merah dilanggarnya. Akmal sudah tak ambil kira segala peraturan jalan raya. Yang penting sekarang ialah Aifa.

            “kawan Aifa ke? Aifa takde. Dia kat hospital...”
            “hospital? Nape dengan dia makcik?
            “kamu tak tau ke? Hari ni pembedahan pemindahan jantung dia. Dia nak derma memandangkan penyakit dia sudah sampai peringkat akhir”

            Sebaik sahaja Akmal sampai ke hospital, dia berlari selaju mungkin ke dalam. Motorsikalnya dibiarkan sahaja dihadapan pintu masuk.
            “cik! Mana bilik pembedahan untuk cik Aifa Iman bt Kamaruddin?!”
            “tingkat 3, bilik 20” jawab jururawat muda itu.
            Akmal terus berlari secepat mungkin. Aifa! Aifa! Aifa!
            “AIFA!!!!”  dihadapannya Aifa sedang terbaring di atas katil pembedahan. “aifa! Pesal tak bagitau pasal semua ni?!” Aifa terkejut. Tidak pernah dia melihat pemuda di depannya meninggikan suara sekuat ni.
            “dia tak nak kamu sedih,” satu suara di belakang menjawab. Akmal pusing. Sepasang suami isteri. Akmal kenal yang lelaki itu. Orang yang sama menghantar Aifa ke taman. Parent aifa?
            “dia takut kamu akan risaukan dia. Dan dia takut layanan kamu pada dia akan berubah.”
            Akmal kembali memandang Aifa. Mata Aifa sudah berair. Tangan kanannya sudah berada di atas dada. Tanda minta maaf. Mahu saja Akmal memegang tangan Aifa tapi dia tahu dia bukan mahram Aifa. Dan pastinya Aifa mahu dirinya dihormati sebagai seorang muslimah sehingga ke akhir. Akmal hanya mampu melihat katil Aifa ditolak ke dalam bilik pembedahan.
            Segala lukisan-lukisan dan buku sketch diberikan pada Akmal atas permintaan Aifa. Salah-satunya gambar dia sedang bermain harmonika dan Aifa sedang melukis, dan mereka dipenuhi bunga dandelion.


