That boy is my girl a.k.a Kau Gadisku 2

                Alya bangkit dari katil menuju ke jendela berhampiran. “Silau!” tangan kirinya mengangkat tinggi menutup sebahagian cahaya pagi dari pandangan matanya manakala tangan kanannya mengungkai sebahagian langsir yang diikat kemas. Gelap sedikit bilik Alya.
               
Bingkai foto wanita tua dicapai. “Selamat pagi, nek” bibir kecilnya mengukir senyuman manis. “Alya rindu nek lebih dari semalam” foto sekeping itu dikucup.

                Snowcap kelabu di birai katil king size disarungkan ke kepala. Rambut belakang yang sudah separas bahu diselupkan ke dalam topi. Manakala rambut depannya dibiarkan menutup dahi luasnya.

                TOK! TOK! TOK!

                Pintu brunette di buka perlahan. Gadis berpakaian gaun maid Lolita muncul. “Tuan dan puan panggil makan cik di ruang makan”

                “Encik” dingin pandangan Alya membetulkan panggilan hormatnya. “atau tuan muda” Alya terus bergerak meninggalkan bilik tidurnya lengkap berpakaian uniform sekolah elit lelaki.

               
                “Alya, mari sini makan” lembut suara Puan Eliza menjemput anak tunggalnya makan bersama-sama.

                “ALEX!” jerit Alya.

                Terkejut Puan Eliza mendengar suara jeritan Alya. Satu rumah agam itu dapat mendengar gema suaranya. “Alya...”

                “Aku dah kata panggil aku ALEX!” bentaknya. Dia terus berjalan ke pintu utama menghiraukan puan rumah.

                “tuan...” Chauffeur muda yang berada didalam kereta bergegas keluar membukakan pintu.

                “sekolah...” hanya sepatah arahan dari Alya.


                Sepanjang perjalanan Alya hanya membatukan diri. Matanya tidak lepas dari melihat langit biru. Rasa sedikit bebas dan segar.

                Sejak tinggal di rumah itu, sepanjang masa dia asyik marah dan tidak tentu. Rimas sangat berada satu tempat dengan ‘mereka’.

                “nek...” Alya menuturkan patah perkataan itu separa sedar. Rindunya pada nenek makin membuak.

                “tuan muda... kita sudah sampai” Chauffuer itu bersuara. Perlahan sahaja suara lelaki muda itu.

                “trimas...” Alya bergerak keluar dengan lemah.
****

                Rahn menjeling ke cermin pandang belakang. Amboi... Bengisnya muka tuan muda baru aku ni. Macam naga dalam Dragon Ball pun ada. Rahn menggaru kepala sedikit. Dia yang baru ke aku yang baru sebenarnya ni... Aku baru start hari ni, suka hati aje cakap dia pulak tuan baru aku.

                Lampu merah. Kereta Mercedes bertukar gear dari Drive ke Park. Rahn menjeling tuannya lebih teliti. Kecilnya badan...kulit pun licin. Tak padan dengan ‘laki-laki’ langsung. Nampak macam perempuan aje. Tapi, kenapa macam familiar aje ni...

                PON!!!

                Owh mak kau kantoi! Nak terloncat jantung Rahn terkejut takut-takut kantoi dia curi tengok tuan sendiri. Sabarlah,aku nak geraklah ni! Marah Rahn dalam hati.

                “maaf tuan muda...” teragak-agak Rahn memohon maaf atas kecuaiannya. Sudahlah mood tuannya hari ini tak berapa baik, karang tak pasal-pasal kena maki. Paling teruk pun kena pecat!

                Rahn menjeling sedikit ke belakang. Kaku dan diam. Dia melihat tuannya melihat kosong ke luar.

                “nek...”

                Nek? Nenek ke? Rahn berpura-pura membetulkan cermin sementara mencuri pandang muka tuannya. Terdiam Rahn melihat tuan mudanya. Mata tuannya berair sedikit.

                “Tuan muda...Kita dah sampai.” Ujar Rahn dengan berat hati. Terasa sedikit simpati pada tuannya walaupun tidak tahu hal sebenar.

                “trimas...” Rahn melihat tuannya keluar dengan lemah. Tuan...

                “Tuan!”

“ya?”

Apa aku buat ni??? Kenapa aku terpanggil dia tadi ni? “err....Tuan nak saya tunggu?”

“tak apa...” Mata Alya melihat chauffeurnya. Redup.

“Rahn...”

“tak apa, Rahn. Kalau saya nak awak ambil nanti saya call. Saya da ada nombor awak” Alya terus bergerak pergi ke kawasan sekolah.
****
               
                “Tuan?”
               
Alya berpaling ke tepi. Tangan kanannya menggenggam sepenumbuk. Badannya separuh terbaring atas tanah bersama seorang pelajar lain yang hampir 2 kali ganda lebih besar dari Alya. Mukanya sudah comot dicalit serbuk-serbuk kecil berwarna coklat pekat.

                “Rahn?”

                Pemandu kereta mewah milik keluarga Alya berdiri kaku melihat situasi itu. Apa yang da jadi? Bingung kepalanya mencari konklusi.

                “Apa kau buat kat sini!?” jerit Alya.

BUK!

Genggaman yang terhenti tadi sudah hinggap ke muka lelaki itu.

Rahn masih diam. Terperanjat melihat gerakan tuan mudanya. Nampak sahaja  badan kecil, tapi kekuatannya lebih kuat dari lelaki bersaiz 2 kali ganda tadi.

