cerpen: Apple




“MINN!”

“Apa eh apa apa!” latah Minn kuat. Satu kelas melihat Minn. Bagaikan satu pusat tarikan graviti. Habis kantoi ada budak perempuan tidur dalam kelas akaun Mr Alba yang garang macam naga dalam kisah dongeng. Serasa kering kat tekak waktu sekarang ini. Rakan-rakan sekelas turut sama berpeluh muka, berdebar-debar jiwa menanti sketsa seterusnya dari Mr Alba.

‘goyang, goyang....goyang kepala goyang....goyang goyang....angkatlah cepat!’

Terbatal niat Mr Alba untuk pergi ke meja Minn. Mesej di telefon bimbit dipandang sekejap. Berubah riak mukanya. Tiada lagi garis-garis kerut menampakkan urat marah.

“Ok kelas, kita berhenti sampai sini. Saya ada meeting. Buat kerja-kerja yang saya bagi tadi”  Mr Alba terus bergerak laju keluar.

“fuhhhhhhhh.....” Minn lepas nafas lega. Lega gila punya legalah. Memang mangailah kalau kena maki dalam kelas dia. Boleh jadi bahan bualan sebulan dalam kampus tu.

BUMM!!!

Bertimbun buku dihempas atas meja Minn. Satu. Dua. Tiga buah buku. Mata Minn pandang ke atas. Diorang bertiga. Memang da boleh agak sangat.

“Korang nak ape pulak kali ni Pris, Liz, Risa?” Minn bertanya juga walaupun dia tahu kehendak mereka bertiga. Mesti suruh...

“macam biasa... siapkan kerja kitorang...”

BINGO, dan mereka bertiga terus pergi sambil menayangkan rambut panjang berwarna perang.

Minn menolak kaca mata bingkai penuh warna hitam ke atas. Snowcap ditarik sebawah yang boleh. Buku-buku atas meja dikemas.

“Ary!”
               
Cepat cuping telinga Minn bertindak balas dengan suara tu. Priscilia... Minn menjeling ke arah tiga sekawan tu.

                “Ary, jom makan sama-sama... Aku belanja....”

                Gedik! Meremang aku!


“jangan...janganlah...” Minn berundur ke belakang sambil memegang tocang rambutnya.

“kitorang pegang  ajelah” Priscilia membuat muncung. Begitu juga dengan dua orang lagi kanak-kanak yang sebaya Minn.

Minn menunduk muka. “Betul ni pegang aje?”

“Yelah...kitorang unye rambut pun panjang jugak...” jawab Priscilia pelat sambil menggoyang-goyangkan rambut yang diikat ekor kuda.

“Betul! Betul! Kitorang nak pegang aje....” Sokong Liz, kawan baik si Priscilia. Risa turut sama mengangguk sokong.

“Betul?” Minn mengangkat muka sedikit. Matanya bersinar-sinar memandang tiga orang kanak-kanak yang baru sahaja dikenalinya.

Ketiga-tiga mereka mengangguk laju.

“Nah...” Minn melepaskan tangan dari tocang rambut dengan berat hati. “pegang aje tau...” pesan Minn.

Priscilia mengambil dengan lembut dari tangan Minn.

 “Risa!” Panggil Priscilia.

Risa dan Liz pandang masing-masing dan angguk. Risa mengeluarkan gunting dari beg. Liz pula laju memeluk Minn kuat.

“kenapa pegang Minn!?”

“Lain kali...” Priscilia merapatkan muka dengan Minn. “rambut tak boleh panjang macam ni tau” Bibir kecilnya mengukir senyuman manis.  “Liz cepat!”

“kejap... ngah buat ni...”

“jangan! Jangan potong rambut Minn! Nanti mama sedih! Mama suka rambut Minn!” badan Minn meronta-ronta.

“Pris...lama lagi tak...” Risa menguatkan pelukannya.

“Minn mana ada mama... Macam ane Minn tau mama Minn suka rambut Minn?” soal Priscilia dengan senyuman.

“mama ada cakap dulu! Mama cakap rambut Minn cantik! Dia suka rambut Minn!!!” jeritnya. Cuba untuk mempertahankan kepercayaannya.

“Da siap!” Liz bersuara. Risa melepaskan pelukannya.

Minn jatuh terduduk atas lantai. Rambutnya habis bersepai...

“tengok...da pendek pun” 

“mama....” mata Minn mula berair.

“Minn kan takde mama...mesti sebab mama Minn tak nak kat Minn sebab Minn da hodoh.” Priscilia terus pergi selepas mengucapkan kata-kata terakhir itu.

“mama.....isk...isk..isk...”


Minn berjalan  masuk ke bilik. Beg sandang diletak atas meja.

“Ary, jom makan sama-sama... Aku belanja....” ajuk Minn dengan nada gedik. Tolonglah...

Perlahan-lahan Minn menghadap cermin. Hodoh sangatkah aku ni?

Mukanya ditatap lama-lama. Aku sedar aku tidak secantik Maira kekasih AG dalam kisah Cinta Terakhir. Kaca mata bingkai penuh ditanggalkan. Mata tak adalah sepet macam Thania awek si Farhan tu. Mata Minn besar dan bulat walaupun berkaca mata. Snowcap dicabut lemah, rambut pendek brunette kelihatan. Juga tak berkelakian macam hikayat Dania dan Ustaz Iqbal. Aku tidak special macam diorang, aku weirdo.

Rambut pendek dipegang. Masih ingat lagi kata-kata mamanya dulu... “mama suka warna rambut Minn, cantik”

Minn senyum keseorangan di hadapan cermin.

“kau tak patut ada kat dunia ni!”

Bila ingatan yang lagi satu menerpa, automatik tangannya menutup setiap ruang di telinga. Tiada lagi senyuman.

“semua ni sebab kau! pasal tu diorang tak de dengan kau!”

Ma...mama...papa.... Tangan Minn menggigil. Badannya terketar-ketar.


Treeet....treeet....treeet....

“Ha!” Minn sedar dari lamunan. “huh. Huh. Huh” Turun naik nafas Minn. Matanya sudah berair sendiri.

Treeet....treeet....treeet....

Telefon bimbit Minn bergetar lagi sekali meminta perhatian dari tuannya. Minn mencapai telefon bimbit lemah. Matanya belum berhenti berair.

Jumpa aku kat McDonald sekarang! – Pris

Mata terus digosok laju. Jam tangan dipandang sebentar. “shit!”  beg sandang terus bersarung, snowcap dipasang kembali dan spek diletak ke tempat yang ditugaskan.

Damnit, Pris!!!


Minn duduk diam menghirup coke. Shit betullah si Pris ni. dia suruh aku datang sini buat apa? Tengok dia flirt dengan laki?

“Pris...apa pasal kau bawak budak tu sekali?” bisik Liz.

Bibir Pris yang ditepek warna merah jambu mengukir senyum kecil. “saje. Nak bagi budak lelaki ni nampak perbezaan antara cantik dengan hodoh...especially Ary.”