            Angin bertiup kuat. “kertas-kertas saya!” jerit seorang gadis. Kertas-kertas yang terselit penuh di buku A4 berselerak diterbangkan angin. Gadis itu berlari memungut kertas-kertasnya.
            Bunyi harmonika terhenti. Akmal turut membantu dengan mengambil kertas yang berhampirannya. Mukanya kelihatan terkejut melihat lukisan bunga di kertas ditangannya. Dilihatnya kertas-kertas yang lain.
            “sape nama awak?!” cemas.
            “erm....Ezza.” sambil memungut kertas.
            “bukan! Nama pena awak?!”
            “dandelion...”
***
KISAH AIFA IMAN
“Cinta... Apa itu cinta? Apa makna cinta? Adakah seperti yang termaktub seperti dalam kamus? Suka, sayang, penting...adakah itu cinta?” Aifa terus menulis coretan hatinya di atas kertas kajang yang kosong.
Aifa memandang ke langit biru. Pecahan cahaya matahari bersinar terang di permukaan baju, buku lakaran serta barang-barangnya yang lain. Di tepinya, ada bunga dandelion sedang bergoyang ditiup angin. Aifa memetik sekuntum dan meniup lembut agar  debunga putihnya berterbangan di udara. Dia tersenyum sendiri melihat debunga diangkat angin. “alam ini dan seni... adakah terhasil kerana ada ‘cinta’?”
Dihujung jalan, datang sebuah kereta proton waja berwarna hitam. Beberapa saat kemudian, kereta itu berhenti di tepi jalan berdekatan dengan Aifa. Sepasang suami isteri keluar mendapatkan Aifa. “Ibu dan abah...serta anak,keluarga... adakah terbentuk kerana ‘cinta’?”
Aifa mengemas semua barang-barangnya sebelum bergerak mendapatkan ibu dan abahnya. Dalam kesibukkannya mengemas, telinga Aifa yang peka dapat menangkap bunyi alat muzik yang jarang orang minat memainkannya. Harmonika.
“Aifa, cepat sini!” panggil ibunya.
Kelam-kabut Aifa mengangkat beg barang-barangnya serta buku lakarannya. Sebelum bergerak,Aifa memandang ke tempat  bunyi itu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia pergi melihat pemilik bunyi itu.
“Aifa?” panggil ibunya lagi. Aifa terus berpaling ke depan dan berlari anak ke arah kereta.
Hari ini bunyi itu berlagu lagi. Aifa memberanikan diri untuk pergi melihat. Perlahan-lahan dia pergi mengintai dari belakang pokok yang rendang berdekatan gazebo.
Ada seorang lelaki sedang duduk bermain harmonika. Ditepinya ada kamera Nikon warna hitam. Aifa mengagak lelaki itu pasti suka mengambil gambar.
Masanya dihabiskan mendengar bunyian yang terhasil dari harmonika itu. Alunan bunyi  yang merdu. Muzik...adakah ianya ciptaan terhasil kerana adanya ‘cinta’? Apa sebenarnya ‘cinta’? Aku ingin tahu...
PRAKKK!
“Siapa!?” Lelaki itu pusing ke belakang mencari-cari punca bunyi sebentar tadi.
Alangkah terkejutnya hati Aifa bila ranting yang dipijaknya patah. Mati terus lamunannya ketika mendengar bunyi harmonika tadi. Dan nasib baik juga tiada suara yang keluar dari mulut kecilnya, kalau tidak, sudah berbunyi jeritannya tadi.
Aifa berhenti dari menghendap dan kembali ke tempatnya. Tidak lama lagi dia perlu pulang ke rumah semula.
Adakah orang bisu, buta, kurang upaya seperti aku tidak layak rasa ‘cinta’?
***
“lawa lukisan awak...”
Tangan Aifa yang laju melakar pemandangan terhenti. Jantungnya bagai hendak terkeluar dari landasan. Dan secara automatiknya, Aifa melompat dari tempat duduknya. Habis semua kertas lukisan A4 miliknya bertaburan.
Orang jahat? Pembunuh? Penculik? Pencuri? Bagaimana ni??? Aku tiada suara untuk menjerit!
“hahaha!”
Gelak? Orang jahat ada gelak macam itu ke?
“sorry. Sorry. Saya tak bermaksud nak takutkan awak...” pinta pemilik suara garau itu.
Aifa memandang orang dihadapannya teragak-agak. Lelaki ini yang hari tu aku intai... Lega hati Aifa. Sekurang-kurangnya bukan orang yang tidak berniat baik ada dihadapannya.
“hari tu, saya nampak kelibat awak intai saya, jadi saya pun teringin juga nak intai awak...” ujar lelaki itu dengan senyuman. Merah padam muka Aifa bila rahsianya mengintai orang itu dibocorkan. 
“lukisan awak ade banyak bunga dandelion. Signature nama pena awak pun ‘dandelion’. Awak suka ke bunga dandelion?”
Aifa tidak bergerak dari tempatnya berdiri dan membiarkan lelaki itu terus berkata-kata sambil mengutip helaian kertas yang berterabur.
“sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih...” nadanya seolah-olah rasa geram Aifa langsung tidak bersuara sepanjang waktu tadi.
‘Nampaknya dia masih tidak tahu lagi. Tak mengapalah...’ Aifa mengangguk dan membuat isyarat terima kasih yang mudah untuk difahami orang.
Tiba-tiba riak muka lelaki itu berubah kelat. Aifa perasan perubahan itu. “Awak dengar saya cakap?” soal lelaki itu.
Aifa mengangguk tanda ‘ya’.
“awak faham cakap saya?”
Sekali lagi Aifa mengangguk.
“awak boleh...cakap?”
Kali ini Aifa menggeleng perlahan.
“awak....bisu?” suaranya lelaki itu semakin perlahan. Ada rasa bersalah dalam nadanya.
Aifa mengangguk. Selepas itu, lelaki itu terus membisukan dirinya. Aifa tahu, dia sedang rasa bersalah. 
Pensel mekanikal ditangan dicuit sedikit ke bahu lelaki itu. Aifa memandang lelaki itu tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya manakala sebelah tangannya membuat tanda ‘good’.  ‘Awak... saya okay. Jangan risau...’
Muka lelaki itu agak bingung pada mulanya. Kemudian dia terus ketawa besar. Aifa pula yang rasa pelik dengan sikap lelaki itu.
“awak kan memang kelakar, tak selari dengan rupa awak! Saya Akmal...” lelaki itu perkenalkan dirinya.
Aifa terus menyelak kertas buku lukisannya mencari mana-mana helaian yang boleh diconteng. Pensel mekanikal terus berlari laju menulis sesuatu di muka kertas.
‘Aifa Iman bt Kamarudin’
“hahaha!” sekali lagi dia ketawa. “boleh panggil Aifa?”
Aifa mengangguk senyum. Dia mendapat seorang lagi kawan yang tidak ambil kisah tentang kekurangan dirinya. Alhamdulillah...
***
Adakah cinta itu milik semua?
Aifa memandang Akmal yang sedang leka meniup harmonika setelah penat mengambil gambar-gambar untuk portfolionya. Minggu lepas, Akmal cuba berbual dengannya menggunakan bahasa isyarat. Hati Aifa berasa sangat gembira. Ada juga orang yang sudi berusaha sesuatu deminya.
Aifa menutup mata sambil melayan alunan merdu lagu yang dimain Akmal. Suara doktor peribadinya mula terngiang di minda. ‘Aku ada lagi 6  bulan lagi...’.  Hatinya jadi berat untuk tinggalkan dunia yang baru dia kenali bersama Akmal.
Bila Aifa membuka mata, kereta proton waja milik abahnya sudah berada ditempat selalu. Aifa terus berlari mendapatkan kereta dan meninggalkan Akmal kehairanan.
Cinta itu kejam atau bahagia?
***
“Aifa, kenapa tak beritahu!?” soal Akmal dengan suara kuat.
Air mata Aifa mengalir laju. Aifa membuat isyarat, ‘Maaf awak... Saya tak nak awak sedih...’
“Aifa!?” jerit Akmal lagi dengan linangan air mata.
‘Saya tak berani... Saya takut nak tinggalkan dunia yang ada awak... maaf awak...’ Tangan Aifa diturunkan ke atas katil dan memberikan senyuman terakhir sebelum masuk ke bilik bedah.
Sebaik sahaja Aifa masuk, sepucuk surat diserahkan kepada Akmal oleh ibu Aifa.
salam,
            Awak, maaf. Kalau saya ada suara, saya nak beritahu berkenalan dengan awak pada saat terakhir saya adalah harta yang paling bernilai bagi saya. Awak sangat penting buat saya sehingga saya rasa berat hati untuk tinggalkan dunia ini. Kalau ini ‘cinta’, semoga orang seperti saya layak merasainya. Lukisan-lukisan saya, semoga awak sudi terima semuanya sebagai tanda terima kasih untuk segalanya.
Bagi saya, cinta itu umpama dandelion. Puncanya satu, tapi hasilnya akan tersebar luas dan tidak akan pernah tamat.
Salam terakhir buat Akmal dari Aifa Iman...