                “Rahn, belakang kau!” jerit si tuan muda.

                BANG!

                Pandangan Rahn menjadi kabur. Gambar terakhir sebelum matanya tertutup adalah tuan mudanya bangkit dan menumbuk salah seorang lelaki di situ.

                Masalah apa yang aku da babitkan diri ni... Aduhai...


                Mata Rahn pejam celik. Cahaya lampu neon membuat Rahn menutup sedikit matanya. Silau. Beberapa minit terbaring, dia cuba untuk bangun.

                “Ades!!!” ngaduhnya. Serasa ada benda tajam menusuk lehernya.

                “Nah!” bungkusan plastik berwarna merah dihulur.

                Rahn mengangkat pandangan ke suara kecil itu. Tuan...

                “Ais” pendek sahaja penjelasan Alya.

                Rahn mengambil bungkusan ais tanpa banyak kata. Sakit di leher lagi penting! Bungkusan tadi diletak perlahan ke bahagian yang sakit. Berkerut mukanya menahan sakit. Pedihnya!

                Diam.

                Rahn menjeling ke hujung sudut. Tempat tuannya duduk. Tangan tuannya sibuk mengoyak hansaplast dan menampal ke bahagian luka.

                “sakit ke?” soal Rahn.

                “Em...” jawabnya acuh tak acuh.

                Diam lagi. Masing-masing sibuk dengan luka sendiri.

                Tuan aku ni memang tak banyak cakap ke?

                Alya bangun dan bergerak pergi.

                “Tuan nak pergi mana!?”

                “Baliklah. Cepat!” Arahnya.

                Betullah...tuan aku ni memang macam naga...

****
                Alex, jumpa kitorang kat tempat biasa.
                                                                -Shun-

                Senyum lebar Alya bila mendapat mesej dari sahabat baiknya. Rindu juga walau rasa geram dipermainkan Shun pada hari itu masih belum hilang.

                Hari itu...?

                “Damn! Aku kan kerja dengan Shun!” Ingat Alya tiba-tiba. Da berapa hari aku hilang ni... Alya mengira dengan jari tangannya. Matilah aku...

               
                “Yo, Karl” Jerit Alex.

                Karl hanya membalas dengan mengangkat tangan.

Di sebelah kanan Karl, Shun sedang duduk bersama PDA. Serius daripada biasa. Alex menghembus nafas. Gentar. Mintak-mintak Shun tak naik angin...

“Err...wassup, Shun”

Shun menjawab dengan jelingan. Baru sekarang budak ni muncul dengan selamber je? Dekat 3 minggu dia tak masuk kerja bukan nak inform majikan apa-apa. Buat aku risau aje. Nasib baik dia muncul sebagai Alex bukan Alya. Nak aje aku sekel budak seorang ni.

                “A...hahaha...” cepat-cepat Alex berpaling pandangan. “Karl. Karl! Yok kita pergi lepak fastfood!” sambil menarik lengan Karl.

                “A...Lex...” cermin mata ditolak dengan jari telunjuk. PDA ditutup laju.

                Meremang bulu Alex. “Ahahahaha!” makin kuat dia gelak.

                “Mana kau nak pergi...” Shun semakin mendekati Alex.

                “Ka....Karl, jom!”  Ales sudah bersiap sedia mahu lari dari tapak perjumpaan diorang bertiga.

                “Alex...” Tangan Karl sudah menggenggam kuat lengan Alex. “Sorry” Rasa bersalah pula berpakat dengan Shun nak paksa si Alex ni belajar. Peperiksaan penting mereka sudah makin dekat. Kalau tak paksa, mesti dan pasti budak Alex ni tak belajar langsung!

                “Korang pakat nak buat apa ni!?” Alex mula rasa cemas bila lihat riak serius pada wajah Shun dan Karl. Tak pernah selama ni diorang macam ni. Jangan jangan Shun dan Karl da tahu aku ni perempuan!

                “Duduk situ” Arah Shun.

                Alex duduk mengikut arahan. “Gulp”, air liur ditelan. Garang pulak si Shun hari ni. Seram! Tuhan, tolanglah jangan biar diorang tahu! Aku tak mahu kehilangan mereka pula... 


Mata Alex menjenguk ke atas. Karl dan Shun sedang berbincang tentang sesuatu. Gegendang telinga cekap menangkap beberapa patah frasa klu persoalan dalam medulla oblongata. ‘Paksa dia juga’. Berpeluh sejuk tangan Alex dengan tiga patah perkataan tersebut. Paksa? Paksa aku terus terang ke? Maknanya betullah diorang berdua da tau aku ni bukan...

Karl dan Shun berpaling muka menghadap Alex.

                “Alex...” Shun duduk berdepan dengan Alex. Matanya tepat memandang mata Alex. “Aku nak tanya kau satu soalan. Tapi sebelum tu, aku kau beritahu hal yang sebenar dulu...”

                “Hal sebenar? Hal ni ke yang kau nak paksa dia?” Karl turut bertanya hairan.

                “Hal sebenar? Benar yang macam mana kau nak ni, Shun? Ahahaha...” terketar-ketar suara Alex hendak berbalas tanya.

                “Kau nak cakap, atau kau nak aku cakap sendiri?” balas Shun kembali, bermain pertanyaan.

                Muka Alex sudah berpeluh sejuk. “Aku tak fahamlah. Hal sebenar apanya?!” 

-sambung (saje je stop kat situ...hehe)

Facebook Twitter RSS