“betul jugak...pandai kau...” Liz kembali melayan lelaki-lelaki di hadapan diorang.

Aku dengarlah apa korang cakap. Shit betullah diorang ni. Minn menghirup lagi air coke. Tak sanggup rasanya nak mengangkat muka berhadapan dengan lelaki di hadapan matanya. Ary...

“keluar jom” Ary mula bersuara.

Hah? siapa dia ajak???

“jom!” Priscilia menyahut.

Minn senyum kelat. Mestilah bukan aku kan... Aku ni tak seistimewa diorang. Weirdo yang cuma bertugas untuk dibuat pemerhatian.

“aku ajak minah specky nilah”

Huh? Terus terhenti hirupan air coke. Apa pasal aku pulak?

“What? Ary, kau nak bawak dia buat apa?”

 “na...nanti!”

 “jom” Ary terus menarik tangan Minn pergi dari meja.


Dia tarik aku keluar semata-mata nak teman dia makan buah epal kat kedai buah? Memang extraordinary budak ni...

“nah” Ary mencampak sebiji buah epal ke Minn.

Minn menangkap. “thanks...”

“Duduklah kat bangku tu. Tak payah risau, kedai ni under family aku. kau nak duduk depan belakang atas lantai pun tak ada orang nak marah”

Kerek punya mamat. “well, then aku duduk atas meja nilah”

“duduklah...” selamba muka Ary menjawab.

Ciskek! Aku nak kenakan dia, aku yang terkena balik. Minn melompat duduk atas meja. Mestilah kena ikut kata!

Ary berpaling dari Minn. Tangan kanannya menekup mulut. Hahaha! Nak terlepas gelak aku tadi. Lawak betullah dia ni.

“kenapa tarik aku?”

Ary berhenti bergelak sendiri. “aku ada benda nak tanya” nada serius.

“Apa?” Minn membelek-belek epal merah yang diberi Ary.

“aku tengok selama ni kau ikut je cakap Pris tu. Kenapa kau ikut je semua cakap Pris?”

“kenapa ya...” Minn mengangkat tinggi buah epal. “kenapa....hurm... sebab aku ni unwanted person dalam dunia? And  family dia yang tolong jaga aku” buah epal di pegang kuat. “aku ni bukan special macam korang, aku ni weirdo. Pris cakap aku don’t belong here... in this world... dia betul” mata Minn mula terasa pedih. Hatinya rasa sebak. Tak sangka begitu mudah dia meluahkan isi hatinya pada Ary.

“apa kau merepek ni!?”

“Dia betul! Aku ni bawak bad luck, pembawa malang! Aku tak sepatutnya lahir! My mom died because of me! My dad...dia sakit kat hospital... semua sebab aku!”


Minn bergerak ke tempat duduk hadapan. Tangan kanannya mengalir perlahan cecair merah.

“mama...” Minn menggerakkan lengan mamanya. Tiada tindak balas.
               
“papa....” Minn menggoyangkan badan ayahnya pula. Sama.

                “Isk...isk...isk... mama, papa.... Minn mintak maaf... Minn takkan mintak macam-macam lagi... bangunlah... Minn takut...”



                Ary mencapai tangan Minn. Kruk! Epal ditangan Minn digigit Ary.

                “Kau bukan weirdo.  Kau tak perlu wish yang kau special, sebab kau da memang special. Kau memang  don’t belong here... sebab tu bukan tempat yang sepatutnya kau ada...”

                Ary menanggalkan kaca mata dan snowcap Minn. “don’t hide yourself, Minn. Look... you have a pair of big shiny pretty eye” tangan Minn meraba bahagian mata. “dan rambut warna brunette. Aku suka warna rambut kau, cantik”

                Muka Minn kemerahan. Malu dipuji dengan cara yang sama seperti mamanya.

                “macam epal ni jugak. Tempat epal mestilah dengan epal, kalau duduk dengan buah oren... comfirm nanti jadi perhatian orang ramai. Macam kau” Ary senyum lebar.

                “Ehem... nak makan epal pun kena orang pegangkan?”  sapa satu suara.

“kak Mid!”  Ary terus berpusing ke tangga. Merah padam muka dia.

“eh... akak?” Minn memasang kembali kaca mata. “mudanya....”

“hai...” dia melambai tangan di muka pintu. “aip... Ary kenapa merah je telinga tu?” sakatnya.

Dari keadaan berdiri, Ary duduk mencangkung. Rasa macam nak jadi invisible je sekarang ni!

“oklah... akak saje nak tengok kat belakang ni. dengar orang  cakap  cakap, ingat pencuri buah” sakatnya lagi. “rupanya ada pencuri hati...” saja dia memperlahankan frasa yang akhir itu.

Selepas sahaja kakak Ary keluar, dia terus berdiri. “jangan makan epal tadi...” arahnya.

“Kenapa?”

“tak de pape” Ary mengosok belakang leher. Terasa segan dengan sikapnya tadi.

“o...kay....”

“janji dengan aku” muka Ary berubah serius kembali.

“janji jangan makan epal?”

“bukanlah....” buat lawak pula si Minn ni. “janji yang kau akan lawan dia balik”

“aku tak boleh...aku tak kuat... aku tak ada capabilities...”

“kau mesti boleh...”

“papa aku macam mana? Siapa nak bayarkan bil hospital dia kalau aku lawan?”

“kau boleh kerja kat sini, akak aku mesti suka kalau kerja kat sini”

“tapi aku...”

“aku tau kau boleh.... “


“Pris!” Terkejut Minn melihat Priscilia berada di dalam biliknya.

“Kau buat apa je dengan Ary tadi?”

Minn menggenggam tangan. Aku nak...lawan...

PAK!!!

Priscilia menolak Minn ke dinding. “Aku tanya, kau buat apa dengan Ary tadi!?”

“aku...” Minn menunduk muka. “aku...”

“cakaplah! Aku...aku... aku apa dia!?”  bentak Priscilia kuat.

Minn berdiam diri. Aku...nak lawan... Ary, aku nak tapi...

Rasa geram Priscilia makin meningkat. “Kau memang nak kena lagi kan!” Priscilia menghala ke meja study Minn. Laci-laci diselongkar hingga mendapat barang yang diingini.

“Kau nak buat apa ni Pris?” Minn sudah dapat mengagak sesuatu.

“Bagi kau, yang penting kat kau sekarang ni papa kau...dan...” Priscilia mencabut snowcap Minn.  “rambut buruk kau ni!” Priscilia menarik rambut Minn sekuat mungkin supaya tidak terlepas.

“Jangan Pris! Jangan!!!”  Minn cuba sedaya upaya untuk meleraikan genggaman Priscilia. Empangan air mata Minn mula pecah. “Jangan, Pris! Aku janji! Aku janji tak dekat dengan dia lagi.... jangan potong rambut aku lagi, Pris....” 

“Huh!” Priscilia menolak  kepala Minn. “kan senang kalau cakap awal-awal” gunting dicampak ke atas lantai. “lain kali, aku suruh berhenti bayarkan bil hospital bapak  kau!”