That boy is my girl a.k.a Kau Gadisku 2

                Alya bangkit dari katil menuju ke jendela berhampiran. “Silau!” tangan kirinya mengangkat tinggi menutup sebahagian cahaya pagi dari pandangan matanya manakala tangan kanannya mengungkai sebahagian langsir yang diikat kemas. Gelap sedikit bilik Alya.
               
Bingkai foto wanita tua dicapai. “Selamat pagi, nek” bibir kecilnya mengukir senyuman manis. “Alya rindu nek lebih dari semalam” foto sekeping itu dikucup.

                Snowcap kelabu di birai katil king size disarungkan ke kepala. Rambut belakang yang sudah separas bahu diselupkan ke dalam topi. Manakala rambut depannya dibiarkan menutup dahi luasnya.

                TOK! TOK! TOK!

                Pintu brunette di buka perlahan. Gadis berpakaian gaun maid Lolita muncul. “Tuan dan puan panggil makan cik di ruang makan”

                “Encik” dingin pandangan Alya membetulkan panggilan hormatnya. “atau tuan muda” Alya terus bergerak meninggalkan bilik tidurnya lengkap berpakaian uniform sekolah elit lelaki.

               
                “Alya, mari sini makan” lembut suara Puan Eliza menjemput anak tunggalnya makan bersama-sama.

                “ALEX!” jerit Alya.

                Terkejut Puan Eliza mendengar suara jeritan Alya. Satu rumah agam itu dapat mendengar gema suaranya. “Alya...”

                “Aku dah kata panggil aku ALEX!” bentaknya. Dia terus berjalan ke pintu utama menghiraukan puan rumah.

                “tuan...” Chauffeur muda yang berada didalam kereta bergegas keluar membukakan pintu.

                “sekolah...” hanya sepatah arahan dari Alya.


                Sepanjang perjalanan Alya hanya membatukan diri. Matanya tidak lepas dari melihat langit biru. Rasa sedikit bebas dan segar.

                Sejak tinggal di rumah itu, sepanjang masa dia asyik marah dan tidak tentu. Rimas sangat berada satu tempat dengan ‘mereka’.

                “nek...” Alya menuturkan patah perkataan itu separa sedar. Rindunya pada nenek makin membuak.

                “tuan muda... kita sudah sampai” Chauffuer itu bersuara. Perlahan sahaja suara lelaki muda itu.

                “trimas...” Alya bergerak keluar dengan lemah.
****

                Rahn menjeling ke cermin pandang belakang. Amboi... Bengisnya muka tuan muda baru aku ni. Macam naga dalam Dragon Ball pun ada. Rahn menggaru kepala sedikit. Dia yang baru ke aku yang baru sebenarnya ni... Aku baru start hari ni, suka hati aje cakap dia pulak tuan baru aku.

                Lampu merah. Kereta Mercedes bertukar gear dari Drive ke Park. Rahn menjeling tuannya lebih teliti. Kecilnya badan...kulit pun licin. Tak padan dengan ‘laki-laki’ langsung. Nampak macam perempuan aje. Tapi, kenapa macam familiar aje ni...

                PON!!!

                Owh mak kau kantoi! Nak terloncat jantung Rahn terkejut takut-takut kantoi dia curi tengok tuan sendiri. Sabarlah,aku nak geraklah ni! Marah Rahn dalam hati.

                “maaf tuan muda...” teragak-agak Rahn memohon maaf atas kecuaiannya. Sudahlah mood tuannya hari ini tak berapa baik, karang tak pasal-pasal kena maki. Paling teruk pun kena pecat!

                Rahn menjeling sedikit ke belakang. Kaku dan diam. Dia melihat tuannya melihat kosong ke luar.

                “nek...”

                Nek? Nenek ke? Rahn berpura-pura membetulkan cermin sementara mencuri pandang muka tuannya. Terdiam Rahn melihat tuan mudanya. Mata tuannya berair sedikit.

                “Tuan muda...Kita dah sampai.” Ujar Rahn dengan berat hati. Terasa sedikit simpati pada tuannya walaupun tidak tahu hal sebenar.

                “trimas...” Rahn melihat tuannya keluar dengan lemah. Tuan...