“jangan! Aku janji...”

Priscilia terus berjalan keluar dari bilik tinggalkan Minn keseorangan menangis.


Dari jauh, dia melihat seorang kanak-kanak perempuan menunduk menangis melihat rambutnya bertaburan. Rasa kasihan melihat kejadian awal yang dia terlihat tadi.

“nah” gula-gula lollipop berbentuk Apple ditunjuk depan muka kanak-kanak perempuan itu.

Muka kanak-kanak perempuan tu naik sedikit.

“budak macam kita mana boleh nangis sebab ni aje...” kanak-kanak lelaki itu duduk mencangkung supaya sama ketinggian dengannya. “sebab kita ni kan special jadi kita kena kuat!” kanak-kanak lelaki itu senyum lebar.

Kanak-kanak perempuan menggosok laju matanya.

“nah! Amik ni...”  Lollipop bertukar tangan kecil ke tangan kecil lagi.

“Ary...” dia tersenyum lebar hingga menampakkan gigi.

Kanak-kanak perempuan pun turut mengikut senyum...


“Minn...”

Ary berguling ke kiri. Minn.... Minn... Minn.... Argh, serabutnya aku!  

“kau tak faham! Just thinking i’m strong doesn’t mean i am strong!”

Betul. Aku tak faham, Minn. Ary menutup mata.

“Minn” Lolipop yang sudah berada di tangan ditatap lama dan Ary dipandang sekali lagi. “Minn suka epal!”  makin lebar senyuman di bibir kecil Minn.

 Aku tak faham... Kenapa kau tak senyum lagi? Kenapa kau nak sembunyi lagi? Kenapa kau tak lawan dia? Serius aku tak faham, Minn... kenapa? Tolong bagitau aku.

Pintu bilik dikuak sedikit. “Ary....?” 

“Kak Mid...masuklah” pembaringan bertukar sila memberi ruang sedikit pada kakaknya untuk duduk.
               
“tadi ke budak yang Ary ceritakan dari dulu?” Kak Mid memulakan bicaranya. Dulang berisi beberapa biji buah epal diletak atas meja study di tepi katil.

                Ary senyum kelat.

                Betullah tu... Kak Mid mengeluh kecil. “Ary suka dia? Perasaan ni jangan buat main Ary...”

                “Ary pun tak tau kak sejak bila benda ni start ada kat sini...” Ary meletak tangan berdekatan dengan jantungnya. “Dulu Ary selalu tengok dia supaya dia tak kena buli dengan budak lain. Lama-lama jadi habit Ary. Tapi macam mana pun...” tangannya menggenggam kuat. Rasa mahu marah pada diri sendiri. Aku tetap masih tak tolong dia lari dari minah tu.

                “Ary...” Kak Mid mengeluarkan sebiji epal. “tengok ni” epal diletak atas tangan Ary. “sekarang akak tanya, macam mana nak dapat buah epal ni?”

Kening Ary terangkat sebelah. “untuk dapatkan buah epal ni mestilah kena tanam pokok epal. Da sampai waktu berbuah, dapatlah kan?”

Kak Mid senyum kecil. “tak salah jawapan Ary tu, tapi tak cukup sempurna. Ary tau tak betapa susah nak membesarkan sebatang pokok epal? Pokok epal tak tumbuh kat climate yang panas. Watering kena sukat. Kena baja lagi. Nak bagus kena guna baja organic. Kalau terlebih baja akan rosak. Bila da besar sikit, nak kena letak batang untuk support tumbesaran pokoknya, salah letak aje pokok tu tak akan dapat membesar betul-betul dengan sendiri ” panjang lebar penjelasan kak Mid.
               
Ary terdiam melihat epal kecil ditangannya. Tak sangka begitu susah untuk sebiji epal berbuah.
               
“sama juga dengan Minn...” Kak Mid menyambung percakapannya. “Minn masih dalam stage pembesaran. Kena ada orang untuk support dia supaya dia dapat membesar sendiri dengan baik”

                “only she can create her own path and i can only support her, huh?”

                Epal di tangan Ary diambil Kak Mid dan di belah separuh. “nah” separuh diberi kepada Ary.

                Ary menggigit epal yang separuh itu. “manis”

                “see... makin susah membesar, makin manis kehidupan selepasnya...” Kak Mid membuat hipotesis sendiri.

                “hahaha...” Ary gelak kecil. “she’s Minn afterall... she can survive this damn challenge...  and i will be there to support her” janji Ary pada dirinya.


                Tap. Tap. Tap. Tap. Tap.

                Minn berhenti berjalan. Bibir bawah digigit. “kau nak apa ikut aku!? aku da cakap kan tadi, jangan ikut aku!”

                Ary senyum lembut. “bila masa aku ikut kau? Sini bukan laluan nak pergi kelas ke?”

                “hish!”  

                “cepatlah jalan...” Arah Ary. Senyuman masih tak lekang dari wajah. Minn,  I’ll always behind you.

                Tuk!

                Tangan Minn mencapai atas kepala. Epal? Minn mendongak ke atas.

                “Makan...” Ary terus berjalan memotong Minn. “Aku tunggu kau kat gate kampus pukul 3 petang” sempat Ary membisikkan sesuatu padanya.

                Epal dipegang kuat.

                I’wont let you fall...


                Treeet...treeet....treeet....

                Minn membuka peti emel dengan malas. Sudah tau siapa yang memesejnya. Siapa lagi kalau bukan si Priscilia tu.

                Meet me now at park. NOW!

                Huh...  Dia nak apa lagi... aku penatlah...


                “angkat barang aku” arah Priscilia.

                Aku da agak kena buat kerja remeh ni. lemah  sangat ke kau nak angkat barang-barang ni.

                “siapa tu Pris?” tanya seorang budak laki.

                “maid aku... dalah... jom shopping” Priscilia memeluk lengan lelaki itu.

                Jam tangan dijeling. Pukul 3.15 petang. Mesti dia da balik.

                “kau buat apa tu Minn!? Cepatlah!”

                Ya. Ya. Minn berlari anak ke Priscilia bersama beg-beg kertas hasil beli-belah si Pris.

                “Apple!”

                Pandangan Minn terus berlari ke arah suara itu.

                “Nak bentuk Apple, mama!” seorang kanak-kanak perempuan merengek mahukan lollipop berbentuk Apple.

                Minn senyum sendiri. Baru-baru ni dia makin sensitive pada epal. Tak kiralah bila dengar, bau atau apa-apa yang berkaitan dengan epal.

                “Eja suka Apple!” kanak-kanak perempuan itu senyum lebar.

                “Minn suka epal!” 

                Eh? Siapa bagi aku waktu tu?

                “budak macam kita mana boleh nangis sebab ni aje...”

                Senyuman tu...

                “sebab kita ni kan special jadi kita kena kuat!”

                PAK. PAK.

                Kedua-dua tangan Minn melepaskan pegangan beg kertas Pris. Jam tangan dilihat. Pukul 3.40 petang. Minn terus pusing dari mengikuti Priscilia.

                “Minn!” Priscilia menghalang.

                “Aku selalu lari. Aku selalu sembunyikan diri” Minn menundukkan muka.

                “jadi? Kau kan memang pengecut?”

                “Aku da penat ikut kau. penat dipergunakan” mukanya masih tidak diangkat.

                “kau nak cakap pe sebenarnya ni!?”

                “lawan dia”

                “Aku akan lawan kau!” Minn terus berlari pergi dari Priscilia.

                “Minn! Kalau kau tak berhenti aku takkan bayarkan bil ayah kau!!!” ugut Priscilia kuat.

                Whatever Pris... Aku da tak takut dengan ugutan kau, sebab belakang aku ada dia.


                Mana kau, Ary? Minn berlari ke sekeliling kawasan berdekatan dengan gate. Turun naik nafasnya. Kaca mataya juga sudah tidak terurus.

                “you’re late...”

                Minn senyum lebar. “sorry... i’m a weirdo. A weirdo is not the same as normal punctual people”

                “they really are weird...” hampir tergelak Ary mendengar alasan luar alam dari Minn. “memandangkan weirdo da datang, jom pergi...”

                “pergi mana?”

                “banyak songeh pulak. ikut ajelah” Ary senyum kecil.


                Hurm... Library... what a surprise.... memang dia extraordinary...

                “Duduk sini” Ary  menyuruh Minn duduk di kerusi paling hujung bersebelahan dengan dinding dan jauh dari tumpuan pelajar-pelajar lain.

                “habis kau?”

                Ary mengambil lagi satu kerusi dan diletak berhadapan dengan Minn. “Aku duduk sini”

                “o...kay...so?”

                “kau tutup mata dalam 5 minit. Jangan bukak selagi aku tak suruh bukak”

                “Kau nak buat apa ni?” tanya Minn was was.

                “Aku tak buat apa-apalah....cepatlah tutup... satu, dua...”

                “okay.....huh....”  Minn menutup mata. Rasa selesa dari berada di rumah itu.

                Ary menongkat dagu...  cepatnya tidur... She looks so pale...


                “erm...” Minn mengosok mata. Lenanya tidur macam da berapa lama berjaga.

                “da bangun?” Ary menutup buku.

                “hah? da berapa lama aku tidur!?” terkejut. Tak sangka dia tertidur.       

                “tak lama...”

                Minn terpandang beberapa buah buku yang sudah habis dibaca di hujung meja. Aku tidur lama...

                “Ary... Aku nak tanya kau something...”

                Ary berpusing mengadap MInn. “Apa?”

                “Kenapa kau support aku?”

                “tu je?”

                “erm...just for now...yup”

                “i want to see you smile... senyum macam satu waktu dulu...”

                “so, it’s true....” Ary is the one who give that lollipop. Minn senyum sendiri.

                “apa yang true?” hairan dengan kenyataan kabur dari Minn.

                “takde pape. Ary...”

                “yup...”

                “thanks... i’m nothing without you...”

                “and i’ll always behind you to support you from fall” That’s my promise...

“Lagipun, you’re like a pokok epal yang perlukan support dari kayu untuk membesar. Citation from kak Mid” Ary gelak besar dapat menyakat Minn.

Minn hanya membesarkan mata.
               

                Treet....treet....
               
Kau lambat, papa kau mati!

                Pris!!!

                Minn terus bangun dan berlari. Priscilia, apa masalah kau? Tak cukup dengan aku, kau nak bunuh papa aku?

                “Minn!”  Ary turut sama mengejar Minn.


                “Priscilia! Kau da gila apa sampai nak bunuh papa aku!?”

                “huh? Ingat aku kisah sangat pasal papa kau ni. Koma pun kau nak bagi dia hidup jugak” Priscilia memegang salah satu tiub yang bersambung dengan papa Minn. “kau ingat sikit yang papa kau ni hampir mati sebab kau dulu. Kau yang buat dia macam ni! kau tu bawak malang!”

                Malang?

PANG!
               
Merah pipi Priscilia ditampar Minn.

                “Aku tau aku tak seistimewa kau, tak secantik kau, aku weirdo, tapi aku bukan pembawa malang. Don’t ever call me that way!”

                “so what!? Kau tak faham apa yang aku rasa!”

                “Kau yang tak faham Pris! Kau tak tau betapa aku nak jadi macam kau. ada kawan. Ada family. Kau ada semua”

Priscilia menunduk muka. “aku tak special cam kau. Aku yang cemburu kat kau. Aku yang wish yang aku special macam kau... duit ,family ada pun cam tak ada. Strangers...”


                Selesai semua masalah dengan Priscilia, Minn keluar dari wad. Ary sudah lama berdiri di tepi pintu.

                “nampaknya pokok epal ni da boleh berdiri sendiri” Ary senyum lebar.

                “sebab ada kayu yang sentiasa menyokong...” Minn senyum.

                “that’s the smile i always waiting for... welcome back, Minn...” Ary memberikan senyuman manis pada Minn.

                Pengakhiran sesuatu menjadi permulaan sesuatu yang baru.  Face it, not run from it. 

cerpen: Heaven










Bagi aku, kawan adalah...
Pengkhianatan.
Hasad dengki.
Ambil kesempatan.
Cemburu.
Friends are made to gain benefit.

Aku tak perlukan kawan sebegini.
Jikalau manusia adalah begitu, maka aku tidak perlukan kawan!

Aku tidak kisah kalau aku seorang diri. Aku tidak kisah kalau aku sendirian. Sekurang-kurangnya aku tak akan ada rasa sakit bila dikhianati bila ditikam belakang. Aku benci mereka yang digelar ‘kawan’! Hipokrit! Didepan kata lain, dibelakang kata lain.

Aku pernah dahulu mempunyai kawan. Kawan yang hipokrit. Sentiasa mempergunakan aku untuk kepentingan diri. Meletakkan kesalahan ke atas aku. Kawankan mereka itu?

Lamia berjalan seorang diri di koridor sekolah. Sekelilingnya dipenuhi dengan kumpulan pelajar. Bingit dengan bunyi-bunyi perbualan kosang mereka. Kawan sekadar tempat tumpangan membuang masa.
 

puk!

Gumpulan kertas terpakai dicampak pada belakang badan Lamia. Lamia berhenti  bergerak sejenak. Perkara begini memang sentiasa terjadi pada dia. Pembulian. Lamia senyum sinis. Bulikah? Ianya lebih kepada permainan mencari keseronokkan bagi mereka. Sungguh menyedihkan mereka semua ni.

"tu lah dia... budak perempuan yg gloomy all the times."

"urgh.... fesyen rambut dia zaman bila tu? L.A.M.E!"

Manusia yang sentiasa memperlekehan orang lain, memang ramai dalam dunia ini. Lamia hanya diam. Tiada guna cuba melawan manusia sebegitu. Perjalanan yang terhenti disambung kembali. Huh!  Their patheticness is infinity...


"See... budak tu takkan cakap pape pun kalau kau mainkan dia"

Saat suara garau lelaki masuk ke gegendang telinga Lamia, kaki Lamia terhenti.