                “Tuan!”

“ya?”

Apa aku buat ni??? Kenapa aku terpanggil dia tadi ni? “err....Tuan nak saya tunggu?”

“tak apa...” Mata Alya melihat chauffeurnya. Redup.

“Rahn...”

“tak apa, Rahn. Kalau saya nak awak ambil nanti saya call. Saya da ada nombor awak” Alya terus bergerak pergi ke kawasan sekolah.
****
               
                “Tuan?”
               
Alya berpaling ke tepi. Tangan kanannya menggenggam sepenumbuk. Badannya separuh terbaring atas tanah bersama seorang pelajar lain yang hampir 2 kali ganda lebih besar dari Alya. Mukanya sudah comot dicalit serbuk-serbuk kecil berwarna coklat pekat.

                “Rahn?”

                Pemandu kereta mewah milik keluarga Alya berdiri kaku melihat situasi itu. Apa yang da jadi? Bingung kepalanya mencari konklusi.

                “Apa kau buat kat sini!?” jerit Alya.

BUK!

Genggaman yang terhenti tadi sudah hinggap ke muka lelaki itu.

Rahn masih diam. Terperanjat melihat gerakan tuan mudanya. Nampak sahaja  badan kecil, tapi kekuatannya lebih kuat dari lelaki bersaiz 2 kali ganda tadi.

                “Rahn, belakang kau!” jerit si tuan muda.

                BANG!

                Pandangan Rahn menjadi kabur. Gambar terakhir sebelum matanya tertutup adalah tuan mudanya bangkit dan menumbuk salah seorang lelaki di situ.

                Masalah apa yang aku da babitkan diri ni... Aduhai...


                Mata Rahn pejam celik. Cahaya lampu neon membuat Rahn menutup sedikit matanya. Silau. Beberapa minit terbaring, dia cuba untuk bangun.

                “Ades!!!” ngaduhnya. Serasa ada benda tajam menusuk lehernya.

                “Nah!” bungkusan plastik berwarna merah dihulur.

                Rahn mengangkat pandangan ke suara kecil itu. Tuan...

                “Ais” pendek sahaja penjelasan Alya.

                Rahn mengambil bungkusan ais tanpa banyak kata. Sakit di leher lagi penting! Bungkusan tadi diletak perlahan ke bahagian yang sakit. Berkerut mukanya menahan sakit. Pedihnya!

                Diam.

                Rahn menjeling ke hujung sudut. Tempat tuannya duduk. Tangan tuannya sibuk mengoyak hansaplast dan menampal ke bahagian luka.

                “sakit ke?” soal Rahn.

                “Em...” jawabnya acuh tak acuh.

                Diam lagi. Masing-masing sibuk dengan luka sendiri.

                Tuan aku ni memang tak banyak cakap ke?

                Alya bangun dan bergerak pergi.

                “Tuan nak pergi mana!?”

                “Baliklah. Cepat!” Arahnya.

                Betullah...tuan aku ni memang macam naga...

****
                Alex, jumpa kitorang kat tempat biasa.
                                                                -Shun-

                Senyum lebar Alya bila mendapat mesej dari sahabat baiknya. Rindu juga walau rasa geram dipermainkan Shun pada hari itu masih belum hilang.

                Hari itu...?

                “Damn! Aku kan kerja dengan Shun!” Ingat Alya tiba-tiba. Da berapa hari aku hilang ni... Alya mengira dengan jari tangannya. Matilah aku...

               
                “Yo, Karl” Jerit Alex.

                Karl hanya membalas dengan mengangkat tangan.

Di sebelah kanan Karl, Shun sedang duduk bersama PDA. Serius daripada biasa. Alex menghembus nafas. Gentar. Mintak-mintak Shun tak naik angin...

“Err...wassup, Shun”

Shun menjawab dengan jelingan. Baru sekarang budak ni muncul dengan selamber je? Dekat 3 minggu dia tak masuk kerja bukan nak inform majikan apa-apa. Buat aku risau aje. Nasib baik dia muncul sebagai Alex bukan Alya. Nak aje aku sekel budak seorang ni.

                “A...hahaha...” cepat-cepat Alex berpaling pandangan. “Karl. Karl! Yok kita pergi lepak fastfood!” sambil menarik lengan Karl.

                “A...Lex...” cermin mata ditolak dengan jari telunjuk. PDA ditutup laju.

                Meremang bulu Alex. “Ahahahaha!” makin kuat dia gelak.

                “Mana kau nak pergi...” Shun semakin mendekati Alex.

                “Ka....Karl, jom!”  Ales sudah bersiap sedia mahu lari dari tapak perjumpaan diorang bertiga.

                “Alex...” Tangan Karl sudah menggenggam kuat lengan Alex. “Sorry” Rasa bersalah pula berpakat dengan Shun nak paksa si Alex ni belajar. Peperiksaan penting mereka sudah makin dekat. Kalau tak paksa, mesti dan pasti budak Alex ni tak belajar langsung!

                “Korang pakat nak buat apa ni!?” Alex mula rasa cemas bila lihat riak serius pada wajah Shun dan Karl. Tak pernah selama ni diorang macam ni. Jangan jangan Shun dan Karl da tahu aku ni perempuan!

                “Duduk situ” Arah Shun.

                Alex duduk mengikut arahan. “Gulp”, air liur ditelan. Garang pulak si Shun hari ni. Seram! Tuhan, tolanglah jangan biar diorang tahu! Aku tak mahu kehilangan mereka pula... 


Mata Alex menjenguk ke atas. Karl dan Shun sedang berbincang tentang sesuatu. Gegendang telinga cekap menangkap beberapa patah frasa klu persoalan dalam medulla oblongata. ‘Paksa dia juga’. Berpeluh sejuk tangan Alex dengan tiga patah perkataan tersebut. Paksa? Paksa aku terus terang ke? Maknanya betullah diorang berdua da tau aku ni bukan...

Karl dan Shun berpaling muka menghadap Alex.

                “Alex...” Shun duduk berdepan dengan Alex. Matanya tepat memandang mata Alex. “Aku nak tanya kau satu soalan. Tapi sebelum tu, aku kau beritahu hal yang sebenar dulu...”

                “Hal sebenar? Hal ni ke yang kau nak paksa dia?” Karl turut bertanya hairan.

                “Hal sebenar? Benar yang macam mana kau nak ni, Shun? Ahahaha...” terketar-ketar suara Alex hendak berbalas tanya.

                “Kau nak cakap, atau kau nak aku cakap sendiri?” balas Shun kembali, bermain pertanyaan.

                Muka Alex sudah berpeluh sejuk. “Aku tak fahamlah. Hal sebenar apanya?!” 

-sambung (saje je stop kat situ...hehe)

HATI BESI |When a Muslimah fall in love|

salam.... lama giler x update blog smpai berhabok...hahaha....busy ngan final sem...sori readers~ nah new cerpen...

cover by Bell...(thanks~)

Nur Laila nama diberi. Bukanlah terlalu baik untuk berniqab, bukanlah juga jahil sehingga tidak tahu membezakan baik dan buruk, benar dan palsu, halal dan haram. Tidak pernah terpaut rasa, tersentuh perasaan, malah tercuit rasa untuk bercinta kerana dia bukan mudah untuk menyukai hamba Allah yang datang dari kaum Adam. Ada sahaja menggelarnya ‘hati besi’, perlukan api sang naga untuk meleburkannya. Namun sekeras mana hatinya, bisa juga cair bila bertemu pemilik tulang rusuk.  Kisah cinta yang bermula dari sebuah pergaduhan...

LAILA berhenti berjalan. Jejaka yang mengiringinya turut sama berhenti. Intuisinya seakan dapat mengesan gadis muslimah di sebelahnya terasa hati dengan hujah awal tadi. “Awak, sorry...  saya tak sangka awak terasa...”
“Ya, hati saya memang keras macam besi!” ujar Laila kuat seakan menjerit. “Tapi, sekeras mana pun hati seorang wanita, ianya tetap akan lembut bila berdepan dengan lelaki yang disukainya!”kelopak matanya mula berair.
                Idz tergaman mendengar luahan si gadis bertudung dihadapannya. “Laila, saya...awak...”  itu sahaja yang mampu keluar. Fikirannya buntu ingin mencari kata-kata yang rasional sebagai balasan. Melihat seorang gadis dihadapannya makin membuat dia tidak menentu.
                Poket seluar diseluk mencari sesuatu yang boleh diberi kepada si gadis untuk mengesat air mata. “Awak...” Idz maju setapak.
                “Jangan dekat!” jerit Laila sambil teresak-esak.
                “Laila...” Idz tetap berkeras mahu menghampirinya.
                “I said, jangan dekat!!!”
                Tersentak hati Idz. “Saya minta maaf kalau kata-kata saya tadi mengguris hati awak. Saya langsung tiada niat...” sapu tangan yang ingin diberikan pada Laila tadi, Idz letakkan di atas jalan tempat dia berdiri. “Assalamualaikum, jumpa lagi Laila...” ucap Idz dengan pandangan yang redup sambil berlalu pergi.

                “Zah.....” Laila muncul di muka pintu bilik Izzah.
                Izzah angkat kening sebelah. Sudu berisi aiskrim cedok rainbow jenama Walls disuap ke mulut. Apa kenalah dengan minah rocker seorang ni? “Kau apa fasal Laila? Muka monyok macam tempoyak basi aje...”
                “Izzahhhhh.....” muka Laila makin sedih.
                “Ya?! Panjang enam harkat da kau sebut nama aku tu. Apa jadi sampai kau jadi awek bunga berembum pagi ni?” amboi, personifikasi kau Izzah... Cikgu Bahasa Melayu sekolah pun boleh pening kalau dengar!
                “Aku da terkantoi dengan dia...”
                Jatuh rahang si Izzah. “Kau! Bukan kau tak nak...”
                “Aku ter...  Zah“ Laila mula menceritakan pada Izzah bagaimana dia boleh terberitahu akan perasaannya.
“Aku rasa macam nak hantuk kepala ni pada dinding aje. Biar hilang ingatan yang memalukan itu... Perempuan yang confess... aduh, mesti dia ingat aku muka tak tahu malu!” Laila menekup muka.
“Eh, lepak la... tak ada siapa cakap pun kalau perempuan buat first move salah. Masa nabi Muhammad dulu, siapa yang pinang siapa? Isteri baginda kan? So, kau lepak aje dulu, okay? Tenangkan minda kau dulu ke...” Pujuk Izzah.
                “Izzahhhh... malu weh! Aku nak lari pergi Siam! Tak mahu balik lagi!!!”
                “Hek eleh  kau. Duit kau itu pun orang bagi, nak pergi Siam konon. Lepaklah dulu. Bagi time sama-sama tenang... Kalau tak aku cepuk korang berdua nanti!” tangan kanan Izzah diangkat membuat gaya mahu memukul Laila.
                “Izzah....” Laila membuat muka simpati ala-ala kucing parsi minta makanan.
                “Ya. Ya, aku tahu... Kau tak usah fikir sangatlah, okay? Baik kau sambung study dulu ke, buat apa-apa yang patut biar lupa kejap...” cadangnya.
                “Bukan...aku nak aiskrim kau sikit?” tanya Laila bergurau dengan muka tempe.
                Membulat mata si Izzah. Aku serius, dia main-main pula! “Tak boleh!”