Kata-kata tadi disambung dengan gelak hilai tawa suara semua pelajar yang berada di waktu itu. ‘There is no boundary to this... Adakan sel-sel pathetic mereka sudah mencapai lapisan langit ketujuh?’ bisik hati Lamia.
"entah-entah kalau kau buat dia macam ni pun..." pemilik suara tersebut menyentuh rambut Lamia.

‘menyakitkan hati betullah laki ni!’

Buk!
180 degree backside kick sudah melepas dari landasan. Kasut hitam sekolah saiz lima sudah selamat sentuh ke muka seseorang. Pendaratan juga sudah selamat. Lamia memberikan pandangan setajam pedang  bersama maksud ‘jangan sentuh aku!’.
"Alec!" berkonco-konco pelajar perempuan berlarian ke dia. 
"Apa fasal kau tendang dia? Kamishi yang baling kertas tu kat kau lah!" suara bernada tinggi dari gadis-gadis tidak mampu menukarkan riak muka Lamia.
Lamia langsung tidak mengeluarkan sebarang suara dan beredar dari situ. 
"Alec! kau ok tak???" soal Kamishi.
"ok. ok. Tapi siapa perempuan ganas tu?" tangannya mengusap-usap pipi kanan tempat pendaratan sementara kasut sekolah gadis tadi. Sakit! Macam nak lebam aje.
"Lamia, classmate aku yang pernah cerita dekat kau dulu tu"
"ah!" Alec mula mengingati isi perbualan mereka suatu masa dulu. "girl yang kau cakap gloomy gaban tu dia ke?"
“yup... that’s her...”
***
“backside kick...” omel Alec sendirian. Ingatannya pada gadis yang memberikan kesan tapak kasut dimukanya kembali lagi. Setiap kali teringat, bibirnya akan mengukir senyuman. Pertama kali dia bertemu gadis yang semenarik itu.
                “ah, sudah! Sudah!” Alec menggeleng-geleng kepalanya. Fokus sepenuhnya perlu diberikan pada waktu ini. Alec memandang dinding kosong berukuran 1 meter persegi. “p...pffft!!! hahaha! Backside kick...” Fikiran Alec sudah dipenuhi dengan imej gadis itu.
                “ahhh....” badannya yang tinggi lampai itu terus mengelongsor ke atas lantai simen. Kakinya dilunjurkan. Kasut sport Nike yang dipakai seolah-olah sedang menahan dinding parit kecil yang kekeringan. “Lamia...” rasanya itulah nama dia. Kamishi pernah sebut beberapa kali nama itu sebelum ini. Mengikut ceritanya sebelum ini, ada gadis muram dan pendiam di kelasnya yang menarik. Indeed, she is really interesting. That backside kick really something fresh. Mungkin term ‘menarik’pada Kamishi berlainan dengan aku, tapi bagi aku...
                Alec terus berdiri memandang dinding kosong tadi. Beg sandang yang sejak dari sampai bersandar tepi dinding dicapai. Zip dibuka laju. Lima botol cat spray berjenama Limnium dikeluarkan. Botol yang bertulis ‘blue’ digenggam dahulu. Penutup dibuka dan...
                Pssssttt....
                Lapisan demi lapisan berlainan warna semakin memenuhi dinding kosong tadi.
This is the place where my ecstasy takes reaction and i addicted to it like a drug.
 Botol bertulis ‘red’ berganti tempat ditangan Alec.
The place where my contentment is at the fullest.
 Kini dua botol cat beraksi mewarnai dinding tersebut.
The place where a colourful dreamland become half reality.
Beberapa jam kemudian Alec berhenti menyembur cat. Kakinya mengundur ke belakang. Peluh muka dikesat dengan wrist band. Akhirnya Alec tersenyum puas memandang hasil karya yang baru terhasil ini.
 Graffiti.
 My paradise.
This wall is my incomplete Heaven.
                Setelah siap mengemaskan, Alec pergi ke hujung bawah belah kanan dinding yang berwarna-warni itu. Pen marker hitam sudah siap tersedia di tangan. Dakwat hitam marker terus berjalan satu garisan membentuk separuh burung yang hanya kelihatan bahagian atasnya sahaja. Di tepi lukisan kecil itu, sekali lagi dakwat marker berlari laju menghasilkan tulisan. ‘1/2 Heaven’ . Penutup pen marker disarung kembali. Alec berhenti bergerak. On a second thought...
                Penutup marker dibuka semula. Di bawah signature dia, dakwat marker pen memenuhi tugasannya menghasilkan satu lagi signature.
                ‘Inspired by: Backside Kick’
                Dihujung tulisan ‘kick’, Alec melakar lukisan tapak kasut.
                “pffffttt... hahaha!” pecah lagi tawanya. Tangannya bergerak menutup pandangan mata. Geez... “she gotta be my girlfriend...”
***
                Cahaya malap dari skrin komputer sudah 30 minit dibiarkan begitu. Permulaannya, jari-jemari Lamia laju menari-nari di atas papan kunci computer. Entah mengapa bila dia teringat semula kejadian di tangga sekolah tadi, mati terkubur semua ilhamnya untuk menaip.
                Sememangnya Lamia sudah tahu bahawa bukan mangsa tendangan yang membaling gumpalan kertas serta mengejeknya. Ianya cuma... Bila lihat lelaki itu sentiasa dikelilingi ramai orang, sentiasa bergelak-tawa... “buat aku rasa menyampah!”
                “ahhh...” Lamia membaringkan kepalanya atas papan kunci computer.  Di muka skrin computer, Microsoft Word yang terhenti dari tadi laju mewujudkan huruf ‘g’ dan ‘h’. “Rasa bersalah pula buat menendang lelaki itu. Nanti aku minta maaflah...”
                Terasa tenang jiwa bila sudah buat resolusi. Walaupun hanya ada niat mahu ‘minta maaf’, rasa macam sudah dimaafkan pula.
Lamia mengangkat kepala dari papan kunci. Keningnya terangkat sebelah bila memandang skrin. “banyaknya!” tangan kanannya laju meletak kemas atas tetikus mengerakkan anak panah kecil dalam skrin computer. Anak panah tadi meluncur laju ‘highlight’ huruf ‘g’ dan ‘h’. Tiga page? Berapa lama aku baring tadi...
                Sekarang baru senang jarinya bermain atas papan kekunci. Ideanya keluar mencurah-curah seperti hujan. Berbekalkan nama samarannya ‘half heaven’, Lamia mula memasuki dunia penulisan setahun lepas, bila dunia manusia tidak lagi memberi rasa ‘hidup’ padanya dan bila penulisan bagaikan syurga yang mampu dikecapi di dunia.
Kehidupan ini... Apa maknanya? Setiap hari bangun tidur, makan,membuat kerja, bergembira dan tidur semula? Aku tidak tahu apa tujuan kehidupan ini jika menjalankan hari-hari dengan perkara tersebut adalah rutin setiap manusia? Tidak rasa seperti mesinkah mereka?
Mungkin ramai yang tidak akan suka pada cara penulisanku. Dan mungkin akan ada yang suka pada hasil taipanku.
                Kebanyakkan hasil penulisanku hanya untuk dipamerkan di alam maya. Bila ianya perlu dicetak, aku akan menukar nama penaku menjadi Ourania yang bermakna langit. Dan juga beerti ‘heaven’... Dahulu, orang mensamakan langit adalah syurga... aku mahu mencari separuh syurga di dunia kerana itu aku menulis. Aku hanya mencari separuh di dunia ini kerana aku tahu separuh lagi di atas sana. Melepasi tujuh lapisan langit dunia. The everlasting paradise. The greatest heaven that human can have.
***                                                                                                         
                Hari ini mesti minta maaf, Lamia! Ingat Lamia, minta maaf! Arahan pada badannya.
                “Alec!” Suara Kamishi sudah memanggil dulu.
                Ahh... dia sudah dikelilingi orang. Lagi pula ada si Kamishi kepoh itu. Lain kali sajalah...  Niatnya terus dibatalkan. Lamia terus berjalan melalui mereka.
               