                Seminggu sudah berlalu. Laila masih tiada keberanian untuk bersua dengan Idz. Rasa malu masih tetap ada. Setiap hari pasti kejadian waktu itu bermain di mindanya. Pening kepalanya memikirkan.
                Pandangan Laila silih berganti pada buku di atas meja yang sedia terbuka dan laptop di atas katil. Malas mahu ulang kaji! Laptop terus disambar. Tidak lain lagi, Facebook yang dicarinya dahulu. Agak lama juga Laila tidak membuka akaun Facebook, takut terserempak dengannya di alam maya.
                Lepas sejam menggodeh akaun dan memberi komen di akaun kawan-kawan, Laila teringin melihat akaun lelaki itu. Di ruangan search Laila menaip namanya, Idz Amri.
Page  akaun Idz terpapar dalam beberapa minit. Laila skrool ke bawah, melihat satu per satu entry post olehnya. Semuanya berkaitan Islam, masakan dirinya lebih kepada ayat-ayat kosong. Laila mengukir senyum sedih. Hatinya seakan terasa perbezaan diantara mereka.
‘Dia baik... aku? bukanlah baik sangat...’ Hatinya berbisik. Mungkin aku memang tidak layak untuk dia. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, begitu juga perempuan... Aku tidak cukup baik untuknya.
Butang ruangan sembang ditekan. Nama Idz Amri tidak kelihatan sedang online, namun Laila tetap menekan. Ruangan sembang keluar. Laila membaca kembali perbualan sembang mereka sebelum ini berkali-kali dan mengenang kembali waktu dia masih boleh bergurau senda bersama Idz. Sapu tangan yang ditinggalkan Idz pada hari itu, dikeluarkan dari laci. Laila menatap lama sapu  tangan itu.
Pop!
Idz Amri: Assalamualaikum, Laila...
“oh, mak kau pocot!” laju Laila menutup laptop gara-gara terkejut Idz Amri menghantar mesej di ruangan sembang. Nak terkeluar jantung pun ada juga! Tengah dalam keadaan angau boleh pula dia muncul. Tak kasi can betullah!
Laila mengurut-ngurut jantungnya. Berdegup laju macam orang baru habis lari pecut 100 meter. Boleh pendek satu tahun umur aku kalau selalu macam ni!

“Aik? Baru hantar salam, terus offline?” Idz menggaru kepala yang tidak gatal.
Laila...  Suara keluhan kedengaran perlahan. Yang hari itu, luahan perasan atau bukan? Bingung kepalanya mencari jawapan. Lagi pening dirinya semasa si gadis itu menangis tiba-tiba. Serius, buntu waktu tu! Kaku. Tak tahu nak buat apa...
“Astaghfirullah...” Ya Allah, aku telah membuat seorang Hawa menangis. Lelaki apakah aku ini sehingga mengguris hati seorang gadis...  Terutamanya bukan mahramku.
Huh? Mahram?
Idz laju mengambil telefon bimbit, mencari nama adik perempuannya. “Macam manalah aku boleh terlupa aku ada adik perempuan ni...” Idz menepuk dahi.
“Sis...cepatlah angkat...” rungutnya sambil jari mengetuk laju hujung meja belajar.
“Assalamualaikum, hell”
“Waalaikumusalam! Izzah, Laila okay tak?!” soal Idz laju memotong salam adik perempuannya.
Izzah membuat muncung, walaupun dia tahu Idz takkan nampak. “Abang nak berbual dengan Izzah ke Laila ni?”
“Errr... dengan Izzah lah...”
Izzah mengukir senyum. Nak mengusiklah tu... “Laila okay lah...  Yang abang nak risau risau ni kenapa? Dia bukan ADA APA APA pun dengan abang...” Sengaja Izzah menguatkan suara pada ‘ada apa apa’ itu.
“Ceh... Kerja nak mengusik orang aje. Abang bagi title adik derhaka baru tahu...” ugut Idz menyambung gurauan mereka.
“Eleh... takat dia lahir awal dua minit je pun nak berpangkat...”
“Awal tak awal, pangkat tak pangkat, abang tetap abang...  Ha.Ha.Ha!”
“Keji punya abang... Tak mahu tolong baru tahu...” Izzah gelak besar dalam hati. Padan muka hang. Haha!
“Tolong? Tolong apa?” Idz kehairanan.
“Laila. Confession. Nangis. Jalan raya. And abang.” Sengaja si Izzah buat ayat putus-putus tu.
Idz telan air liur. “Izzah da tahu ke?”
“DAH!” jerit Izzah kuat.
Idz telan air liur sekali lagi. Garangnya si Izzah hari ni. “Uit, sis. Marah ke?”
“Mestilah! Abang buat best friend Izzah sampai menangis!”
“Sorrylah... Dia tiba-tiba nangis. Abang jadi pening. Kaku terus macam patung. Mana pernah ada perempuan nangis depan abang selain Izzah. Itupun masa kita kecil-kecil dulu. Memandangkan Izzah da tahu cerita, betul ke Laila...err kat abang....urmmm suka?” Tangan kanannya menggosok-gosok belakang leher. Tabiatnya bila sedang berasa segan atau malu.
“Dia kan da bagitahu! Ya lah!” Marah si Izzah masih belum reda.
“...oh” Idz terdiam. “Izzah, abang tak tahu nak bagi jawapan macam mana... and dia pula macam nak avoid abang aje... tolonglah abang, Izzah...” rayu Idz.
Izzah mengeluh perlahan. “Abang, bukan Izzah tak nak tolong. Ini decision yang abang kena decide sendiri. Kalau Izzah kena pilih side mana Izzah nak sokong pun, Izzah akan pilih sokong Laila, abang... Laila tu baik. Hope abang dapat decide yang terbaik untuk abang and Laila... Sorry, abang...Assalamualaikum...”
“Waalaikumusalam...” Punat tamat panggilan ditekan.
Memilih dan dipilih. Agaknya yang mana satu paling mudah? Ya Allah, aku minta dengan rasa rendah diri agar Kau berikan aku petunjuk-Mu. Jika dia yang diciptakan untukku, dekatkanlah hati kami, jika bukan jauhkanlah hati kami. Dan semoga Kau berikan apa yang benar untuk hati kami. Amin, ya Allah...

Laila melihat dirinya di cermin. Bukanlah bertudung labuh. Bukan berjubah. Hanya t-shirt  dan jeans. Idz pasti mahu gadis yang sebegitu. Pasti dia tidak akan memilih aku. Terasa pedih di mata.
Lebih baik kecewa sekarang dari kecewa yang lebit teruk kemudian, kan?
Sedih...
“Laila? Aku masuk ya?” Izzah muncul di muka pintu.
“Masuklah...” jawab Laila lemah.
“Kau okay?” soal Izzah risau. Sudah masuk dua minggu abangnya, Idz tidak berkata apa-apa sebagai jawapan kepada situasi ini.
“Aku okay lah. Macam aku ni orang sakit pula... Duduklah Zah” Laila turut mengambil duduk di atas katil.
Izzah amati wajah Laila. Tidak bermaya. Perempuan... dimulut kata lain, dihati lain. Faham sangat kerana dia sendiri juga wanita. “Kau ni... Aku tak tanya kau, aku tanya hati kau tu sihat tak?”
“Sedih...”
Izzah senyum lemah. “It’s okay, Laila. Sedih sekarang, bahagia di masa depan.”
“Zah... Aku rasa dia takkan terima aku... Dia, baik. Aku? Biasa aje, dah lah ganas pula tu... tak layak, Zah... Tengoklah aku, t-shirt and jeans. Kalau macam kau mungkin sukalah, pakai jubah, tudung labuh...” Luah Laila.
“Apa kau merepek  ni? Dia takkan syok kat aku punya. Hujah kau tak boleh pakai...” Sebab dia abang kembar aku! “Dengar sini Laila. Kau kena tahu perbezaan watak dan watak yang diperwatakkan...”
“Huh? Dalam sangat maksudnya...”
“ambil contoh aku. Watak aku ialah seorang perempuan, sejauh mana aku pergi, sebagaimanapun perangai aku, tidak akan lari dari asasnya sebagai seorang perempuan. Dan watak yang diperwatakkan ialah aku yang telah disarungkan satu watak yang lain. Ya, aku memakai jubah, bertudung labuh. Rakan-rakan yang sama sepertiku mengharamkan berputiknya rasa cinta dalam hati mereka atas sebab ianya bakal mengundang zina hati. Tapi ianya salah, ada rasa cinta itu tidak salah. Tiada satu sunnah pun mengatakan ada rasa cinta itu salah...”
Laila tidak dapat memberi kata bidas. Watak dan watak yang diperwatakkan... Aku berada dimana?
Ya Allah, semoga rasa ini adalah benar dan demi-Mu, bukanlah hanya nafsu dan sekadar permainan jiwa...