                Lamia? Sekilas pandang, Alec dapat mengagak pelajar perempuan yang baru sahaja lalu di hadapannya ialah Lamia. “Korang, aku chow kejap okay!”  Alec berlari keluar dari kumpulan pelajar yang berhimpun padanya.
                “Lamia!”  Alec berlari mengejar. “Lamia!” sekali lagi Alec bersuara memanggil. Kali ini tangan Alec sudah berjaya mencapai lengan Lamia.
                “Apa!?” Lamia bersuara garang. Main suka hati aje nak pegang lengan aku!
                “sorry... Kalau aku tak pegang nanti kau ignore aku kan?”  Alec lepaskan genggaman lengan Lamia. “and...aku tak dapat dengar suara kau tadi” bibir Alec mengukir senyuman kecil. Ada sedikit niat usikan pada ayatnya tadi.
                Baru Lamia tersedar. Dia bersuara sekejap tadi. Ah...lantaklah, bukannya aku orang kurang upaya nak bisu bisu ni. Dia mencekak pinggang sambil memandang Alec. Seolah-olah bertanya ‘ada apa?’
                “awak memang tak banyak cakapkan?”
                Lamia diam sejenak. “tu je kau nak cakap? Da? Bye!”
                “wait! Le..lepas ni... err, kitorang nak keluar makan. Nak ikut?!” pelawa Alec. Sebenarnya, dia pun baru saja reka rancangan nak pergi makan itu.
                “tak minat. Bye” Lamia terus berpaling. Mahu pergi dari situ. Niat mahu minta maaf sudah ditanam masuk kubur.
                “kejap!”
                Lamia pusing pada suara itu. Automatik. Dia sendiri hairan badannya bertindak balas pada suara lelaki itu.
                “actually, aku nak minta maaf pasal hari tu. Walaupun yang baling tu Kamishi...kau kenal kan...classmate kau jugak... yang kepoh kepoh tu... tapi dia kawan aku jugak, jadi... sorry!” Kalut Alec hendak menahan si gadis seorang ni dari pergi.
                “no biggie... for korang aku ni cuma alat untuk korang permainkan bukan? Aku sudah biasa...”
                “hahaha!” Alec gelak secara tiba-tiba. Hatinya terasa makan dalam dengan ayat Lamia. Kebenaran memang sentiasa menyakitkan.
                Muka Lamia menjadi pelik. Kenapa dia ketawa ni??? kenapa? Kenapa? Aku tak buat apa-apa pun!
                “Lamia...kau memang interesting. Kawan?”
                Lamia cuma diam. Tidak memberi jawapan.
                “exchange numbers?” Alec sudah mengambil keluar telefon bimbit dari poket seluar.
                “no thanks...aku tak ada handphone!” tipu Lamia.
                Alec tau Lamia bohong. Dah tu yang strap telefon bimbit berjurai kat poket tu apa benda pula kan? “ermm... kalau camtu...nah” Alec menghulur sekeping kertas nota kecil yang dilipat dua. “nombor phone aku”
                Huh! Lamia terpaksa mengambil. Kalau tidak, mungkin Alec tidak akan bergerak pergi.
                “call aku anytime kalau ada apa-apa” pesan Alec dan berlalu pergi.
                Nota kecil tadi terus disimpan dalam poket. It’s not like i’m gonna to call him anyway.
***
                Lamia merenung lama dinding berukuran 1 meter persegi kedai Uncle Lee. Uncle Lee satu-satunya orang yang Lamia boleh berbual dengan baik selain keluarganya. Uncle Lee tak macam orang lain. Saat-saat keluarganya jatuh miskin, Uncle Lee seorang sahaja yang membantu mereka. Yang lain, yang pernah dibantu, kawan, saudara? Pergi dengan seribu alasan. Mencari orang ketika memerlukan dan meninggalkan bila diperlukan. Kerana ini, aku semakin tidak mempercayai manusia.
“Uncle, siapa yang buat graffiti ni!?” soal Lamia kuat dari luar kedai.
“adalah... rasanya budak tu satu sekolah dengan Lamia jugak”
“owh...okay...nice lah uncle!” puji Lamia bersama senyuman.
Pandangnya kembali pada imej pada dinding itu. It is really something indescribable. All colours are mixed well. Like...they are trying to tell a story about something. And above all that...it’s like...
“a heaven?”
Badan Lamia berpusing pada arah suara itu. Hanya ada satu suara dia yang dapat buat badannya bertindak balas. Alec...
“aku nak cakap seolah-olah syurga menjadi separuh reality sebenarnya...” Lamia pusing memandang dinding itu kembali. “Ianya seperti aku sedang melihat sebahagian syurga di dunia ini...” dia tersenyum sendiri melihat graffiti itu.
Senyum? Alahai, comel pula dia bila da senyum ni... “kalau kau jumpa half heaven dunia yang kau mention tadi, apa kau nak buat?”
“aku nak tinggal kat situ... pergi dari segala kepura-puraan dunia ni” ia mungkin kedengaran bodoh, mungkin gila dan mungkin juga orang akan berkata ‘tamak’. Akan sentiasa ada yang membuat spekulasi sendiri pada setiap perbuatan manusia. Tapi apa yang salah bila kita jujur dengan diri sendiri?
Alec turut mengikut senyum bila mendengar jawapan jujur dari Lamia. “nampaknya, kau da jumpa...”
“apa?”
“tu...” Alec menuding pada signature marker di hujung bawah kanan dinding itu. Signature yang dia buat dahulu.
“Half heaven...?”
“Looks like you have to do what you had said a minute before...”
“apanye?”
“kau cakap nak ‘tinggal di sana’...sana tu merujuk pada ‘half heaven’ kan?”
“so?”
“that ‘half heaven’, the one who made this graffiti....” Alec menarik nafas sedikit, “he is me...”
“What!?”
“hey, be my girlfriend?”
***
                Alec  duduk bersandar pada dinding lukisan graffitinya. “hahaha... she is really damn interesting...”. Tangan kanannya memegang perut. “Ouch!” Bertambah satu lagi lebam disebabkan gadis itu.
                Kali ni bukan backside kick lagi... Didn’t expect that she’s gonna punch me. And really right heading to the stomach.  Seriously... sakit.
                Lamia...  I think I am really head over heel for her...

                What the hell!!! Tiba-tiba jatuh dari mana ayat ‘be my girlfriend’ tu? Minyak tanah punya orang.
                Jam tangan dijeling. Ah, sudah hampir 7 malam! Nak kena cepat balik!!!
                Ni semua pasal budak lelaki tu. ‘Half heaven’ konon...  Half hell adalah!!!
                “be my girlfriend?”
                Suara Alec menerpa ingatannya kembali. Jadi merah pula mukanya... tadi tidak pula. Malah, tumbukan pula yang dibalas soalan itu.
                Tak mungkin dia serius. Aku yang langsung tiada kawan, sentiasa berseorangan and gloomy girl, tiba-tiba jump to ‘girlfriend’ status? “it is a prank kan? Kan?” soalnya pada diri sendiri.
                But still...at that time, this heart...skip a beat...
                Tring! Tring! Ting!
                Bunyi tin! Lamia terus pusing ke belakang. Kosong. Tiada orang. Angin pun tidak bertiup, jadi macam mana ada bunyi tin bergerak? Melainkan...

                Alec memandang skrin telefon.
                Incoming call.UnIdentify number.
                Siapa agaknya? Dia membiarkan telefon itu berbunyi lagi beberapa saat. Mana tahu cuma prank call? Punat butang ‘answer’ akhirnya ditekan.
                “hello...tolong aku...”
                “Lamia?” suara Lamia agak bergetar. “ada apa?” Alec mengagak Lamia berada dalam masalah.
                “err...urm...aku rasa...macam ada orang ikut aku...”
                “kau kat mana sekarang?” Alec terus bangun dari bersandar. Beg sandang yang diletak tepi dicapai.
                “erm... dekat kedai 24 jam...hujung jalan ....”
                “okay!”  talian terus dimatikan.
               
                Kertas nota kecil ditangan dipandang. “huhhh” emergency. Aku sendiri tak sangka akan telefon dia. Mahu telefon rumah, tiada orang. Uncle Lee? Tak berjawab pula. Tinggal dia sahaja.

                Sudah dekat sejam. Know it. He will not gonna be here. Bodohnya aku. Trying to put a bit trust on him. "Hahaha... ianya akan seperti dulu. No one will ever come for me!”
                “Lamia!” Alec muncul di depan pintu kedai 24 jam dengan termengah-mengah.
                “Alec...?” Mukanya ada sedikit lebam. Di tepi bibir ada sedikit tompokan cecair merah. Pakaiannya pula sudah tidak teratur seperti petang tadi. Apa yang jadi?
                “Da boleh keluar. Jom...” tangan Lamia dipegang lembut. Lamia hanya diam sambil mengikut sahaja.
                Buat beberapa ketika, Alec cuma berjalan dengan diam. Langsung tidak mengeluarkan sebarang kata. I hate this situation! Lamia berhenti berjalan.
                “kenapa?” soal Alec bila perasan yang Lamia sudah berhenti.
                “apa jadi tadi?” serius.
                “tak ada apa-apa sangat pun... muka kau serius je... marah aku sampai lambat? Sorry...”
                “bukan sebab tu!” nada Lamia semakin tinggi. Geram bila Alec tidak menceritakan perkara sebenar. “apa sebab lebam lebam tu? And your hand... ada darah... kenapa???” dari nada yang tinggi, suaranya mula menjadi nota-nota rendah dan bergetar seolah-olah mahu menangis.
                Alec jadi serba salah. Dia mahu rahsiakan hal tadi daripada Lamia. “orang yang ikut kau tadi budak-budak laki sekolah kita... they tried to make a prank kat kau. Then, i got pissed off... and happened to be like this...”
                He stand for me??? “why...” Lamia menundukkan kepala.
                “Why? Because you are my girlfriend?”
                Eh? “eh!!? Bila aku agree?”  nada suaranya meninggi semula.
                “That punch... I assume as ‘yes’?” Alec tersengih sendiri.
                Lamia terpandang tangan Alec. Merah... “is it hurt?”
                “punch tu? Yeah, a bit... your strength is quiet...”
Sebelum sempat Alec habiskan ayatnya, Lamia sudah menarik kedua-dua tangan Alec. Perlahan-lahan Lamia meletakkan tangan Alec kedua-dua belah pipinya.
                These hand had stand for me...
                Muka Alec jadi semakin merah.
                “thank you...” really...thanks... he is the first person stand for me. And it makes me feel so much happiness inside...
***
                “Lamia!” Panggil Alec.
                “apa?” ada apa dia panggil aku depan kawan-kawan dia ni.
                “petang ni kita pergi kedai Uncle Lee kejap. Nak amik something”
                “okay...”  Lamia sambung berjalan menghabiskan tugasan kebersihan mingguannya.
               
                “Korang kenapa tengok aku macam tu?” Kamishi yang berada disebelah Alec menunjukkan muka hairan.
                “sejak bila kau dengan Lamia start berbual ni?” Kamishi memulakan pertanyaan.
                “ermm... tak lama jugak....actually dia tu atas lagi sikit dari kawan...” it almost two months actually. Tapi baru semalam dia say something almost to ‘i like you’.  Alec tersenyum sendiri...
                “girlfriend!? Serius? Hello...hello?” Kamishi melambai-lambai tangan.  “dalam dunia sendirilah tu... orang tengah in love memang kuat berangan eh?”
***
                “Alec, cikgu suruh bagi surat ni” salah seorang pelajar datang dan menghulur sekeping surat.
                “thanks!” Alec mengangkat tangan tanda terima kasih.
                “haip...elok pulak kau. Tadi aku panggil tak nak jawab... surat apa tu?” Kamishi menyibuk melihat isi kandungan surat tersebut.
                “haha... dari parent aku yang kat oversea kot... “ Alec membuka surat. Terkaku sebentar melihat isinya. Pertukaran sekolah ke luar Negara...
***
                Lima botol cat spray jenama Linmium di sumbat masuk ke dalam beg sandang. Kedai Uncle Lee ni memang tempat dia cari supply medium untuk lukisan. Tapi sepanjang dia ke kedai Uncle Lee, tidak pula terserempak dengan Lamia. Kenapa Lamia datang hari tu agaknya?
                “Lamia... kau boleh lukis juga ke?” soal Alec ingin tahu. Tangannya sibuk mencari saiz berus mewarna.
                “sikit je... guna arclyic ajelah” 
                “nice...nak try something?” tangan Alec sudah penuh dengan beberapa batang berus warna.
                “apa?” Pelik. Ada saja ideanya.
                “combine kan my cat spray and your arclyic painting...”
                Hah?