Sudah masuk tiga minggu, Idz menjadi semakin bingung. Mana satu yang patut dia pilih? Hendak bercerita sesama sahabat terasa malu, dipendamkan sahaja selama ni. Hanya didalam doa dia meluahkan segala rasa agar mendapatkan petunjuk yang benar dari-Nya.
Hari ini, Idz mahu menghabiskan hari sabtunya di surau berdekatan rumahnya. Mahu berasa tenang dan lebih dekat pada-Nya. Dari pagi sehingga ke asar, Idz duduk menghabiskan waktunya dengan membuat kerja-kerja membersihkan surau.
“Assalamualaikum, Idz...” ucap seorang pemuda.
“Waalaikumusalam, ustaz Adam...” balasnya bersama senyuman. Ustaz Adam ialah bilal surau ini. Antara ustaz yang menjaga surau ini, Idz paling rapat dengannya kerana rumahnya sebaris jalan. Hanya beza 3 buah rumah sahaja dari rumah sewa Idz.
“Apa tidak mahu pulang ke rumah?”
“Belum rasa mahu pulang lagi...” Idz menjawab dan memberikan senyuman.
“Saya tengok, Idz seperti ada masalah. Mahu berkongsi?”
***
                “Sepatutnya Idz berasa beruntung menjadi pilihan seorang muslimah. Bukan semua lelaki beruntung seperti kamu. Saya sendiri perlu berusaha untuk dapatkan isteri saya ini. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan kerjamu mencari bidadari di dunia...”
                “Saya sedar akan itu, ustaz. Cuma, diri saya ni yang masih keliru dan ragu. Tidak tahu jalan yang perlu dipilih. Susahnya ustaz menjadi seorang yang kena memilih...” luahnya. Benar, itu yang menyekat dirinya untuk memberi jawapan kepada Laila.
                “Berapa lama sudah kamu fikirkan perkara ni?” soal Ustaz Adam.
                “Ada dalam tiga minggu... Kenapa ustaz?”
                “Subhanallah... seksa yang memilih, lagi seksa yang menunggu untuk dipilih...  Jangan biarkan wanita berhentikan tangisannya sendiri kerana pada waktu itu perasaannya sudah pudar dihakis air mata...”
                Idz terdiam. Benarkah yang dipilih lebih terseksa? Selama ini aku hanya fikir tentang diriku sahaja... Ya Allah... ampunkan aku...
                “Memilih pasangan itu bukan susah, Idz. Tidak perlu mencari yang sempurna, cukuplah kasihnya pada kita, akhlaknya serta agama ada dalam dirinya...” nasihat ustaz Adam lagi.

                Huh? Izzah mengangkat kening sebelah melihat nama si pemanggil di telefon bimbit.
                “Assalamualaikum. Sis, tolong abang sikit...” Idz terus menyambung ke tujuannya tanpa menunggu berjawab salamnya.
                “Waalaikumusalam. Tolong apa?”

                “Aku malaslah Izzah nak keluar rumah....” rungut Laila di hujung talian.
                “Alaaa, kau ni. Parent aku ajak makan sekali pun malas. Bukan kau kena bayar pun... Makan spaghetti  ni. Aku tahu ni favourite kau kan? Jom lah...” Goda si Izzah tidak berputus asa.
                “Hurghhhh...” rengus Laila. Tengah mood bermalas-malasan ni nak suruh keluar pula. Nasib baik dia goda makanan kegemaran aku. “ Ada siapa aje?”
                Izzah senyum lebar. Setuju nak datanglah tandanya tu. “Ada family aku ajelah... Jiran-jiran aku segan nak datang...” Izzah melawak cuba untuk ceriakan perbualan mereka.
                “Ya, ya...kejap lagi aku sampai. Tempat biasa tu ke?”
                “Yup!” kuat suara Izzah seperti teruja.
                “Tak jerit pun aku boleh dengarlah... Aku siap dulu. Tunggu tau!” Talian dimatikan. Laila terus bersiap selaju mungkin untuk ke tempat yang dijanjikan.
                Sebaik talian diputuskan, Izzah menoleh ke kiri. “Settle big bro...”
                Idz membalas senyuman. “Thanks, little sis. Owe you a big one...”

                Laila berdiri kaku ditepi meja yang didiami empat orang, dua perempuan dan dua lelaki. Ibu dan ayah Izzah serta... Idz?!
                “Sini, duduk sini Laila...” Izzah mengajak bila melihat Laila sudah kaku terkejut.
                “Izzah, apa ni?” bisik Laila.
                “Betullah family aku. Parent aku and ni abang kembar aku, Idz Amri...” balas Izzah berbisik juga.
                “Kembar kau?!” mata Laila membesar. Tidak percaya.
                Izzah kembali menghadap meja. “Ibu, ayah. Ni best friend Izzah. Nama dia Laila!” Teruja Izzah memperkenalkan Laila kepada ibu bapanya.
                “And...” Idz pula menyambung, “orang yang Idz mahu bernikah suatu hari nanti”, dengan selamba Idz mengakhiri sesi perkenalan Laila dengan sebuah lamaran.

                Kisah cinta kami mungkin bermula dengan satu pergaduhan tetapi diakhiri dengan satu takdir. Hati ini bukan sengaja mencipta besi untuk dilindungi, tetapi untuk melihat siapa yang mahu mencairkannya. Kerana bila muslimah ini mula jatuh hati, dia akan tetap pada satu demi yang SATU.

Facebook Twitter RSS