                “gi-la...”
                “what? Try something different kadang-kadang ni seronok apa...”  Alec sudah bermain dengan cat spray.
                Kadang-kadang... why not? “then this is our first piece...” Lamia memberikan senyum. Botol-botol cat arclyic yang bawa dari rumah Alec dibuka. He is really a truly artist... macam-macam medium boleh pakai.
                “know what... actually including this, its two...” Alec sengih.
                “eh?”
                Alec gelak kecil. Dia da mengagak, Lamia tidak sedar akan signature graffiti dekat kedai uncle Lee tu. “ingat tak graffiti dinding kedai Uncle Lee?”
                “yeah.....”
                “dekat bahagian my signature tu ada lagi satu signature....perasan tak?”
                “urm....yeah....inspired by backside kick with a small picture of tapak kasut... why???”
                “okay, tu je. Sambung...” pendek jawapan Alec. Cat spray mula meyembur lapisan baru lagi.
                “wait..???” Lamia berdiri. Baru tersedar sesuatu. “is that me? ‘Backside kick’ is me!?” Lamia terus mengambir berus dan mencelup dalam salah satu warna arclyic. Kemudian terus menghala ke Alec.
                “hey...hati-hati dengan warna arclyic! Kalau kena susah woo nak hilangkan... hahaha!”
                “peduli apa!”
                I never expect that trust a person will make me smile like this. Would change my dull life into colourful. Would fill so much happiness into my empty soul. Maybe... open up my world is not a bad thing?
                “Lamia...”
“yup” senyuman masih ada pada bibirnya.
“ aku kena pindah ke Itali...”
                senyuman Lamia sudah hilang, “... bila?”
                “lusa...” Alec cuma memandang dinding. Tangannya sudah berhenti menyembur. Tidak sanggup nak pandang muka Lamia sekarang ni.
                “okay...” berus warna diletak atas botol arclyic berwarna kuning dan Lamia terus berlari pergi.
                Alec cuma berdiri statik. Dia tahu kalau dia cuba untuk kejar tidak akan dapat selesaikan apa-apa. The best thing to do now is do nothing...

                Here... inside this chest...it’s hurt... Lamia menangis. Sejak bila aku mula jadi lemah hingga menangis? Sejak ada Alec?
                He that always stand for me.
                He that always notice me.
                He that always talk straight into me.
                He gave so much happiness...but now, it pain....
***
                “Kamishi... Lamia datang?”
                “tak datang pulak. dah dua hari ni. korang gaduh ke?”
                “nothing...”  Alec senyum pahit. “thanks... and by the way... boleh tolong bagi note ni pada dia nanti? Kalau dia tak datang jugak esok kau bagi dekat kedai Uncle Lee yang aku selalu pergi tu. Please, one last favour sebelum aku pergi ni...”
                Kamishi angkat kening sebelah. Mesti gaduh... “ bila kau berlepas?” nota kecil itu Kamishi ambil dan simpan dalam poket seluar.
                “lagi dua jam”
                “kau tak boleh buat pape ke?”
                “arahan mandotori....kalau boleh aku pun nak tinggal sini....”
                “seorang diri ajelah aku lepas ni... tak payah risau, note tadi aku bagi dia depan depan”
                “and please tengok tengokkan dia untuk aku...”
                “no big deal....kalau dia senang je...” Kamishi sudah mula tunjukkan senyum tawar.
                “thanks... bye” Alec pergi meninggalkan kelas Kamishi.
***
                Kertas nota kecil di letak atas meja Lamia.
                “apa ni?” soal Lamia. Malas betul nak berbicara dengan Kamishi ni.
                “Alec suruh bagi...” balas Kamishi.
                Nota kecil itu dibuka. Hanya tertulis... ‘it’s finished’
                That painting! Lamia terus berlari keluar dari kelas.
“oi, kau nak pergi mana!?” Kamishi juga turut mengikut langkah Lamia. Dia sudah berjanji pada Alec untuk jaga Lamia untuk ganti dirinya.

Lamia berdiri kaku dihadapan lukisan yang dimaksudkan Alec. Campuran cat spray dan arylic. Gabungan Alec dan dia.
Ditengah-tengah lukisan dinding ada burung terbang yang sentiasa menjadi lambang signature Alec.  Dan ditepinya ada seorang perempuan sedang tersenyum.
Pandangan Lamia lari mencari signature Alec dihujung dinding bawah lukisan itu.
‘½ Heaven with Backside Kick’
“Dia suruh aku tunggu,“ Air mata Lamia terus mengalir melihat pesanan yang hanya mereka berdua faham.
***

                Lima tahun kemudian...
                “cik pekerja dekat sini ke?” tanya seorang pemuda berkaca mata hitam.
                “ah...yup... ada apa?” taipan Lamia terhenti bila pelanggan masuk. Notebook HP ditutup laju.
                “nak tanya sedikit... graffiti yang kat dinding sebelah tu, siapa yang lukis?” soal pemuda itu lagi.
                Lamia tersenyum. Bila ada yang menanya tentang pelukis graffiti itu dia akan merasa gembira. “kawan saya...” jawabnya sambil tersenyum.
                “Kawan aje ke?” Pemuda itu menanggalkan cermin mata hitamnya.
                “Alec!” Lamia terus berlari mendapatkannya.
                “i’m sorry, Lamia. Buat kau tertunggu lama macam ni...”
                Lamia menggeleng kepala... terlalu gembira untuk diluahkan dengan kata-kata.
                “now, i owned a gallery. And some of my paint da jual... i have a carier...so...if you wouldn’t mind, to compensate your lost time....” Alec mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. “before that,setiap kali we gonna made a new story, you will give some of your brutal move...” Alec berundur sedikit ke belakang... “this time, what will you gonna do if i ask ‘be my bride’...”
                Lamia terkejut melihat isi dalam kotak tersebut.
                “hey, this time bagi apa? A backside kick? A punch?” Alec senyum sengih.
                “nope...a hug!”

                “Lamia...pernah baca novel ‘Mencari separuh syurga  di dunia’?” Alec menyentuh dinding lukisan terakhirnya sebelum berangkat pergi.
                “kenapa?” Lamia tersenyum. Rasa macam sudah lama tidak senyum sebegini.
                “tajuk novel tu buat aku teringat pada kau... and the writer seems to have a same idea with me”
                “siapa writer novelnya?” Tanya Lamia.
                “Dia guna nickname bahasa Greek, Ourania...mean sky...or” Alec cuba untuk meningati nama penulis novel itu.
                “or heaven?” Lamia terus memotong percakapan Alec. “apa yang kau nak buat bila jumpa writer tu?” soal Lamia seperti Alec pernah menyoalnya dahulu.
                “hurm...entahlah... nak kahwin dengan dia kot, tapi da ada calon...” gurau Alec.
                “know what... Ourania, the writer.... is me” Lamia tersengih memandang Alec.
                “seriously?”
                “yeah... its not a joke okay... i am totally dead serious...”
                “hahaha! Then, please marry me, again...”
                Now, i found my heaven...



ps:sorry for my bad drawing... =.=

Facebook Twitter RSS